Anda di halaman 1dari 3

ISU/ MASALAH MAHASISWA: KETIDAKBOLEH PASARAN ATAU PENGANGGURAN

DALAM KALANGAN MAHASISWA.

Pada masa kini, graduan mahasiswa di Malaysia telah menghadapi masalah yang
dapat memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Masalah ini
melibatkan ketidakboleh pasaran atau pengangguran dalam kalangan graduan universiti.
Jika kita kaji secara lebih dalam lagi banyak faktor yang menyebabkan ketidakboleh pasaran
dalam kalangan graduan universiti.

Faktor yang pertama adalah faktor ekonomi. Jika kita saksikan sekarang Malaysia
telah menghadapi krisis ekonomi yang amat meruncingkan. Sebagai contoh, mata wang
Malaysia telah jatuh dengan teruk sekali di mana 1 USD bersamaan dengan 4 ringgit. Hal
ini, telah memberi kesan kepada peluang pekerjaan di Malaysia kerana jika kerajaan
menambah pekerja secara tidak terkawal mereka terpaksa mengeluarkan wang untuk
membayar gaji pekerja yang ramai. Selain itu, krisis ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia
telah menyebabkan pelabur-pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara kita.
Kekurangan pelabur sebenarnya mempunyai kaitan dengan pengangguran. Hal ini, kerana
pelabur asing akan mendirikan kilang atau subsidiari mereka di kawasan pelaburan.
Kewujudan kilang ini memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia terutamanya
mahasiswa yang berpendidikan tinggi.

Seterusnya, adalah faktor mahasiswa yang kerap memilih pekerjaan. Menurut


kementerian pengajian tinggi Malaysia mahasiswa yang menganggur adalah disebabkan
sikap mereka yang suka memilih pekerjaan. Keinginan mahasiswa untuk mendapatkan
pekerjaan yang memiliki gaji yang lumayan dan bersesuaian dengan kehendak mereka telah
menyebabkan mereka menganggur. Menurut kementerian sumber manusia, pada tahun
2010 jumlah pengangguran mencecah 42,955 atau 24.62 peratus daripada 174,439 graduan
yang ada.

Manakala, kaedah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencuba untuk
menceburkan diri dalam sektor swasta. Walaupun sektor swasta tidak memiliki kemudahan
yang lengkap seperti yang dimiliki oleh sektor kerajaan tetapi sektor ini masih boleh
bersaing dari segi gaji. Sebenarnya kita perlu menceburkan diri dalam sektor swasta
terlebih dahulu kerana pengalaman kerja yang berharga dalam sektor ini boleh digunakan
semasa temu duga kerja kerajaan. Contohnya, semasa temu duga nanti kita mungkin akan
ditanya kaedah pengurusan sesuatu pekerjaan seperti kaedah pengurusan fail.

Langkah yang seterusnya adalah dengan menjalankan latihan yang berkaitan dengan
aktiviti mencari pekerjaan. Unit kaunseling perlulah menyediakan maklumat tentang dunia
pekerjaan seperti trend dunia pekerjaan terkini dan masa hadapan, keperluan negara, serta
peluang pekerjaan yang baru. Melalui latihan ini juga mahasiswa perlu diajar kemahiran
insaniah. Contohnya, ahli perlu bertukar-tukar pendapat dan menceritakan pengalaman
mereka berkaitan bidang pekerjaan. Pihak universiti perlu menyediakan latihan ini kepada
mahasiswa dengan lebih kerap agar mereka dapat bersedia dalam mengadapi alam
pekerjaan nanti. Jelaslah bahawa setiap mahasiswa haruslah mengukuhkan kemahiran
insaniah mereka terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam alam pekerjaan. Selain
itu, kita sebagai mahasiswa perlu membuang sikap suka memilih pekerjaan.
RUJUKAN

Punca Graduan Sukar Dapat Kerja. http://haslizamjohar.com/panduan-kerjaya-


kerajaan/punca-graduan-sukar-dapat-kerja/

Kajian Masalah Pengangguran di Kalangan Siswazah. Dibentangkan kepada jabatan


pendidikan tinggi kementerian pengajian tinggi Malaysia.
http://jpt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Kajian%20Pengangguran
%20di%20Kalangan%20Siswazah.pdf

Anda mungkin juga menyukai