Anda di halaman 1dari 8

Isi kandungan

1.0 Pengenalan 2
2.0 Isi Kandungan 2
2.1 Peranan ibu bapa untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja
2
2.2 Peranan pihak sekolah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalngan
remaja 3
2.3 Peranan media massa untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
remaja 4
2.4 Peranan pihak kerajaan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja
5
3.0 Kesan kelenyapan samangat patriotisme dalam kalangan masyarakat terhadap
sistem pendidikan dan generasi muda 5
4.0 Penutup 6

1
Tema: Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih
Tajuk: Langkah-langkah berkesan menerapkan semangat patriotism dalam kalangan
remaja dan kesan kelenyapan semangat patritisme terhadap generasi muda
dan sistem pendidikan

1.0 Pengenalan
Menurut KH. Hasyim Asy’ari (2001), cinta akan watan itu adalah sebahagian
daripada iman. Tanah air sememangnya mempunyai makna yang sangat mendalam dalam
diri setiap rakyat. Semangat patriotisme merupakan satu perasaan cinta, bangga dan sedia
berkorban untuk negara (Berns, 1997). Pandangan tersebut juga disokong oleh Mohd. Jamil
(2005) yang berpendapat bahawa semangat patriotisme adalah satu manifestasi perasaan,
sikap, serta nilai terhadap negara sendiri, iaitu perasaan seperti cinta, saling menghormati
atau kasih terhadap negara sendiri. Oleh itu, seseorang yang mempunyai semangat ini tentu
mempunyai sifat kesetiaan terhadap negara dan semangat mempertahankan negara serta
mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan kepentingan diri.

Sejak dahulu lagi, pihak kerajaan, masyarakat, pihak sekolah dan ibu bapa telah
menjalankan pelbagai langkah untuk memupuk semangat patriotisme dalam jiwa kalangan
remaja. Hal ini adalah kerana generasi muda merupakan bakal pemimpin negara bak kata
pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Namun, semangat patriotisme
dalam kalangan remaja semakin hari semakin dipinggirkan seperti melukut di tepi gantang.
Kehidupan generasi muda kini yang lebih mengutamakan kemewahan hidup menyebabkan
mereka memandang rendah terhadap kepentingan semangat patriotisme. Jadi, mereka tidak
mementingkan semangat patriotisme dan tidak mempedulikan sambutan hari Kebangasaan.
Contohnya, anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan
hari Kebangsaan negara dijalankan. Selain itu, mereka juga akan membuang sampah di
merata-rata tempat kerana mereka tidak menghargai tanah air mereka. Lebih-lebih lagi,
mereka akan memburukkan nama negara Malaysia dengan menyiarkan maklumat palsu
yang boleh menghina nama baik Malaysia. Bak kata peribahasa, “setiap penyakit tentu ada
penawarnya, setiap masalah tenta ada jalan penyelesaiannya”. Oleh itu, langkah-langkah
berkesan perlu dilaksanakan oleh setiap pihak untuk memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan pelajar.

2.0 Isi Kandungan


2.1 Peranan ibu bapa untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja
Sebagai mukadimah kupasan dan ulasan saya, langkah-langkah yang boleh
dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri generasi muda ialah bermula
dari ibu bapa. Hal ini berlaku demikian kerana ibu bapa merupakan guru terdekat kepada
anak-anak. ‘keluarga merupakan unit asas pembentukan masyarakat’ (Confucius & In Waley,

2
A, 1938). Ibu bapa perlu bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan sahsiah dan
penjana kecemerlangan anak-anak. Selain itu, menurut ungkapan kalimah tokoh filsuf
terkenal, Franklin D. Roosevelt, beliau telah mengingatkan kita bahawa segala-galanya
bermula di rumah. Maka, ibu bapa haruslah bertindak sebagai agen pencorak utama
karakter anak-anak agar mereka mempunyai pemikiran yang matang dalam mengharungi
cabaran dalam kehidupan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menceritakan tentang
perjuangan tokoh-tokoh terkenal kepada anak-anak seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok
Kenali, Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air. Di samping itu, ibu bapa juga
boleh membawa anak-anak mereka melawat tempat bersejarah seperti Kota A’ Famosa di
Melaka. Sementara itu, ibu bapa boleh bercerita tentang sejarah kejatuhan kerajaan Melaka
disebabkan penjajahan Portugis. Melalui pendedahan jasa-jasa para pejuang tanah air
kepada anak-anak, mereka akan memahami betapa sukarnya berjuang untuk
membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Selain itu, generasi muda akan sentiasa
sedar akan kesukaran orang terdahulu yang telah mengalami pahit maung semata-mata
untuk mendapatkan makanan. Dengan ini, golongan remaja akan sentiasa menghargai jasa
pejuang-pejuang tanah air terdahulu dan semangat patriotik juga dapat diterapkan dan
ditanam dalam jiwa anak-anak secara tidak langsung. Peribahasa Melayu Lama, “tak kena
maka tak cinta”. Ibu bapa mestilah memberitahu anak-anak kisah perjuangan tokoh-tokoh
negara kita yang bersusah payah menuntut kemerdekaan dan kedaulatan negara supaya
semangat patriotik dapat disuburkan dalam sanubari golongan remaja. Jelaslah di sini
bahawa penceritaan kisah perjuangan tokoh-tokoh sejarah membolehkan ibu bapa
memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak.

2.2 Peranan pihak sekolah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalngan
remaja
Di samping itu, golongan pendidik dan pihak sekolah juga memainkan peranan yang
mustahak dalam menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Hal ini
disebabkan sekolah merupakan satu institusi yang suci untuk menyalurkan ilmu dan
menyemarakkan nilai murni kepada para pelajar yang bakal menerajui pentadbiran negara
kita pada masa akan datang. Misalnya, pihak sekolah perlu mengadakan sambutan hari
Kemerdekaan peringkat sekolah dan mewajidkan setiap pelajar menyertai sambutan
tersebut. Selain daripada mengadakan sambutan hari Kemerdekaan, pihak sekolah juga
boleh mengadakan Minggu Cinta akan Negara, pertandingan deklamasi sajak, bercerita,
forum, menulis esei, pertandingan fotografi yang berkaitan dengan patriotisme. Tambahan
pula, guru memainkan peranan utama dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan
usaha penerapan unsur-unsur patriotisme di sekolah (Abd Sukor Yusof, 2003). Hal ini
dikatakan kerana pelajar-pelajar menghabiskan masa yang panjang di sekolah. Maka, guru

3
mempunyai peluang sangat terbuka untuk menerapkan semangat patriotisme kepada para
pelajar melalui pengajaran mata pelajaran Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan dan
Geografi. Pengajaran subjek Sejarah adalah untuk meningkatkan kesedaran politik di
kalangan generasi muda, mengukuhkan semangat nasionalisme yang merupakan unsur
penting ke arah pembentukan ciri-ciri warganegara yang baik (L. Cottom & R. Cottom,
2001). Hal ini lantaran subjek Sejarah merupakan wadah terbaik untuk mengajar dan
mendidik generasi baru yang bakal memimpin negara (Ahmad Ali Seman, 2009). Akibatnya,
pelajar-pelajar akan memahami penindasan dan kekejaman penjajah lain terhadap orang
terdahulu. Dengan pendedahan ilmu-ilmu sejarah, semangat patriotisme dalam kalangan
remaja akan dibangkitkan secara tidak langsung. Usaha ini bukan sahaja untuk memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan pelajar tetapi juga untuk menambah ilmu
pengetahuan para pelajar supaya tidak menjadi katak di bawah tempurung. Tegasnya, pihak
sekolah mestilah menyumbang tenaga dalam memupuk sikap para pelajar yang sentiasa
cinta akan negara.

2.3 Peranan media massa untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
remaja
Tambahan pula, pihak yang berkenaan hendaklah menjalankan kempen berkaitan
dengan semangat patriotisme secara besar-besaran melalui media mssa. Hal ini lantaran
kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme ini akan memberi kesedaran
yang mendalam kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotisme dalam
masyarakat di negara kita. Lebih-lebih lagi, media massa tidak mengira media cetak atau
media elektronik merupakan medium yang paling cepat untuk menyebarkan sesuatu
informasi ataupun kepada setiap umat manusia di seluruh dunia. Media massa juga boleh
mempengaruhi minda seseorang dengan mudah. Oleh itu, media massa memang berkesan
untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau
menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama- drama yang berkaitan
dengan semangat cinta akan negara. Selain itu, media cetak juga boleh menyiarkan
rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara untuk meningkatkan semangat
patriotisme masyarakat. Melalui pembacaan dan tontonan, anak-anak boleh mengetahui
kisah-kisah sejarah dan perjuangan para pejuang untuk memerdekakan negara kita
daripada ancaman kuasa luar. Lambat -laun, semangat patriotisme akan disuburkan dalam
jiwa anak-anak remaja di negara kita. Usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisme
ini mestilah dijalankan secara berterusan sehingga mencapai kejayaan seperti genggam
bara api, biar sampai jadi arang. Selain itu, sikap hangat-hangat tahi ayam perlu dikikis
dalam konteks ini untuk memastikan ikhtiar yang berterusan ini akan berjaya pada masa

