Anda di halaman 1dari 10

NAMA :_________________________ KELAS : ___________

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 2

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2021

PENDIDIKAN MORAL

TAHUN 4

A. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Apakah kepentingan menghormati amalan beribadat pelbagai agama dan kepercayaan jiran?

A. Kita lebih memahami agama dan kepercayaan jiran.

B. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan tanpa mengambil kira waktu jiran beribadat.

C. Kita perlu menjauhkan diri daripada jiran yang berlainan agama dan kepercayaan.

D. Kita tidak perlu menghadiri majlis rumah terbuka perayaan jiran yang berlainan agama.

2. Jiran saya, Syahira sedang berpuasa hari ini. Saya patut ……….

A. Makan dan minum di hadapannya

B. Tidak makan dan minum di hadapannya

C. Memperlekehkan amalan ibadat dan kepercayaan.

D. Memberikan makanan kepadanya Ketika sedang berpuasa

3. Salah satu tanggungjawab kita dalam hidup berjiran ialah

A. tidak perlu bertegur sapa dengan jiran

B. memberikan bantuan Ketika jiran memerlukannya

C. membiarkan sahaja jiran membuang sampah di merata-rata tempat.

D. tidak perlu memenuhi jemputan jiran ke rumahnya

4. Aliman, seorang jiran yang kurang upaya meminta kamu menemaninya pergi ke kedai runcit.
Apakah yang patut kamu lakukan?

A. memarahi dan mengejeknya

B. segera menemaninya pergi ke kedai


C. mencari pelbagai alas an untuk menolak ajakannya.

D.memintanya supaya mencari orang lain untuk menemaninya.

5. Amalan membantu jiran dapat

A. menjadikan kita lebih terkenal di Kawasan kejiranan.

B. berkawan dengan lebih banyak jiran seusia

C. menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran

D. bermain dan membuat bising tanpa mempedulikan perasaan jiran

6.Pilih penyataan yang dapat menjelaskan peranan jiran.

A. Menjaga kebersihan di halaman rumah dan Kawasan kejiranan

B. Tidak mempedulikan jiran yang memerlukan bantuan

C. Tidak perlu menerima teguran daripada jiran

D. memasang radio dengan kuat.

7. Mengapakah kita perlu membantu jiran yang ditimpa kesusahan.

A. membolehkan jiran tersebut terhibur dan berasa gembira

B. Membolehkan jiran tersebut hidup bersenang-lenang

C. Membantu meringankan beban jiran tersebut

D.mendapat banyak pujian daripada jiran tersebut.

8. Bagaimanakah caranya yang paling sesuai bagi Encik Ali menghargai sumbangan jiran-jiran yang
membantunya semasa dia baharu berpindah ke Kawasan kejiranan baharu?

