Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN MINGGU BAHASA 2020 TULISAN BERANGKAI TAHAP 2

SK SUNGAI BAGING

NAMA : …………………………………………………………………………………………………………………………………
KELAS : ………………………………………
Salin semula petikan dibawa dengan tulisan berangkai.

Enam langkah mudah perangi COVID-19


Penyakit paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-19 yang mula dikesan di
Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu.

Namun, penyakit ini mula menjadi isu paling serius di negara ini ekoran gelombang keduanya yang turut
mencatatkan dua kematian pada hari 17 Mac lalu.

Disebabkan kritikalnya wabak itu, kerajaan mengambil tindakan dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini bagi membendungnya daripada terus
merebak.

Namun, tanpa memahami tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan, ia ‘disalah guna’ apabila ada
menganggap kerajaan memberi ‘cuti’ kepada rakyat.

Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat mula
membanjiri Terminal Bas Selatan (TBS) untuk pulang ke kampung tanpa memikirkan kemungkinan besar mereka
akan dijangkiti virus COVID-19 kerana bersesak-sesak dan seterusnya menjadi pembawa virus berkenaan dan
merebak pula di kampung halaman masing-masing.

Sehinggakan Perdana Menteri terpaksa membuat perutusan khas pada hari berikutnya dan merayu berkali-kali
supaya rakyat mengawal serta mengurangkan pergerakan supaya COVID-19 tidak terus merebak kepada orang
lain..

Tidak kurang dengan itu, doktor dan jururawat tidak henti-henti merayu supaya masyarakat dapat membantu
dengan tidak menambah bilangan kes di hospital. Pihak media sama ada melalui radio, televisyen, akhbar dan
media sosial sudah memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan dalam menwar-warkan
kempen ‘stay at home’ demi untuk mengurangkan penambahan kes positif jangkitan COVID-19.

Namun, dimanakah peranan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat bagi membantu dalam membasmi penularan
wabak COVID-19 ini?

Kerajaan hanya mengarahkan rakyat untuk kekal berada di rumah masing-masing dan mengurangkan pergerakan
selama 14 hari sahaja, selain menjaga kebersihan diri sebagai langkah pencegahan. Perkara begitu mudah
mengapa sukar untuk rakyat fahami dan ikuti arahannya? Masih ada segelintir rakyat yang membuka gerai untuk
jualan, bersukan dan bersiar-siar. Di manakah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin bagi menyokong tindakan
kerajaan dalam membasmi virus ini?

Jangan bersikap pentingkan diri kerana kita fikir sihat tetapi tanpa sedar kita pembawa kepada virus itu.

Mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja, ikuti saranan yang berikut.

Pertama: Lakukan Saringan

Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah
kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan.
Kedua: Kuarantin diri

Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan
Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari
berturut-turut.

Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit
tekak dan kesukaran untuk bernafas.

Ketiga: Memakai topeng muka

Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan
rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya
keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.

Keempat: Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’

Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa
terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan
melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan
bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar.

Kelima: Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah

Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul
menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan
rumah juga sangat digalakkan untuk membasmi virus.

Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap
disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu peti ais.

Keenam: Jaga jarak 1 meter

Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak
dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan
melakukan senaman ringkas di dalam rumah.

Alternatif lain aktiviti yang boleh dirancang semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah seperti mengisi masa
dengan aktiviti keagamaan seperti berdoa dan membaca kitab.
Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus COVID-19 dengan seriusnya, maka marilah
kita menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan supaya boleh kembali kepada sedia kala dengan
hanya kekal berada di rumah selama 14 hari sahaja.

Diharapkan dalam tempoh ini, negara kita akan pulih dan wabak ini boleh dikawal.

Pilihan di tangan anda!

Anda mungkin juga menyukai