Anda di halaman 1dari 12

1.

0 ‒ Pengenalan Kod Etika Perguruan

Etika Perguruan merupakan satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan negara, murid, rakan sejawat dan ibu bapa murid. Kod
Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Kod etika akan menjadikan guru lebih
faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam
Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod
etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di
negara ini ataupun di negara lain.

Kod Etika Profesion Perguruan

• Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan

• Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan

• Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur

• Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid


mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian

• Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap


muridnya tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan

• Guru haruslah bertugas sebagai ‘pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat

• Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,
tempat asal, keturunan, daya intelek, dan lain-lain

1
• Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu dalam kalangan muridnya
dan membimbing mereka memperkembang potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, daya cipta, dan rohani

• Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri
murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan

• Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan

• Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara

• Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan berguna

• Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya’

• Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau ‘role
model’ kepada muridnya

• Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan

• Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian

• Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian


terhadap muridnya

• Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya

• Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain

• Guru haruslah menggunakan cara yang sah sahaja, iaitu berdasarkan kecekapan
untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan pekerjaan

• Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan


namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

2
2.0 ‒ Fungsi Kod Etika Perguruan

Kepentingan kod etika sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu,
guru perlu memahami dan mengaplikasikan sepenuhnya Kod Etika Perguruan ketika
melaksanakan tugasnya. Antara fungsi Kod Etika Perguruan ialah sebagai garis
panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan, sesuai untuk
dirujuk dan diamalkan oleh guru. Perkara-perkara yang patut dan tidak sepatutnya
dilakukan oleh guru amat dititikberatkan. Justeru, guru Malaysia akan lebih berhati-
hati dalam melakukan sebarang tindakan ketika melaksanakan tugasnya.

Selain itu, pencegahan dan disiplin merupakan fungsi lain bagi kod etika ini.
Kod Etika Perguruan digunakan pihak tertentu sebagai asas untuk menyiasat
sebarang penyelewengan guru-guru. Berdasarkan aduan yang terima, penyiasatan
dilakukan untuk menentukan sejauh manakah seorang guru telah melanggar kod
etika. Secara tidak langsung, kod etika telah mendisiplinkan guru-guru Malaysia
supaya berpegang kepada prinsip yang dipersetujui oleh semua yang terlibat.

Kod etika juga dapat memelihara maruah profesion perguruan dengan


memberi imej positif kerana setiap guru terikat dengan satu standard etika yang
tinggi. Masyarakat lebih yakin tentang profesion ini jika terdapat kod etika yang
menjelaskan tingkah laku yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Oleh itu,
setiap guru akan berusaha mempertahankan integriti profesionnya dengan memberi
perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai demi meningkatkan
kesejahteraan rakyat Malaysia.

Kod etika seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan


rasa tidak puas hati di kalangan guru atau pihak lain yang berkaitan. Jika seseorang
guru didakwa atau diragui oleh pihak tertentu tentang apa yang dilakukan, maka dia
boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya. Iaitu, meyakinkan
yang terlibat bahawa perkara yang telah dia lakukan tidak salah di sisi kod etika.
Oleh itu, hubungan sesama guru atau masyarakat akan lebih harmoni dengan
adanya kod etika ini.

3
Menjadi Garis Panduan Pencegahan dan Disiplin

Fungsi Kod Etika Perguruan

Memelihara Maruah Profesion Mengelakkan berlakunya Konflik

Rajah 1 ‒ Fungsi Kod Etika Perguruan

4
3.0 ‒ Isu Pelanggaran Kod Etika Perguruan

Di Malaysia, waktu bagi sesi persekolahan yang umum adalah bermula dari
pukul 7.30 pagi sehingga pukul 1.15 petang. Ini bermaksud lebih kurang 6 jam, tidak
termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang, berlangsungnya proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru dengan murid-murid. Walau
bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini timbul isu berkaitan penyalahgunaan masa yang
melibatkan guru di sekolah.

