Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TUN HUSSIEN ONN

Jalan Jelatek Keramat,54200 Kuala Lumpur.


Tel: 03-41438 6808 Fax: 03-41490 3613
Email: skdtho@gmail.com

Rujuk kami: SKDTHO.600-5/1/18


(8)
Tarikh: 23 Disember 2021

Encik Mohd Horul Haffisz bin Nordin


Naib Yang Dipertua PIBG
SK Desa Tun Hussein Onn

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM JALINAN MESRA SEUNTAI MUTIARA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacita dimaklumkan SK Desa Tun Hussein Onn akan menganjurkan


Program Jalinan Mesra Seuntai Mutiara di bawah Program Pemugaran Literasi dan
Numerasi. Program ini bertujuan bagi memberi penerangan dan memberi motivasi kepada
ibu bapa atau penjaga yang terlibat berkaitan program sebelum sesi persekolahan tahun
2022 dibuka.

3. Sehubungan dengan itu pihak SK Desa Tun Hussein Onn ingin menjemput
tuan/puan hadir bersama pada hari tersebut. Butir-butir program adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 Disember 2021 (Rabu)

Masa : 0850 hingga 1230

Tempat : Auditorium Perpustakaan Mindef

4. Semoga program ini lebih bermakna dengan kehadiran dan sokongan tuan/puan.
Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahulukan dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

(HASBULLAH BIN HASSAN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn

Anda mungkin juga menyukai