Anda di halaman 1dari 3

Alhamdulillahi-rabbil a-lamin Segala pujian hanya bagi Allah yang menguasai

pemerintahan semesta alam dengan sanjungan yang sesuai dengan nikmat-nikmatNya


dan sejajar dengan tambahan anugerahNya. Ya Rabbana Wahai Tuhan kami, bagiMu
segala pujian sebagaimana selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran
kekuasaanMu.
Allahumma Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w
dengan kesejahteraan yang dapat menyelamatkan kami daripada segenap kekalutan dan
kemusnahan, yang dapat menunaikan segala hajat dan keperluan, yang dapat
membersihkan kami daripada segala kejahatan, yang dapat mengangkat kami ke darjat yang
tinggi serta dapat menyampaikan kami ke kemuncak harapan daripada segala kebaikan
semasa hidup di dunia dan selepas mati.
Subha-naka Maha suci Engkau Ya Allah, tidaklah terkira oleh kami pujian yang selayaknya
untukMu sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri. Maka untukMu juga segala pujian
sebelum Engkau meredhai kami. UntukMu jua segala pujian setelah itu, setelah Engkau
terus-menerus meredhai kami selama-lamanya.
Allahumma Ya Allah, dengan al-Quran yang agung ini, Engkau lapangkanlah dada kami,
permudahkanlah urusan kami, berikanlah kami ganjaran yang besar, muliakanlah akhlak
kami, luaskanlah rezeki kami dan terangilah hati dan kubur kami, Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah, atas bacaan kami ini, kurniakanlah ganjaran yang melimpah ruah dan pahala yang
besar daripadaMu. Terimalah daripada kami dengan kurniaMu dan kasih-sayangMu sebagai
penerimaan yang berkat lagi indah.
Ya Allah, jadikanlah pahala apa yang kami baca, keberkatan apa yang kami lafazkan, selawat
kami kepada Nabi Muhammad s.a.w, juga bacaan tahlil kami dan takbir kami ini sebagai
hadiah dari kurniaan rahmatMu, kami persembah dan hadiahkan kepada hadrat Nabi s.a.w.
demi menambahkan lagi kemuliaannya yang telah sedia agung.
Termasuklah kepada roh-roh datuk nenek dan saudara maranya dari kalangan nabi-nabi dan
rasul-rasul. Juga kepada para pemimpin kami dari kalangan khulafa ar-Rasyidin yakni Saidina
Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta kepada semua sahabat, kaum kerabat, para tabiin
dan orang-orang yang mengikut mereka dengan kebaikan sampai ke hari akhirat.
Ya Allah, jadikanlah ganjaran pahala seumpama demikian ini di samping anugerah tambahan
dan kasih sayang redaMu kepada ruh Al-Marhum/AI Marhumah......, yang kami berkumpul
di sini kerana mereka dan membaca ayat-ayat al-Quran untuk mereka. Sesungguhnya
Engkau lebih mengetahui tentang diri mereka dan nama mereka dan Engkaulah Tuhan yang
Maha Kaya dalam melepaskan mereka daripada seksaan dan azabMu, Ya akramal akromin.
Ya Allah, sampaikanlah pahala itu kepada mereka. Jadikanlah ia cahaya yang terang
benderang di hadapan mereka dan dengan rahmatMu Ya Allah kurniakanlah anugerahMu
kepada mereka. Rahmatilah mereka dengan al-Quran yang agung ini sebagai rahmat yang
amat luas. Ampunilah mereka dengan keampunan yang meliputi semua dosa. Ya
malikaddunya wal akhirah. Ya rabbal a-lamin.
Allahummaghfirlahu-warhamhu-wa-afili-waxfu anhu (ha/hum) Ya Allah, ampunkanlah
mereka, rahmatilah mereka, hindarilah mereka daripada keburukan dan maafkan mereka.
Muliakanlah pertemuan mereka, luaskanlah laluan mereka, mandikanlah mereka dengan
kesejukan mandian rahmatMu, bersihkanlah mereka daripada kesalahan-kesalahan
sebagaimana pakaian yang putih yang dibersihkan daripada kekotoran. Anugerahkanlah
untuk mereka rumah, keluarga dan pasangan yang lebih istimewa. Masukkanlah mereka ke
dalam syurga dan hindarilah mereka daripada azab kubur dan ujiannya serta daripada azab
neraka.
Ya Allah, jadikanlah juga pahala seumpama yang demikian itu dalam suratan kami dan
dalam suratan ibu bapa kami, guru-guru kami, mereka yang ada bersama kami dan yang
tidak bersama kami, mereka yang masih hidup di kalangan kami atau yang telah mati, juga
kepada umat Islam seluruhnya.
Ya Allah perelokkanlah kesudahan kami dalam segenap urusan. Hindarkanlah kami daripada
kerugian dunia dan azab di akhirat, Ya rabbal a-lamin.
Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang dirahmati dan perpisahan
kami selepas ini sebagai perpisahan yang dipelihara.
Janganlah kiranya Ya Allah dijadikan siapa sahaja di kalangan kami atau yang bersama kami
mendapat kecelakaan dan terhalang dari rahmatMu.
Ya Allah, pimpinlah orang yang kurang baik di kalangan kami kepada orang yang berbuat
kebaikan dan yang cuai kepada yang beramal. Janganlah dijadikan kami hidup dalam
kelalaian dan janganlah dihukum kami dalam keadaan terpedaya. Jadikanlah perkataan kami
yang terakhir tatkala sampai ajal kami kalimah La ilaha illallah. Matikanlah kami di alas
kalimah itu tanpa terfitnah, tanpa sesat dan menyesatkan, tanpa mengubah dan
memindanya. Cukuplah Engkau untuk kami dan Engkaulah sebaik-baik pelindung. Tiada
daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan
serta hindarkanlah kami daripada azab neraka. Sebaik-baik selawat dan sesempurna salam
kami persembahkan kepada junjungan kami Muhammad s.a.w penutup segala nabi dan
rasul, juga kepada ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian. Maha suci Allah, Tuhan yang
suci daripada segala yang disifatkan oleh mereka yang kufur; salam sejahtera ke atas para
rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Anda mungkin juga menyukai