Antara contoh penyalahgunaan masa oleh guru di sekolah adalah tidak


menepati masa memasuki kelas. Seorang guru berperanan penting untuk mengajar
anak muridnya mengenai penjagaan waktu dan akan menegur mereka sekiranya
mereka lewat menghadirkan diri ke kelas. Namun, apa pula tanggapan masyarakat
sekiranya guru itu sendiri tidak mampu melakukan apa yang diajarnya? Hal ini amat
bersesuaian dengan pepatah ‘bagi ketam mengajar anaknya berjalan’ kerana guru
itu sendiri tidak mengaplikasikan didikan yang diberi kepada anak muridnya.
Pelbagai alasan diberikan oleh guru-guru terbabit contohnya seperti terlupa jadual
namun alasan ini amatlah tidak munasabah kerana setiap guru diberikan jadual
mengenai masa dan kelas beliau mengajar.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, punca yang diberi


penekanan berkaitan isu ini ialah sikap guru itu sendiri yang mempunyai komitmen
yang rendah serta etika kerja yang lemah. Apabila sikap sedemikian wujud dalam
diri, guru berkenaan akan mengambil ringan terhadap tugas yang diamanahkan
sehingga tiada lagi kesungguhan untuk mendidik anak bangsa. Apa yang penting
bagi mereka hanyalah gaji yang diterima setiap bulan menyebabkan kurangnya nilai
keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru. Selain itu,
penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan oleh pihak pentadbir akan
menyebabkan guru terbabit akan lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana
tiada tindakan yang akan diambil ke atasnya.

5
Rajah 2 ‒ Guru Mengajar di Bilik Darjah

Selain itu, isu mengenai penyalahgunaan wang dalam kalangan guru juga
banyak mengambil tempat di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Sebagai
contoh, isu guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya
kepada pihak sekolah telah menarik perhatian umum seterusnya menguji kredibiliti
profesion perguruan. Guru tidak bertanggungjawab ini mula meminta bayaran di luar
permintaan sekolah itu sendiri dan memaksa murid-murid untuk menjelaskan
bayaran tersebut tidak kira mereka mampu atau tidak. Selain itu, kegiatan
penyalahgunaan wang juga boleh dilakukan dengan cara mengemukakan tuntutan
elaun perjalanan yang mengandungi butiran palsu. Oleh itu, pihak sekolah perlulah
teliti dalam pengurusan mengemaskini kewangan dari segi audit dan pengauditan.

Aspek yang menjadi punca berlakunya permasalahan ini ialah sikap individu
itu sendiri yang terlalu dahagakan harta dan kemewahan sehingga sanggup
menganiayai pihak sekolah. Sifat keji yang menular dalam diri akan menyebabkan
guru berkenaan menjadi gelap mata dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga
tidak dapat menilai baik buruk setiap tindakan yang dilakukan. Hal ini membuktikan
bahawa nilai amanah dan keimanan dalam diri guru semakin pudar. Selain itu,
kepimpinan pentadbir yang lemah dari segi penyelenggaraan dokumen juga dapat
memberi ruang kepada kakitangan untuk menyalahgunakan wang. Pihak pentadbir
yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan kewangan di sekolah akan
menyebabkan masalah ini semakin berleluasa di sekolah.

