Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perlakuan Tidak Beretika Dalam Profesion

Perguruan

Secara amnya, terdapat beberapa faktor mengapa berlakunya isu perlakuan tidak beretika dalam
profession perguruan. Antaranya ialah tekanan kerja guru. Mengikut Kyriacou & Sutcliffe
(1978) dalam Kamaruzaman (2007) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai
perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang
berpunca dari aspek kerja mereka sebagai guru. Oleh itu, tidak hairan jika tekanan kerja yang
dialami oleh guru menyebabkan segelintir guru hilang pertimbangan semasa mengenakan
hukuman terhadap murid.

Selain itu, Gangguan emosi guru juga boleh dikatakan sebagai punca guru perlakuan tidak
beretika seseorang guru. Menurut Goleman (1998) dalam Mok Soon Sang (2010), kecerdasan
emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari
aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Kecerdasan emosi juga merupakan tindakan dan
kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.
Emosi yang tidak stabil akan boleh mengakibatkan berlakunya sesuatu perbuatan di luar
kewarasan akal.

Faktor seterusnya ialah kurangnya pemantauan pengajaran dan pembelajaran daripada


pihak pentadbir. Semasa pemantauan dilakukan, guru yang dipantau akan dinilai daripada
pelbagai aspek. Menurut Ab. Aziz (1999), penilaian pengajaran merupakan suatu sistem formal
untuk menilai prestasi kerja seseorang dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti kerja yang
dibuat. Menurut beliau lagi, penilaian ini perlu dilakukan secara berterusan bagi tujuan
pembangunan prestasi kerja. Namun, jika kurangnya pemantauan daripada pihak pentadbir,
maka para guru cenderung untuk menjadi agresif kepada murid kerana mereka tidak perlu risau
akan akibat daripada tindakan mereka.

Seterusnya, profesion guru dijadikan sebagai kerjaya pilihan terakhir oleh sesetengah
graduan juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya pelanggaran kod etika
guru. Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru
sandaran atau guru sementara. Hal ini kerana menurut Shuib & Johari (2001), pada asasnya
profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik
manusia yang bernama murid dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan
tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.
Namun jika tiada jiwa sebagai seorang pendidik, tugas guru tidak mampu digalas dengan
sempurna juga. Apabila sikap ini wujud, maka individu yang menjadikan kerjaya guru sebagai
pilihan terakhir tersebut akan mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan
tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa
yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.

Disamping itu, faktor penghargaan boleh juga menjadi punca guru berkelakuan agresif
terhadap murid. Menurut Raja Maria (2011), penghargaan merujuk kepada perbuatan
menghargai, penghormatan, penyanjungan. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi
komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang
sewajarnya masih belum diperolehi. Sehubungan dengan itu, jika diamati faktor kurang
penghargaan merupakan faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru seterusnya
menyebabkan emosi guru tidak stabil apabila berhadapan dengan murid.

Anda mungkin juga menyukai