4
depan. Izharnya, media massa mempunyai tanggungjawab yang penting untuk memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan remaja.

2.4 Peranan pihak kerajaan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja
Tidak ketinggalan juga, pihak kerajaan sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku
demikian kerana pihak kerajaan merupakan jantung dan nadi penggerak kemajuan
sesebuah negara. Oleh itu, pihak kerajaan merupakan antara pihak yang paling efektif untuk
menyemai semangat patriotisme dalam golongan remaja. Seterusnya, pihak kerajaan
mempunyai sumber yang mencukupi untuk menjalankan aneka program bagi memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Tamsilnya, pihak kerajaan hendaklah
mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun secara istiqamah
bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dari semasa ke semasa.
Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mewajidkan setiap remaja Malaysia menyertai Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negara kita. Hal ini dikatakan kerana PLKN berupaya
untuk terus memupuk dan memperkasa semangat patriotisme dalam kalangan generasi
muda. (Mohd Mahadee Ismail, Azlina Abdullah, Mansor Mohd Noor & Siti Noranizahhafizah
Boyman, 2016). Program ini bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan
membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,
mewujudkan perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan posiif
melalui nilai-nilai murni. Di samping itu, program ini dipenuhi dengan aktiviti yang dapat
memupuk semangat patriotisme seperti latihan kawab kaki, kursus menembak dan aktiviti
berkumpulan. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, para pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bertolak ansur, bekerjasama,
hormat-menghormati, memupuk rasa sayang kepada tanah air serta sanggup mengorban
diri untuk mempertahankan negara. Dengan ini, semangat patriotisme akan meningkat
dalam kalangan remaja dan menyebabkan mereka sanggup berjuang hingga ke titisan
darah yang terakhir demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendek kata, pihak kerajaan
perlu meneruskan segala usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja
sekali gus memacu perkembangan negara.

3.0 Kesan kelenyapan samangat patriotisme dalam kalangan masyarakat terhadap


sistem pendidikan dan generasi muda
JIka langkah-langkah memupuk semangat patriotisme di atas tidak dilaksanakan
dengan lancar, kelenyapan semangat patriotisme akan mencetuskan beberapa kesan
negatif terhadap generasi muda dan sistem pendidikan Malaysia. Antara kesan kelenyapan
semangat patriotisme terhadap generasi muda ialah remaja tidak akan membeli produk
tempatan manakala membeli produk dari luar negara. Hal ini disebabkan kekurangan

5
semangat patriotisme dalam jiwa mereka dan menyebabkan mereka tidak rela untuk
meyokong produk negaranya. Di samping itu, kelenyapan semangat patriotisme juga akan
menyebabkan remaja rela berhijrah ke luar negara untuk meneruskan kehidupan. Hal ini
adalah kerana mereka menganggap taraf kehidupan luar negara lebih tinggi daripada
negara Malaysia. Tambahan pula, kekurangan semangat patriotisme juga akan
mengakibatkan remaja melanjutkan pelajaran di luar negara. Hal ini dikatakan kerana
mereka mempunyai tanggapan bahawa tahap pendidikan tempatan adalah lebih rendah
daripada luar negara. Jika ditinjau dari aspek sistem pendidikan, kesan kehilangan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat ialah subjek Sejarah akan semakin hari
semakin tidak dititikberatkan di negara kita. Hal ini berlaku demikian kerana mereka tidak
mengenang jasa yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang negara. Selain daripada subjek
Sejarah, subjek Bahasa Melayu juga akan dipinggirkan. Hal ini dikatakan kerana remaja
terkini lebih cenderung untuk belajar dan bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding
dengan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malayu. Akhirnya, kelenyapan semangat
patriotisme dalam kalangan remaja telah mengakibatkan kemunduran sistem pendidikan
dan kekurangan modal insan yang berkaliber di negara Malaysia.

