Anda di halaman 1dari 2

TAJUK ENAM : BERKELAKUAN PASIF DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 ANBU

A) MASALAH / PERISTIWA

Minggu ini merupakan minggu keenam saya menjalani praktikum di sekolah ini. Kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamannya semasa aktiviti
kumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri
dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan kadangkala menganggu murid
lain.

B) Analisis

Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding dengan
pelajar lain. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap
untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan
mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

C) Cadangan Tindakan Susulan

Demikian itu, cadangan tindakan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah :-

Guru menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar mereka dapat menjawab dengan
betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka. Guru harus memberikan hadiah kepada murid
yang berjaya sebgai peneguhan yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas. @Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberi
sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau
diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagi salag satu bentuk motivasi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan
dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja
atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebaginya.
“ Guru perlu merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk melibatkan diri semasa
proses penagajaran dan pembelajaran berlangsung.

D) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah tersebut dalam masa seminggu bagi memastikan proses pengajaran
dan pembalajaran saya berjalan lancar. Segala masalah akan saya cuba atasi dengan bersunguh-sungguh
dimana saya akan mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea yang menarik dalam
merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi dan diharap
agar saya berjaya mengatasi masalah ini.

TITLE SIX: PASSIVE BEHAVIOR AMONG ANBU YEAR 2 STUDENTS


A) PROBLEMS / EVENTS

This week is the sixth week of my practicum at this school. This time I would like to highlight the
problem of passive students in the classroom, especially during group activities. The problem is very
significant when only the same students are actively involved in the activities performed. While other
students just observe and sometimes disturb other students.

B) Analysis

This problem may occur due to poor mastery of knowledge compared to other students. It may also be
due to low self -esteem and lack of strong self -confidence to perform the activities carried out. The lack
of courage in them causes them to remain silent and not engage in teaching and learning activities.

C) Proposed Follow -up Action

Therefore, the proposed actions that can be submitted to overcome this problem in the teaching and
learning process are:-

Teachers prepare questions according to the level of ability of students so that they can answer
correctly and can instill confidence in themselves. Teachers should give gifts to successful students as
reinforcement that encourages students to be actively involved in activities carried out in the classroom.
@According to Skinner, positive reinforcement is giving something a reward after the behavior is
demonstrated, which causes the behavior to be repeated or reinforced further. In the classroom, this
positive reinforcement is given as a form of motivation in teaching and learning activities. Examples of
positive reinforcement that can be given in the classroom are giving words of praise after a student has
done a job or answering a question, giving a smile, patting a student on the shoulder, giving a gift and so
on. “Teachers need to plan an activity that can attract students to get involved during the teaching and
learning process.

D) Follow -up Action Period

I will try to overcome the problem within a week to ensure that my teaching and learning process runs
smoothly. All the problems I will try to solve diligently where I will find information to get interesting
ideas in planning activities in the classroom so that my teaching will be more interesting and hopefully
that I can successfully overcome this problem

Anda mungkin juga menyukai