Anda di halaman 1dari 2

4.

1 ‒ Menentukan Tinggi Model Eiffel Tower

X = 2016 m

Rajah 4.0 ‒ Menara Eiffel Tower

Berdasarkan gambar rajah di atas, maklumat yang diberikan adalah


sudut dongak pada permukaan tanah, 60°, dan jarak antara menara tersebut
dengan tempat di mana sudut dongak itu diambil, 2016 meter. Kita dapat
menentukan sudut ini dengan menggunakan jangka sudut manakala jarak
tersebut dihitung dengan menggunakan alat pengukur jarak elektronik. Untuk
menentukan ketinggian model Eiffel Tower, kita boleh menggunakan
maklumat yang diberikan iaitu sudut dongak dan jarak menara itu.
Penggunaan rumus fungsi tangen merupakan kaedah yang paling mudah
bagi menentukan ketinggian menara tersebut.
Rajah 4.1 ‒ Fungsi Sinus, Kosinus, Tangen

Di sini, kita dapat takrifkan “opposite” sebagai ketinggian menara


manakala “adjacent” sebagai jarak antara menara dengan tempat di mana
sudut tersebut diambil. Dengan ini, kita dapat terus masukkan nilai-nilai yang
diberikan ke dalam formula bagi mendapatkan ketinggian model Eiffel Tower
tersebut.

Tan θ = t / x

Tan 60° = t / 2016 m

t = Tan 60° X 2016 m

= 3491.81 m

Jadi, kita dapat simpulkan bahawa ketinggian model Eiffel Tower


dalam gambar rajah ialah 3491.81 m. Penggunaan kaedah fungsi tangen
banyak membantu kita dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
tinggi dan jarak sesuatu objek. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyelesaian
bagi menentukan ketinggian model Eiffel Tower. Kita juga boleh menentukan
jarak antara sesuatu objek dengan tempat di mana sudut diambil sekiranya
ketinggian objek dan sudut ini diketahui.

Anda mungkin juga menyukai