Anda di halaman 1dari 1

Penyakit paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-19

yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu.

Namun, penyakit ini mula menjadi isu paling serius di negara ini ekoran gelombang
keduanya yang turut mencatatkan dua kematian pada hari 17 Mac lalu.

Disebabkan kritikalnya wabak itu, kerajaan mengambil tindakan dengan mengisytiharkan


Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini bagi
membendungnya daripada terus merebak.

Namun, tanpa memahami tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan, ia ‘disalah guna’
apabila ada menganggap kerajaan memberi ‘cuti’ kepada rakyat.

Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan
Pergerakan, rakyat mula membanjiri Terminal Bas Selatan (TBS) untuk pulang ke kampung
tanpa memikirkan kemungkinan besar mereka akan dijangkiti virus COVID-19 kerana
bersesak-sesak dan seterusnya menjadi pembawa virus berkenaan dan merebak pula di
kampung halaman masing-masing.

Sehinggakan Perdana Menteri terpaksa membuat perutusan khas pada hari berikutnya dan
merayu berkali-kali supaya rakyat mengawal serta mengurangkan pergerakan supaya
COVID-19 tidak terus merebak kepada orang lain..

Tidak kurang dengan itu, doktor dan jururawat tidak henti-henti merayu supaya masyarakat
dapat membantu dengan tidak menambah bilangan kes di hospital. Pihak media sama ada
melalui radio, televisyen, akhbar dan media sosial sudah memainkan peranan masing-
masing untuk membantu kerajaan dalam menwar-warkan kempen ‘stay at home’ demi untuk
mengurangkan penambahan kes positif jangkitan COVID-19.

Namun, dimanakah peranan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat bagi membantu dalam
membasmi penularan wabak COVID-19 ini?

Kerajaan hanya mengarahkan rakyat untuk kekal berada di rumah masing-masing dan
mengurangkan pergerakan selama 14 hari sahaja, selain menjaga kebersihan diri sebagai
langkah pencegahan. Perkara begitu mudah mengapa sukar untuk rakyat fahami dan ikuti
arahannya? Masih ada segelintir rakyat yang membuka gerai untuk jualan, bersukan dan
bersiar-siar. Di manakah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin bagi menyokong
tindakan kerajaan dalam membasmi virus ini?

Jangan bersikap pentingkan diri kerana kita fikir sihat tetapi tanpa sedar kita pembawa
kepada virus itu.

Anda mungkin juga menyukai