Anda di halaman 1dari 3

1.

Sejauh manakah faktor bahasa dan kesusasteraan mempengaruhi kesedaran


nasionalisme di kalangan orang Melayu di antara tahun 1900 hingga menjelang
Perang Dunia Kedua?

A. Pengenalan:
Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kesedaran nasionalisme:
Faktor agama
Kewartawanan
Sistem pendidikan
Intelektual
Pengaruh luar
Bahasa dan kesusasteraan

B. Isi:
Bahasa dan kesusasteraan: 
a. Karya-karya sastera bukan sahaja digunakan untuk hiburan tetapi juga untuk
menimbulkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu yang dihimpit oleh kaum
imigran

b. Menyedarkan masyarakat Melayu yang berada dalam kemunduran dan kemerosotan


khususnya dalam ekonomi menerusi novel ‘Dari Perangkap ke Penjara’ dan cerpen
‘Rumah Besar Tiang Seribu’ .

c. ‘Hikayat Faridah Hanom’ karya Syed Sheik Al-Hadi memperjuangkan emansipasi


wanita dan pentingnya wanita Islam moden diberi hak yang sama seperti kaum lelaki

d. ‘Putera Gunung Tahan’ karya Ishak Hj Muhamad menceritakan tentang kelemahan


pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British.

e. Abad ke-20 muncul karya untuk menyedarkan masyarakat Melayu pentingnya


pendidikan dan keazaman untuk mencapainya.

f. Shamsudin Salleh melalui cerpen ‘Cermin Pergaulan Hidup di Dunia’ mengisahkan


tentang tekanan di bawah penjajahan British.

g. Puisi dan syair oleh Harun Aminurrashid – semua puisi bertemakan semangat
kebangsaan Melayu. Contoh: ‘Semenanjung’, ‘Rayuan Bangsamu’, dan ‘Perwira
Melayu’.

h. Abdul Samad Ahmad dalam puisi ‘Serunai Pujangga’ menyeru orang Melayu bersatu
dan bergerak cergas untuk mencapai kemajuan.

i. Bidang kesusasteraan merupakan alat bagi masyarakat Melayu yang miskin


meluahkan ketidakpuasan hati dan sebagai suatu protes secara senyap terhadap nasib
malang di tanah air sendiri.

j. Bidang kesusasteraan menyedarkan orang Melayu tentang perjuangan golongan


intelektual melindungi agama, bangsa, dan negara.

Intelektual:
a. Perjuangan golongan ini berkait rapat dengan bidang bahasa dan kesusasteraan.
b. Terdapat tiga golongan intelektual yang membangkitkan nasionalisme Melayu iaitu
golongan intelektual berpendidikan Arab, Melayu, dan Inggeris.

c. ‘Al-Imam’ meniupkan seruan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu dan diilhamkan oleh
tokoh-tokoh berpendidikan Arab di Timur Tengah. Contoh: Sheikh Mohd Tahir
Jalaluddin dan Sheikh Mohd Salim Al-Kalali

d. Golongan intelektual yakin umat Islam boleh diselamatkan sekiranya mengikuti apa
yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis, mengutuk mereka yang mengamalkan
agama semata-mata dan enggan menerima hakikat perubahan masa yang
menyebabkan pemikiran umat Islam kolot dan mundur.

e. Perjuangan golongan intelektual berpendidikan Inggeris muncul akibat penguasaan


ekonomi oleh bangsa asing.

f. Golongan ini juga bersikap sederhana dan boleh bekerjasama dengan pihak
penjajah. Perjuangan mereka meliputi soal sosio-ekonomi masyarakat Melayu. seperti
peluang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Contoh : Dato’ Onn bin Jaafar dan
Mohamad Eunos bin Abdullah.

g. Golongan intelektual Melayu memainkan peranan membentuk persatuan-persatuan


dan kelab. Mereka menubuhkan persatuan-persatuan Melayu peringkat negeri. Contoh:
Persatuan Melayu Pahang dan Perak.

h. Golongan ini lebih radikal berbanding dengan intelektual berpendidikan Arab dan
Inggeris.

i. Intelektual terkemukaa berpendidikan Melayu ialah Ibrahim Hj Yaacob

Sistem Pendidikan:
a. Terbukti perkembangan pendidikan dalam dan luar negeri melahirkan golongan
intelektual terpelajar yang berperanan penting membangkitkan gerakan nasionalisme.
b. Contoh: sistem pendidikan Arab yang dikenal sebagai sistem sekolah pondok
c. Pelajar-pelajar yang menuntut di Timur Tengah dipengaruhi oleh gerakan reformis
Islam.
d. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris melahirkan golongan intelektual yang
memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu. Mereka menuntut
keistimewaan yang diberikan kepada orang British perlu juga diberi kepada orang
Melayu.
e. MPSI merupakan tempat berkumpul golongan intelektual Melayu daripada golongan
bawahan yang mempunyai kesedaran untuk memperbaiki nasib orang Melayu.

Kewartawanan:
a. Bidang ini turut memberi sumbangan meningkatkan kesedaran politik masyarakat
Melayu.
b. Contoh: Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, Al-Imam, Utusan Melayu, Warta
Negara, Lembaga Malaya, dan Majalah Guru.
c. Akhbar menyalurkan ilmu dan mesej supaya masyarakat Melayu mencapai kemajuan
dalam hidup.

Faktor Luaran:
a. Peristiwa di luar Tanah Melayu memberi kesan besar kepada semangat nasionalisme
orang Melayu.
b. Contoh: perkembangan politik Indonesia, Perang Rusia-Jepun (1904-1905),
Pergerakan Turki Moden, dan kejayaan Revolusi 1911 di China.

Kesimpulan:
a. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting membangkitkan kesedaran
kebangsaan di kalangan orang Melayu.
b. Faktor-faktor lain juga tidak kurang pentingnya dan berkait dengan faktor bahasa
dan kesusasteraan

Anda mungkin juga menyukai