Anda di halaman 1dari 1

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

 
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
 
2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
 
3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
 
4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
 
5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.


 
1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
 
2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
 
3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
 
4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham
Nasional.
 
5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian
pemprosesan.

Latihan  tukar ayat aktif kepada ayat pasif.

1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
2. Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap  peragut yang
menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus  industri  kecil
dan sederhana anjuran MARA.
6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani
itu kepada saya.
7. Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
9. Saya telah memasak lauk ikan  untuk ayah.
10. Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di  luar  dewan
.
11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan
segera.
12. Selain berbuat bising,  pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di
dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai