Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Tel : 07-7996272


49/3 Jalan Awang Daik, Faks : 07-7996272
86800 Mersing, Johor Laman Web : www.moe.gov.my
______________________________________________________________________________________

Ruj kami : JFT 4001/-100/5/2


Tarikh : 04 Januari 2022
MEMO
PENGETUA
SMA Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing, Johor

Kepada,
Guru-guru SMAAM,
Ibu bapa/penjaga pelajar SMA Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing.

MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH SESI 2022

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, pihak kami ingin memaklumkan bahawa,

1) Sesi persekolahan bagi tahun 2022 akan bermula pada 09 Januari 2022 (AHAD).
2) Semua pelajar asrama tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan STAM akan mendaftar masuk di asrama pada
08 Januari 2022 (SABTU). Pelajar asrama perlu memakai baju outing atau T-shirt asrama,
tudung sekolah dan berkasut untuk pulang ke asrama.

3) Pendaftaran Asrama adalah seperti berikut


10.30 Pagi - 12.00 tengah hari (sesi 1 untuk Tingkatan 4/5/6)
2.00 Petang - 4.00 petang (sesi 2 untuk Tingkatan 1/2/3)

Hanya pelajar sahaja yang dibenarkan untuk memasuki kawasan sekolah dan asrama.
Ibubapa/penjaga serta pelajar perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah
penularan wabak Covid-19 dengan:
1- melengkapkan Borang Kebenaran Ujian Kendiri Kit Covid-19.
2- melengkap Borang Pengisytiharan Kesihatan.

4) Penghuni asrama perlu membawa semua barang keperluan asrama dan buku teks pelajaran
semasa kembali ke asrama.

5) Sebarang perubahan dan pindaan akan dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga.


Kerjasama dan pematuhan SOP oleh semua pihak diucapkan ribuan terima kasih.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai