Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN
3.0 Kekuatan Karya

Di antara kekuatan yang terdapat di dalam artikel tersebut adalah penulis


karya ini telah mendedahkan kepada pembaca mengenai sejarah atau latar belakang
bagaimana permulaan terhasilnya arahan baru di bawah perintah pada tahun 1970-
1975 secara terperinci dan menyeluruh.Malah, penulis juga ada menulis faktor-faktor
atau isu utama yang dilihat sebagai pemangkin kepada kewujudan dasar baru
ini.Daripada penulisan artikel penulis, penulis dilihat mempunyai ilmu pengetahuan
yang mendalam mengenai perkara yang dibincangkan olehnya di mana dapat dilihat
bagaimana beliau membincangkan secara mendalam mengenai dilema dasar luar yang
dihadapi oleh kerajaan Malaysia selama hampir dua dekad.Sebagai contohnya,
penulis menyatakan tentang objektif,strategi yang ingin digunakan serta tindakan
yang perlu diambil dalam melaksanakan dasar luar tersebut secara bentuk berjadual
yang dilihat teratur dan mudah difahami oleh pembaca.Maka, artikel ini dilihat sangat
sesuai dan berinformasi kepada seluruh lapisan masyarakat mengikut arus peredaran
zaman. Selain itu,kekuatan pada penulisan artikel tersebut dapat dilihat di mana
penulis ini mendalami isu dan masalah yang dialami sepanjang perlaksanaan dasar
luar baru serta mengupasnya dengan baik.
Selain itu juga penulis penulis amat peka terhadap isu penulisan artikel beliau
di mana beliau mempunyai fikiran yang tersendiri dan mengolah untuk
mengemukakan pendapat beliau. Sebagai contoh,beliau ada menyatakan mengenai
bantuan-bantuan yang diterima seperti Malaysia baginya bantuan yang diberikan tidak
selayaknya diberi gelaran sebagai bantuan kerana terikat dengan eksport pemberi
bantuan.Penulis juga menyatakan pendapat bahawa Malaysia telah mengalami
ketidakseimbangan yang besar dalam menggunakan bantuan yang dipanggil itu yang
benar-benar tidak lebih daripada promosi eksport.Penulis turut telah melakukan
kesimpulan pada bahagian tersebut tentang bantuan yang seringkali diterima oleh
Malaysia akan mengakibatkan Malaysia mempunyai kelebihan yang tersendiri dan
juga berada dalam keadaan yang selesa tanpa sebarang ancaman luar. Selain itu, di
dalam penulisan artikel ini juga didapati penulis mempunyai cara susunan fakta dan
maklumat yang tersusun. Penulis telah menyusun maklumat beliau dengan menarik di
mana tajuk dan sub topik telah dipisahkan. Manakala, perenggan fakta juga penting di
dalam sesebuah artikel dan penulis telah membuat yang terbaik di dalam
memudahkan ayat-ayat dan idea supaya senang difahami oleh pembaca.
Selain itu, di dalam penulisan artikel tersebut, kita dapat lihat penulis telah
memasukkan data-data sokongan jenis empirikal bagi penulisan artikel beliau. Data-
data empirikal ini seperti di dalam isu Pecahan eksport oleh komoditi utama,eksport
berdasarkan lokasi dan komposisi import.Data ini disertakan melalui jadual dan carta
pai beliau telah mengambil inisiatif untuk memasukkan data atau statistik.al ini dapat
dilihat data-data sokongan tersebut dapat mengukuhkan lagi hujahan beliau di dalam
penulisan artikel tersebut.
4.0 Kekurangan karya
Bagi aspek kekurangan artikel ini pula dapat dilihat dari segi sasaran pembaca
yang ditujukan oleh pembaca. Walaupun penulisan artikel tersebut adalah amat sesuai
untuk pembaca daripada pelbagai lapisan masyarakat namun, penulisan artikel ini
dapat dilihat lebih ditujukan kepada warga pendidik atau pihak yang berkaitan di
dalam bidang pendidikan.Hal ini kerana dapat dilihat menerusi penulisan artikel,
penggunaan bahasa dan pemilihan perkataan serta gaya penulisan beliau. Perkara ini
juga mampu membawa kita kepada masalah-masalah penggunaan istilah-istilah yang
mungkin agak sukar untuk difahami pembaca. Selain itu, dapat dilihat juga penulisan
artikel ini di dalam bahasa Inggeris di mana tidak semua lapisan kelas masyarakat
amat mahir di dalam bahasa Inggeris dan hanya golongan berpendidikan seperti
diversification,unilateral,abortive dan sebagainya. Lantas, ini berkemungkinan akan
menyebabkan pembaca hilang minat terhadap artikel tersebut kerana pembaca
biasanya tidak dilengkapi dengan ilmu-ilmu tersebut. Penulisan artikel ini mempunyai
permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian secara konsisten namun tidak
mempunyai latar belakang masalah, hipotesis kajian yang mempunyai kepentingan
tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian.Di samping itu, di antara
kelemahan penulisan artikel ini adalah penulis tidak menyediakan kenyataan dalam
menyokong hujah beliau. Hal ini kerana sememangnya ada hujah beliau mempunyai
sokongan akan tetapi, rujukan di dalam karya tersebut didapati kurang. Hal ini akan
membuatkan pembaca mungkin sangsi dengan olahan penulis kerana kurang atau
tiada sokongan daripada bahan bacaan atau penulisan kajian-kajian yang lain. Dengan
memasukkan bahan rujukan kategori pertama, sudah semestinya penulisan artikel
tersebut akan menjadi lebih meyakinkan kepada pembaca dan golongan yang akan
merujuknya pada masa hadapan.