A. Mengajak jiran-jiran menonton televisyen bersama-sama

B. Mengucapkan terima kasih kepada jiran-jiran yang menolongnya

C. Berbual-bual dengan jirannya

D. Memberikan hadiah semasa majlis hari jadi anak jirannya


9. Mengapakah adab penting dalam pergaulan dengan jiran?

A. Kita menjadi lebih dikenali dan dipandang tinggi oleh jiran

B. Kita berasa lebih gembira dalam pergaulan dengan jiran

C. Kita dapat lebih banyak sumbangan kewangan daripada jiran

D. kita dapat mewujudkan suasana mesra dan harmoni dalam pergaulan antara jiran.

10. Antara berikut, yang manakah tidak sepatutnya dilakukan dalam pergaulan dengan jiran?

A. Beramah mesra dengan jiran yang baru dikenali

B. Tidak berkenalan dan bergaul dengan jiran-jiran

C. Menegur jiran dengan menggunakan bahasa yang sopan

D. Memperlahankan bunyi radio semasa jiran sekeluarga berada di rumah.

11. Antara berikut, sikap yang manakah menunjukkan cara menyanyangi jiran dengan betul.

A. Membiarkan sahaja anak jiran terjatuh dari basikal

B. Tidak mengambil tahu keadaan rumah jiran yang ditinggalkan

C. Membantu jiran yang mengadakan majlis kenduri

D. Tidak datan menziarahi jiran yang berada di hospital

12. APAKAH KEPENTINGAN MENYANYANYI JIRAN?

I. Menjadikan hubungan sesame jiran bertambah erat

II. Mewujudkan masyarakat yang berbeza pendapat dan tidak Bersatu

III.Mengukuhkan perpaduan sesame jiran yang berlainan agama dan kaum

IV. Melahirkan masyarakat yang hidup senang dan mewah

A. I dan II

B. I dan III sahaja

C. I, II dan III sahaja

D. I, II, III DAN IV


13. Apakah kepentingan bersikap adil terhadap jiran?

A. Menyebabkan perasaan kurang puas hati terhadap jiran

B. Mewujudkan kumpulan-kumpulan tertentu dalam kalangan jiran

C. Mewujudkan hubungan yang baik dan harmoni sesame jiran.

D. mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri

14. Nyatakan Tindakan berani yang perlu dilakukan oleh Azzam apabila melihat anak-anak jiran
merosakkan pokok-pokok bunga di taman permainan

A. Melihat dan membiarkan sahaja perbuatan mereka

B. Menegur dengan baik supaya mereka menghentikan perbuatan tersebut.

C. Memarahi dan mengancam akan mengasari mereka

D. Menjauhkan diri daripada mereka

15. Pilih penyataan yang menunjukkan sikap jujur terhadap jiran

A. Bercakap benar terhadap jiran

B Menceritakan rahsia jiran kepada jiran yang lain

C. Membantu jiran kerana mengharapkan balasan atau ganjaran.

D. Tidak memberitahu perkara yang sebenar terhadap jiran

16. Apakah kepentingan mengamalkan sikap rajin sesame jiran

A. Kita akan mendapat lebih banyak jiran

B. Kita akan lebih dikenali oleh jiran

C. Hubungan dengan jiran menjadi lebih mesra dan akrab

D. kita akan dapat menyelesaikan masalah jiran

17. Penyataan yang manakah BENAR tentang aktiviti yang dapat dilakukan bersama-sama jiran?

A. Menyanyi beramai-ramai pada waktu malam hingga menganggu ketenteraman jiran yang lain.

B. Bekerjasama dalam menjaga kebersihan di Kawasan kejiranan dengan melakukan aktiviti


gotong-royong
C. Berkumpul dan berbual-bual dengan anak-anak jiran yang sebaya sepanjang hari

D. Bekerjasama melakukan sesuatu aktiviti dalam kumpulan dengan jiran tertentu sahaja.

18. Apakah kesan bekerjasama dengan jiran?

A. Amalan bekerjasama akan dapat memupuk hubungan yang baik dan erat sesama jiran.

B. Amalan kerjasama akan dapat menambahkan lebih banyak jiran

C. Amalan bekerjasama menyebabkan banyak peralatan dan makanan perlu disediakan

D. Amalan bekerjasama menyebabkan pertambahan sampah sarap di Kawasan kejiranan.

19. Pilih satu cara bersikap sederhana yang betul

A. Menghidupkan semua pendingin hawa di balai raya dengan suhu yang sangat rendah

B. Bermain badminton di dewan dalam tempoh yang lama tanpa memberikan peluang kepada jiran
lain yang sedang menunggu giliran.

C. Membenarkan anak jiran meminjam basikal kamu

D. menunjuk-nunjuk telefon bimbit yang baru dibeli kepada jiran-jiran

20. Penduduk di Taman Suria terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Bagaimanakah cara
mereka bertoleransi sesame jiran?

I. Bergaul dengan jiran-jiran yang dikenali sahaja

II. Tidak perlu menerima teguran atau pendapat daripada jiran

III. Tidak melakukan perkara yang boleh menyinggung perasaan jiran

IV. Menghormati amalan agama dan kepercayaan jiran

A. I dan II sahaja

B. I, II, dan III sahaja

C. III dan IV sahaja

D. I, II, III dan IV sahaja


BAHAGIAN B.

JAWAB SEMUA SOALAN.

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberikan.

maruah bertolak-ansur adil bergotong- bekerjasama


royong

1. Kita hendaklah sentiasa ________________ sesama jiran untuk mengelakkan sikap


mementingkan diri.
2. Kerja yang berat akan menjadi ringan apabila semua jiran tetangga
_________________ antara satu dengan yang lain.
3. Kita hendaklah jujur dalam semua kerja yang dilakukan agar ___________ diri
terpelihara.
4. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, kita hendaklah bersikap
_______________ tanpa mengira kaum dan kepercayaan.
5. semua penduduk kampung digalakkan _____________ membersihkan balai raya sebanyak
dua kali sebulan demi menjaga kebersihan balai raya itu.

