Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN SUKAN OLIMPIK

Sukan olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini
bermula dari Yunani purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama
PIERRE DE COUBERTIN pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai
Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang
Dunia. Selain itu , sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan sejak tahun 1924. Namun
begitu, sukan ini tidak diadakan lagi serentak dengan sukan Olimpik Musim Panas 1996.

2.0 SEJARAH SUKAN OLIMPIK

OLIMPIK PURBA
Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama sama sukan
ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh
ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu sahaja acara yang
dipertandingkan.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya
pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu
sebagai penghormatan kepada dewa Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang
sukan ini akan dihormati dan diabadikan dalam puisi dan dijadikan patung.[1]
Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas kaum Yunani.
Apabila agama Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dianggap sebagai
suatu amalan orang tidak beragama (pagan), maka Maharaja Theodosius mengharamkan
pertandingan ini pada tahun 393 M,menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun
sehinggalah ia diadakan semula pada abad ke-19.

OLIMPIK MODEN
Minat warga Yunani dalam menghidupkan semula temasya sukan purba ini dimulakan
sewaktu Perang Kemerdekaan Yunani menetang Empayar Uthmaniyah pada tahun 1821, di
mana ia pertama kalinya diusulkan dalam sebuah sajak nukilan Panagiotis Soutsos, seorang
editor akhbar pada tahun 1833. Pada tahun 1856, Evangelos Zappas, seorang dermawan bangsa
Romania-Yunani yang sangat kaya menulis kepada Raja Otto dari Yunani mengenai penawaran
menyumbangkan dana kepada penghidupan semula acara Sukan Olimpik. Zappas menganjurkan
acara pertama yang seumpamanya tiga tahun kemudian di sebuah dataran kota di Athens yang
dihadiri para atlet dari negara Yunani itu sendiri dan Empayar Uthmaniyah. Zappas turut
menyalurkan sumbangan kewangan kepada pembaikpulihan Stadium Panathenaik agar temasya-
temasya Sukan Olimpik yang akan datang dapat dianjurkan di sana.
The stadium tersebut menganjurkan temasya Olimpik pada tahun-tahun 1870 dan
1875. Sebanyak 30 ribu penonton dicatat menyaksikan acara tahun 1870, namaun catatan rasmi
bagi temasya tahun 1875 tidak dapat dijumpai. Pada 1890, Pierre de Coubertin mendapat ilham
menubuhkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (International Olympic Committee, IOC)
selepas menghadiri Sukan Olimpian yang dianjurkan Persatuan Olimpik Wenlock. Coubertin
mendasarkan ideanya daripada usaha dan buah fikiran Brookes dan Zappas dengan bertujuan
menubuhkan suatu Sukan Olimpik yang dianjrukan antara negara-negara yang dakan
dilangsungkan setiap empat tahun. Beliau mempersembahkan ideanya ini sewaktu Kongres
Olimpik pertama yang diadakan Jawatankuasa Olimpik tersebut. Perjumpaan ini dilangsungkan
di Universiti Paris dari 16 sehingga 23 Jun 1894, di mana kata putus telah dibuat pada hari
terakhir Kongres bahawa temasya sukan Olimpik pertama di bawah jawatankuasa ini dianjurkan
di Athens pada tahun 1896. IOC turut melantik penulis Yunani Demetrius Vikelas sebagai
presiden pertama jawatankuasa tersebut.

Anda mungkin juga menyukai