5.0 PENAMBAH BAIKAN KARYA


Berdasarkan kelemahan yang telah disenaraikan di atas, penulis boleh
menyelitkan beberapa kenyataan sokongan lagi dalam mengukuhkan lagi penulisan
karyanya bagi meyakinkan para pembaca untuk dijadikan sebagai rujukan dan
pembacaan pada masa hadapan.Hal ini juga dapat membantu pembaca-pembaca
dalam memahami karya tersebut dengan lebih baik dengan merujuk kepada rujukan
bagi mendapatkan maklumat yang lebih lagi dari penulisan artikel tersebut. Selain itu,
dari segi penambah baikan yang boleh dilakukan ke atas penulisan karya tersebut
adalah penulis boleh menyelitkan glossari di dalam penulisan beliau di mana
pembaca-pembaca akan terus merujuk kepada glossari itu untuk memahami artikel
dengan baik tanpa perlu meneka maksud sebenar penulis. Malah, bagi penulisan karya
yang menggunakan bahasa Inggeris, adalah amat digalakkan menggunakan gaya
bahasa yang mudah dan pemilihan perkataan yang tidak mengelirukan pembaca-
pembaca. Penulis juga boleh memperhalusi mana-mana rujukan yang bertentangan
atau tiada persetujuan di dalam isu dasar baru dan hubungannya antara etnik di
Malaysia ini bagi memberikan lebih lagi perdebatan kepada penulisan artikel tersebut.
Hal ini membolehkan pembaca-pembaca melakukan rujukan serta menarik minat
pembaca-pembaca dalam menelaah artikel tersebut.
Selain itu, melalui kelemahan di dalam penulisan artikel tersebut, penulisan
karya dapat ditambah baik dengan menambah baik cara penyusunan bab bagi sesuatu
taju atau isu. Hal ini jika kita lihat pada mana-mana karya atau jurnal yang kurang
mempunyai pembahagian bab itu, amatlah kurang menarik bagi sesebuah pembacaan
di mana ia akan memberikan pembaca-pembaca pandangan yang kurang menarik
secara kasarnya dan apabila membacanya, pembaca-pembaca akan senang bosan dan
tidak mampu lagi untuk meneruskan pembacaan karya tersebut serta membuatkan
pembaca tidak memahami dengan tajuk atau isu yang sedang dibincangkan.
6.0 Rumusan
Kesimpulannya,karya penulisan J.Saravanamuttu mengenai dilema
kemerdekaan dekad dasar luar Malaysia pada tahun 1957 sehingga 1977 adalah
sebuah karya yang bagus dan sesuai untuk dijadikan rujukan para penyelidik dalam
menyelidik dasar luar Malaysia ini.Karya ini mendedahkan mengenai dasar luar
Malaysia yang mempunyai pendekatan yang berbeza pada sepanjang sedekad
ini.Malah dapat dilihat juga melalui karya ini penulis mendedahkan mengenai
hubungan kerjasama dan diplomasi Malaysia sepanjang tempoh 1957-1977 ini.Malah,
menerusi pembacaan artikel tersebut juga, dapat dilihat bahawasanya adalah amat
penting bagi kestabilan ekonomi pada setiap individu kepada negara.

Anda mungkin juga menyukai