Anda di halaman 1dari 4

4 golongan lelaki...Check it out...

Kiriman: nurqush pada 15 Okt, 2004 - 10:32 AM

4 Golongan Lelaki :

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di


dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak
cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh
anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak
tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula
abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di
akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari
islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......
nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar
ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak
silap firman ALLAH S. W. T.:-

Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat
melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin
tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-
Lelaki:

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis
bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang
belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya
dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang
tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri
berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh
suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri
boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi
menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada
ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd
suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah
ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita
perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan
matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH
(dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap


4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki
ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga


kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta
menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti
pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri
saya sendiri.

Link berkaitan

· Lagi berkenaan Wanita & Keluarga


· Kiriman nurqush

--------------------------------------------------------------------------------

Tulisan sering dibaca berkenaan Wanita & Keluarga:


Rahsia Warna Kegemaran Wanita

4 golongan lelaki...Check it out... | Masuk/Daftar baru | 1 Komentar


Threshold -1 0 1 2 3 4 5Tiada komentar Berangkai Menegak(LihatSemua) Tajuk sahaja
Terlama dahulu Terbaru dahulu Markah tertinggi dahulu

Semua komentar adalah menjadi tanggungjawab pengirim.

Re: 4 golongan lelaki...Check it out... (Markah: 1)


oleh puteradamanhur pada 18 Okt, 2004 - 01:45 PM
(Maklumat ahli | Hantar Mesej)
Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap
isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu
Majah )

Jadilah lelaki yang bertanggunjawab atas apa jua perlakuan yang dilaksanakannya dan
sentiasa meminta pertolongan Allah....hikmah seorang lelaki terlalu besar untuk
diungkapkan..seorang yang bergelar lelaki,akan menanggung dosa isterinya,ibunya,anak
lelaki yg belum baligh,anak perempuan yang belum bernikah,saudara-saudara
perempuannya yg belum bernikah...berat bukan? sebab itulah lelaki perlu lebih cekal dan
sabar dalam mengakur kehidupan...jangan cemari sifat kelakian anda...

Anda mungkin juga menyukai