6
Isu Pelanggaran Kod Etika
Perguruan

Penyalahgunaan Masa Penyalahgunaan Wang

Rajah 3 ‒ Isu Pelanggaran Kod Etika Perguruan

7
4.0 ‒ Kesan Pelanggaran Kod Etika kepada Imej Profesion Perguruan

Masalah salah laku guru bukan lagi masalah yang kecil dan mampu
membawa kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di
negara kita. Peningkatan guru-guru yang terjebak dalam kes salah laku guru pasti
akan menjejaskan imej profesion perguruan melalui kemerosotan kewibawaan
profesion perguruan. Syed Ismail etc. (2010:190) jelas menyatakan bahawa “ Pada
zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor,
pembimbing dan rakan.” Peranan guru begitu penting memandangkan mereka
merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa mereka berada di
sekolah. Mereka bukan sahaja berperanan dalam memberi didikan, malah tugas
sebagai contoh teladan perlulah digalas sebaik mungkin dengan menonjolkan nilai-
nilai murni dan sifat-sifat mulia kepada anak buahnya. Namun, apakah pandangan
ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi
penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah?
Adakah masyarakat Malaysia akan terus menyanjung, menghormati dan
mempercayai profesion perguruan sebagai suatu jawatan yang mulia apabila guru-
guru sekarang terjurus untuk terbabit dalam salah laku?

Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah


telah menyebabkan masyarakat Malaysia memandang sinis terhadap profesion
perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh negara dalam
mendidik anak bangsa walaupun hanya berakibatkan tindakan salah seorang guru di
sesebuah sekolah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh yang dibawa oleh
masalah tidak mematuhi kod etika kerja guru terhadap profesion perguruan di
Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di negara kita.
Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir
setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri
daripada menganggur. Ketika zaman dahulu, apabila kanak-kanak disoal mengenai
cita-cita atau pekerjaan yang diimpikan apabila menjadi dewasa kelak, majoritinya
memilih jawapan guru sebagai impian utama disebabkan kemuliaan sifat-sifat
seorang guru. Namun, pada masa kini, pekerjaan sebagai guru semakin dilupakan
disebabkan perwatakan guru yang tidak mampu menarik minat generasi muda untuk
mengikut jejak langkahnya sebagai pendidik. Hal ini jelas membuktikan bahawa

8
pekerjaan sebagai guru sudah tidak mendapat tempat lagi dalam hati generasi masa
kini.

Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Itulah ungkapan yang sesuai
diungkapkan di dalam permasalahan ini. Akibat daripada perbuatan segelintir guru
yang bermasalah, bidang profesion keguruan ini tidak lagi dipandang mulia dan telah
mencemarkan integriti semua guru di negara ini. Profesion keguruan ini sepatutnya
disanjung tinggi dan perlu dipandang tinggi setanding dengan profesion yang lain
seperti profesion kejuruteraan, guaman dan juga perubatan. Dalam melaksanakan
tugas sebagai pendidik anak bangsa, aspek kerohanian perlulah dititikberatkan dan
diterapkan dalam diri setiap guru Malaysia. Di sini, nilai amanah merupakan nilai
yang amat penting kerana masyarakat memberi kepercayaan sepenuhnya kepada
mereka dalam menabur bakti melahirkan masyarakat yang berpendidikan. Namun
begitu, kepercayaan ibu bapa terhadap guru untuk mendidik anak-anak mereka kini
semakin goyah akibat daripada pelbagai masalah yang melibatkan kalangan guru.
Ibu bapa akan lebih berani untuk mencari salah laku guru dan mempertikaikan setiap
perbuatan guru. Oleh itu, cabaran yang dihadapi oleh guru menjadi semakin sukar
akibat daripada campur tangan ibu bapa dalam setiap urusan sekolah.

Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa
pihak berkuasa melucutkan jawatan guru di sekolah dalam bilangan yang banyak.
Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan sumber guru yang berkualiti di
sekolah-sekolah seluruh negara semakin berkurangan. Menurut sumber pada tahun
2010, bilangan sekolah rendah yang didirikan di Malaysia adalah sebanyak 7,714
buah. Cuba bayangkan sekiranya seluruh sekolah di Malaysia mempunyai hanya
seorang guru yang membabitkan diri dalam kes salah laku. Dengan ini, pihak
berkuasa terpaksa melucutkan kira-kira 7 ribu orang guru yang memegang jawatan
sebagai pendidik di sekolah. Perkara ini sudah tentu akan menimbulkan
permasalahan yang berterusan kepada proses pembelajaran murid-murid di sekolah,
malah turut menjejaskan sistem pendidikan di negara kita akibat kurangnya tenaga
pengajar. Pada masa yang sama, guru yang dilucutkan jawatan berkenaan juga
terpaksa menanggung malu apabila berhadapan dengan masyarakat. Mereka
terpaksa mencari pekerjaan lain sebagai mata pencarian kerana tiada lagi sekolah
yang memerlukan khidmatnya sebagai seorang guru. Jadi, jelaslah bahawa tindakan