( 5 markah)

B. Tulis BETUL atau SALAH pada situasi di bawah.

SITUASI BETUL atau SALAH


1. Saya memberitahu ayah apabila terlihat dua orang pencuri
mencuba memecah masuk ke rumah jiran semasa ketiadaanya.

2. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya terlihat api sedang


menjulang dari rumah Nek Minah. Saya terus pulang ke rumah
tanpa mempedulikan Nek Minah yang terbakar.

3. Kamu mengugut anak jiran yang tidak mahu memenuhi permintaan


kamu.

4. Suatu kemalangan telah berlaku di Jalan Meru. Saya akan


menelefon ambulans bagi membantu mangsa kemalangan.

5. Semasa majlis perkahwinan anak jiran, saya akan memakia baju


baharu. Saya mahu kelihatan lebih cantik daripada rakan-rakan
yang lain.

(5 markah)
C. Baca dan kenal pasti nilai pada penyataan di bawah.

Kasih kerajinan Baik hati toleransi


Bekerjasama
sayang

SITUASI NILAI
1. Saya tidak akan mengamalkan sikap seperti enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing
2. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan budaya yang tu
dihormati, yang muda disanjungi.
3. Sebagai murid, kita hendaklah berusaha. Bak kata
pepatah, yang pipih tidak dating melayang, yang bulat
tidak dating bergolek.
4. Dalam kehidupan berjiran, kita hendaklah sentiasa
bermuafakat. Bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat.
5. Datuk Aidan sentiasa berpesan kepada anaknya,Linda.
Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang
menerima.

(5 markah)

D. Fahami situasi di bawah


Situasi 1
Jiran meminta saya menjaga basikal baharunya semasa dia pergi bercuti. Saya berjanji akan
menjaganya dengan baik. Semasa jiran bercuti, ibu meminta saya ke kedai untuk membeli barangan
dapur. Walaupun saya teringin untuk menaiki basikal baharu jiran, saya tidak mengambil kesempatan.
Sebaliknya, saya menggunakan basikal saya sendiri.
Sikap jujur yang ditunjukkan :
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Kebaikan :
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Situasi 2
Tan telah menghilangkan buku nota Matematik yang dipinjam daripada jirannya, Suraj. Dia kesal dan
risau untuk menyatakan perkara sebenar kepada Suraj. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu
perkara sebenar kepada Suraj dan berjanji untuk membayar ganti rugi buku itu.
Sikap jujur yang ditunjukkan :
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Kebaikan :
_____________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Huraikan perasaan kamu apabila bersikap jujur terhadap jiran.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

(10 markah)

Jawab soalan di bawah.

A) Jiran Sugin, Wei Lin tertinggal jam tangan di taman permainan ketika pulang bersama-sama
dengan ibunya. Sugin ternampak jam tangan itu semasa datang ke taman permainan untuk bermain.

1. Nyatakan tindakan yang patut dilakukan oleh Sugin dalam situasi di atas.

______________________________________________________________________

2. Berikan alasan Sugin bertindak sedemikian.

______________________________________________________________________
B) Miha dan Nita berjiran dan berkawan baik. Miha daripada keluarga yang agak berada, manakala
Nita sebaliknya. Miha berkawan baik dengan Nita kerana tingkah lakunya yang baik. Nita juga
berkawan secara ikhlas dengan Miha. Mereka mementingkan keihklasan dalam persahabatan. Mereka
saling mempercayai dan sikap tersebut akan mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka.
Sikap ini membolehkan mereka berasa selesa untuk berkawan.

1. Apakah perkara yang perlu dilakukan oleh Miha dan Nita untuk mengekalkan hubungan
persahabatan mereka?

a) Miha : ___________________________________________________________

b) Nita : ___________________________________________________________

2. Nyatakan kepentingan berkawan secara ikhlas

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(5 markah)
KERTAS OBJEKTIF

1. A B C D

2. A B C D

3. A B C D

4. A B C D

5. A B C D

6. A B C D

7. A B C D

8. A B C D

9. A B C D

10. A B C D

11. A B C D

12. A B C D

13. A B C D

14. A B C D

15. A B C D

16. A B C D

17. A B C D

18. A B C D

19. A B C D

20. A B C D

Anda mungkin juga menyukai