Anda di halaman 1dari 3

ALLAH MENSYARIATKAN BERWUDUK BAGI MUSLIMIN KETIKA HENDAK

BERSOLAT

ALLAH SWT berfirman

      


    
      
         
       
      
       
      
     
6. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang
(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua
belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah
kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka
bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam
pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh
perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah
kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua
belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu
menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan
(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur. Al-maidah 6

ALLAH SWT mensyariatkan berwuduk bagi Muslimin ketika hendak melakukan solat
bagi membersihkan. Di samping menjaga kesihatan melalui kebersihan secara lahiriah
yang dilakukan paling tidak lima kali dalam sehari, wuduk juga membersihkan dari
dosa dan kesalahan yang dilakukan anggota badan.

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila Mukmin berwuduk, kemudian dia membasuh wajahnya keluarlah daripada


wajahnya bersama titisan air yang terakhir kesalahan dilakukan dengan pandangan
kedua matanya. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua
tangannya bersama titisan air yang terakhir segala kesalahan yang dia lakukan dengan
kedua tangannya. Dan apabila dia membasuh kedua kakinya maka akan keluar
bersama titisan air yang terakhir segala kesalahan yang dia lakukan dengan kedua
kakinya, sampai akhirnya dia akan keluar dalam keadaan bersih dari dosa." (Riwayat
Muslim)
Rasulullah SAW  menjelaskan bekas berwuduk pun menjadi saksi bagi orang yang
melakukannya dengan bersinarnya anggota badan yang dibasuh dan dicuci ketika
berwuduk.

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata: "Saya mendengar Nabi SAW  bersabda:
"Sesungguhnya umatku akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan wajah, tangan
dan kaki yang bercahaya karana bekas-bekas air wuduk mereka. Maka, barang siapa
di antara kalian yang dapat menambahkan cahayanya maka hendaklah dia lakukan.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Inilah yang seharusnya menjadi tujuan kita ketika berwuduk agar kita mendapatkan
keampunan dan reda ALLAH sebagaimana yang diharapkan dalam setiap amal ibadah
dilakukan.

Tetapi, itu tidak menutup  hikmah dan manfaat lain daripada wuduk sebagaimana
ditegaskan dalam ayat di atas. ALLAH menyucikan dan membersihkan orang
berwuduk secara lahiriah iaitu daripada aspek kesihatan.

Segala kegiatan dilakukan seorang yang berwuduk mulai dari membasuh kedua
telapak tangan sehingga membasuh kaki bermanfaat bagi kesihatan badan.

Wuduk adalah ibadah yang sederhana, murah dan mudah, bahkan terkadang dianggap
ringan, namun ia mengandungi hikmah luar biasa.

Wuduk menyimpan manfaat yang sangat besar. Ilmu pengetahuan moden khususnya
dalam bidang kedoktoran mengkaji mengenainya lantas menemukan  banyaknya
manfaat kesihatan yang diperoleh seorang yang sentiasa berwuduk.

Berkumur-kumur antara sunnah berwuduk. Ia membersihkan mulut daripada kuman


yang ada dalam air liur,  gigi, lidah dan semua bahagian mulut sehingga dapat
mencegah daripada penyakit gusi dan gigi. Juga dapat menguatkan otot mulut dan
wajah serta mencegah terjadinya radang saluran pernafasan.

Memasukkan air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya juga membersihkan hidung


dari kuman yang ada dalamnya dan itu dapat mencegah daripada penyakit hidung dan
alat pernafasan.

Membasuh muka dan tangan dapat memberikan kesegaran terhadap wajah dan kedua
tangan dan membersihkannya daripada kuman dan debu.

Membasuh muka dan kedua tangan ini juga dapat menghilang peluh dari permukaan
kulit dan membuka pori-pori kulit, juga dapat menghilangkan lemak dan minyak yang
ada pada kulit wajah dan tangan  disebabkan kelenjar dalam kulit.

Semuanya itu memberikan pengaruh yang besar terhadap kesegaran dan kesihatan
tubuh seseorang. Begitu juga dengan membasuh kedua kaki.

Dengan membasuh muka, kedua tangan dan kedua kaki ini juga melancarkan
peredaran darah di sekitar anggota tubuh itu sehingga sangat berpengaruh kepada
keadaan jiwa seorang mukmin yang menjadi lebih tenang dan jauh daripada reaksi
dan emosi yang negatif.

Fakta perubatan menunjukkan peredaran darah di hujung kedua tangan dan kaki
lebih lemah dibandingkan dengan bahagian tubuh lainnya kerana tempat yang jauh
dari jantung.

Penelitian membuktikan membasuh dan mengurut kedua tangan dan kaki itu secara
teratur memperkuat dan melancarkan peredaran darah sehingga menjadikan badan
lebih semangat dan segar serta menguatkan pertahanan tubuh terhadap kuman
penyakit.

Itulah hikmahnya kenapa ALLAH memerintahkan umat Islam untuk sentiasa bersuci
kerana perbuatan berkenaan akan menyucikan mereka dan menyempurnakan nikmat-
Nya dan bukan untuk menyusahkan atau menyulitkan mereka.

Firman-Nya: "ALLAH tidak ingin menyukarkanmu, tetapi  Dia hendak


membersihkanmu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur." 
(Surah Al-Maidah 6)

Anda mungkin juga menyukai