9
salah laku guru akan menyebabkan sistem pembelajaran di negara kita tergendala
dan menjejaskan imej profesion perguruan.

Selain itu, guru-guru yang terbabit dalam kes-kes penyelewengan wang telah
menyebabkan pelajar dan rakan sejawat hilang rasa hormat dan kepercayaan
terhadap guru tersebut. Kepercayaan bagaikan sekeping kertas, apabila direnyukkan
ia tidak akan menjadi licin seperti asal walaupun dilurus dan dilurutkan. Justeru itu,
jika seseorang guru mengkhianati kepercayaan yang diberi orang sekeliling terhadap
dirinya, pasti keadaan tidak akan sama seperti sebelumnya walaupun sebenarnya
beliau sudah menyesali perbuatannya itu. Hal ini secara tidak langsung turut
membawa kepada kerenggangan hubungan antara rakan sejawat dan menyebabkan
anak didik bermasam muka dan memberi reaksi negatif apabila berkomunikasi
dengan beliau di bilik darjah. Apabila guru terbabit dipulaukan oleh rakan sejawat
dan tidak mendapat rasa hormat daripada pelajar yang dididiknya, secara tidak
langsung guru tersebut akan mengalami tekanan emosi yang tinggi apabila berada di
tempat kerja. Ini menyebabkan guru tersebut berasa tidak selesa dengan keadaan
persekitaran dan berasa putus asa untuk terus menyumbang bakti di sesebuah
sekolah berkenaan. Hal ini secara tidak langsung dapat mencalarkan profesion
perguruan.

10
5.0 ‒ Langkah Menangani Isu Pelanggaran Kod Etika Perguruan

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak
dibendung maka semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan
permasalahan ini tidak menjadi semakin teruk. Pihak pentadbir perlulah melakukan
pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja para guru. Dengan
adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru-guru untuk
menyalahgunakan masa di sekolah akan menjadi semakin terbatas. Selain itu,
individu itu sendiri perlulah bermuhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan.
Dengan cara ini, individu berkenaan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
diri seterusnya berusaha untuk menjadi lebih baik. Log aktiviti boleh disediakan
supaya segala tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung


masalah ini dengan cara memberi nasihat supaya menyedari akan kesalahan yang
telah dilakukan. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa tugas kita sebagai guru
sebenarnya tidak terhad kepada murid dan masyarakat. Kita sebenarnya mempunyai
tanggungjawab menjaga nama baik rakan sejawat kita yang berkecenderung untuk
melakukan tindakan terpesong agar kewibawaan profesion perguruan ini tidak
tercalar. Laporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan
oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Oleh itu, guru juga
seharusnya bijak memilih kawan agar tidak tersilap langkah terpengaruh dan
terjebak di dalam kegiatan rasuah ini.

Rajah 4 ‒ Guru ditegah Terlibat dengan Rasuah

11
6.0 ‒ Rumusan

Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Kod Etika


Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk
tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa.
Etika juga bertujuan mengawal tingkah laku para profesional agar lebih beretika
dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya membimbing para profesional ke
menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam kerjaya guru.
Dengan adanya Kod Etika Profesion Perguruan, para guru di Malaysia akan dapat
merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk menjadi seorang guru yang
bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu
bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat.

12

Anda mungkin juga menyukai