Anda di halaman 1dari 4

Muzik Angklung bermula dari Masyarakat 

Sunda, Jawa Barat, Indonesia.[1] Alat muzik ini merupakan


alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri,
yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana
kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha
berkait.
Sedangkan di Malaysia, oleh pembuat angklung dipercaya sebagai alat musik reog ponorogo di
jawa yang tercipta pada abad ke 9 sebagai persembahan raja kelama sewandama untuk putri
kerajaan kediri.Reog Ponorogo, Jawa Timur [2]
Pada 1908, terdapat pengiriman duta kebudayaan[perlu rujukan] dan penghijrah pencari pekerjaan yang
menyebar luaskan muzik ini ke Thailand, saat pula boleh meluas ke Asia
Tenggara termasuk Malaysia[3] dan Singapura
Gambus atau qanbūs (Bahasa Arab: ‫ القنبوس‬ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal
dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang
dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Sachs berpendapat
nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud.[1] Terdapat 12 tali (sekarang nylon)
yang dipetik menggunakan plektrum, seperti gitar. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus
tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang nada pada alat tali). Kepopularannya merudum pada
awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah
Yemen. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.
Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia. Gambus
mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin sebuah tarian tradisional di
negara-negara Asia Tenggara Islam. Ia dikenali sebagai gabusi di
kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong
dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Mempunyai baluh berbingkai yang dibuat dari kayu keras, lazimnya kayu jenis nangka atau nama
saintifik Artocarpus Heterophyllus. Belulang dari kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang
dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat dan ditindih dengan paku
supaya ketegangannya lebih terjamin.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu
bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung
plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika
zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh
pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah
permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan
sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak
tangan mengikut rentak. Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan. Kompang biasanya
dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Dalam konteks persembahan,
kumpulan kompang akan dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut peranannya masing-masing.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi ‘bum’ di perolehi
dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi ‘pak’ di perolehi dengan
tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif.
Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi
Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan
dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk
memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Anda mungkin juga menyukai