4.0 Penutup
Menurut kata mantan presiden Amerika Syarikat, John F. Kemedy iaitu, “Usahlah
disoal apakah yang boleh dilkukan oleh negara untuk kamu, sebaliknya tanya apakah
sumbangan kamu kepada negara?” Kesimpulannya, semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat terutamanya golongan remaja sangat penting untuk mempertahankan
kemerdekaan dan kedaulatan serta kemakmuran negara kita. Maka, remaja mestilah
sentiasa ingat akan peranan diri terhadap perkembangan sesebuah negara pada suatu
ketika nanti. Usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang
masa tanpa henti supaya warganegara yang cinta akan negara dan individu yang berguna
kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri akan dilahirkan. Selain itu, semua pihak tidak
harus bersikap seperti melepaskan batuk di tangga malah seharusnya berganding bahu
untuk mengekalkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat negara kita. Usaha
dan komitmen daripada setiap pihak amat diharapkan untuk menyemai semangat
patriotisme dalam golongan remaja kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Diharapkan setiap pihak boleh bekerjasma bagai aur dengan tebing supaya masyarakat
yang cinta akan negara akan dibentuk dan negara kita boleh terus bersaing dengan negara
yang maju. Dengan ini, impian negara kita untuk menjadi sebuah negara yang moden pasti
akan menjadi sesuatu realiti dan bukannya omong-omong kosong ataupun dikatakan
sebagai awang-awang Mat Jenin. Akhirnya, nama baik negara kita akan sentiasa gah di

6
pentas dunia dan negara kita akan terus maju dan muncul sebagai negara kelas pertama di
peringkat antarabangsa.

5.0 Sumber rujukan

Abd Sukor Yusof. (2003). Pemupukan Semangat Patriotisme di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Menerusi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah: Satu Kajian Kes
Tingkatan Dua. Dimuat turun pada 7 March 2020 daripada
http://ir.upsi.edu.my/491/1/PEMUPUKAN%20SEMANGAT%20PATRIOTISME%20DI
%20KALANGAN%20PELAJAR%20SEKOLAH%20MENENGAH%20MENERUSI
%20PENGAJARAN%20DAN%20PEMBELAJARAN%20SEJARAH_SATU%20KAJIAN
%20KES%20TINGKATAN%20DUA.pdf

Ahmad Ali Seman. (2009). Pemupukan Patriotisme Melalui PendidikanMultikultural Dalam


Pendidikan Sejarah di Malaysia: Satu Tinjuan Perspektif. Dimuat turun pada 7 March
2020 daripada http://ir.upsi.edu.my/491/1/PEMUPUKAN%20SEMANGAT
%20PATRIOTISME%20DI%20KALANGAN%20PELAJAR%20SEKOLAH
%20MENENGAH%20MENERUSI%20PENGAJARAN%20DAN%20PEMBELAJARAN
%20SEJARAH_SATU%20KAJIAN%20KES%20TINGKATAN%20DUA.pdf

Asy’ari, Hasyim. 2001. Al Muqaddimah Al Qanun Al Asasi Li Jam’iyyah Nahdlatul Ulama’,


Jombang: Pustaka Warisan Islam Tebuireng

Berns, W., 1997. On Patriotism. Public Interest, Spring:19.

Confucius & In Waley, A. (1938). The Analects of Confucius. New York: Random House.

Cottam, L. M. & Cottam, R.W (2001). Nationalism and Politic. The Political Behaviour dalam
Pendidikan. Persatuan Sejarah Malaysia.

 John F. Kennedy: "Speech by Senator John F. Kennedy, Zionists of America Convention,

Statler Hilton Hotel, New York.

Mohd Jamil Mukmim., 2005. Patriotisme dalam Konteks Pembinaan Bangsa Malaysia. Dlm.
Hussain Mohamad. Belia dan Patristisme. Hlm. 23-37. Melaka, Malaysia: Institute
Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Mohd Mahadee Ismail, Azlina Abdullah, Mansor Mohd Noor, Siti Noranizahhafizah Boyman.
(2016). Penghayatan Semangat Patriotisme Belia Malaysia: Kajian Ke Atas PLKN.

7
Dimuat turun pada 7 March 2020 daripada
http://www.aensiweb.net/AENSIWEB/rjss/rjss/2016/May/37-44.pdf

Anda mungkin juga menyukai