Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Kod Sekolah: ABA2030
Batu Gajah, Perak

1. Nama Guru SENTHILKUMAR A/L RAMANAIDU

2. Judul 5000 ALAM MUTIARA KATA (JILID 2) 3. Bidang: MOTIVASI

4. Pengarang HASSAN, FAUZURA & ISMAIL 5. Muka surat: 215

6. Terbitan ASSOCIATED EDUCATIONAL (CETAKAN 2000)


7. Sinopsis

Buku ini mengumpulkan dan memaparkan kata-kata hikmat para tokoh berwibawa daripada
pelbagai bidang. Kata-kata hikmat yang dipaparkan dapat membantu para kita mengadaptasikan
dalam kehidupan seharian dan dalam masyarakat untuk menjamin kesinambungan
pembangunan soial, politik dan ekonomi. Sebagai contoh untuk “Mutiara Kata Musuh”, yang
mana kata-katanya adalah seperti berikut:
“ Musuh-musuhku itu ada baiknya kepadaku, dan ada pula pemberiannya yang tidak
ternilai olehku. Sebab itu, moga-moga Tuhan yang Rahman, tidak menjauhkan daku daripada
musuh-musuh. Mereka korek kesalahanku, lantaran itu aku dapat menyingkirkan diri daripada
kesalahan. Mereka berlumba-lumba dengan daku. Sebab itu dapat mencari kemuliaan dan
ketinggian.”

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui kata-kata hikmat ini, kita akan dapat memotivasi diri agar tidak berasa sedih seandainya
ada rakan sejawat atau jiran tetangga mahupun majikan sendiri yang menegur atau
memperkatakan tentang kelemahan diri kita. Kata-kata ini dapat memberi kita kekuatan bahawa
setiap kritikan atau teguran itu sebenarnya memberi kita peluang dan ruang untuk membaiki
setiap kelemahan dan kesalahan. Kesan daripada itu, kita akan semakin kurang melakukan
kesalahan dan ini membantu kita menjadi insan yang lebih berjaya dan cemerlang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Segala tingkah laku individu dalam mencapai tahap kerja berkualiti dalam sesebuah organisasi
adalah berkait rapat dengan tahap motivasi individu tersebut dalam pengurusan kerja. Motivasi
merupakan suatu proses kognitif yang mempunyai hubungan dengan cara seseorang individu
menguruskan matlamat kerja berkualiti sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Oleh itu sebelum
seseorang individu mengetahui tahap motivasi kerjanya terlebih dahulu individu tersebut perlu
diterapkan dengan matlamat sebenarnya dalam bekerja iaitu untuk mencapai kualiti terbaik dalam
setiap pekerjaan yang dilakukan. Tegasnya, seseorang individu akan bekerja bersungguh-
sungguh kerana dorongan motivasi untuk memenuhi segala keperluan yang dikehendaki dalam
hidup. Kerja yang bersungguh-sungguh ini secara langsung akan membantu individu tersebut
untuk mencapai objektif dan matlamat kualiti dalam organisasi. Sudah tentu tahap kualiti yang
dicapai akan mendorong individu tersebut untuk lebih bermotivasi dalam mencapai kualiti kerja
secara optimum.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(Senthilkumar A/L Ramanaidu ) ( )

Anda mungkin juga menyukai