Anda di halaman 1dari 1

 

Dewasa Ini, dalam era globalisasi yang kian mencabar, gejala sosia semakin berleluasa dan merunsingkan. Acap
kali. Kita melihat kes-kes gejala sosial terpampang di dada akhbar mala disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini,
tidak keterlaluan jika dikatakan menjadi lebih parah apabila kebanyakan pelaku gejala sosial tersebut terdiri
daripada golongan remaja. Memetik kata-kata Profesor Dr. Tun Abdullah Hassa, seorang profesor yang melakukan
kajian Peradaban Manusia, beliau sangat kecewa apabila setiap pagi melihat ramai anak muda ditangkap secara
kasar oleh pihak polis kerana dituduh melakukan gejala sosial dalam berita semasa. Menyedari hakikat kata-kta
itulah pihak kerajaan telah bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian untuk merungkai permasalahan gejala
sosial ini. Sungguh malang apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa “seperti membunag garam ke laut”
kerana gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya. Namun persoalannya, apakah peranan ibu bapa
dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka dalam usaha mengelakkan mereka daripada gejala sosial?

           Sememangnya terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk sahsiah anak-
anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah memantapkan fizikal atau jasmani serta tubuh anak-anak mereka. Jasman
merupakan satu elemen yang prima bagi membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana anak –anak akan dapat
membina keyakinan diri dalam menjaga tubuh badan mereka sendiri. Apakah pula peranan ibu bapa untuk
memastikan kesihatan fizikal anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah mereka yang sempurna? Terdapat
pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan anak-anak mereka bersama-sama ibu bapa mereka. Sebagai contoh,
ibu bapa perlulaj membawa anak-anak mereka untuk bersenam dan bersukan bersama-sama. Sebaik-baiknya,
bawalah anak-anak keluar tiga kali seminggu hanya untuk beriadah kerana bak kata pepatah “badan cergas minda
cerdas”. Selain itu, ibu bapa perlulah menghantar anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum di
sekolah seperti kelab dan persatuan serta unit beruniform. Hal-hal sebegini membolehkan mereka untuk menjauhi
diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Anda mungkin juga menyukai