Kata ini kata mulia, jangan dikata pagarnya tiada, apatah ruyung
dinding ayatnya, lagikan negara ada sempadannya, inikan pula
kalam paduka, ciptaan biduanda syair berdenda, gendang tabuh
bergema adanya, nafiri raja sayu menuja, jika hati berhajat jua,
sangkalkan ia di tiang serinya, samakkan hati najis dunia, baru
terang mendapat rasa, baru suci sekelian hamba, baru dapat afdal
ertinya, baru hikmah timbul menerpa, baru rasa tiada berdosa, baru
diri tetap imannya, baru sejuk kalbu sentiasa, baru terang akal
kajinya, baru nyata akan isinya, baru sedap dipelajarinya, baru
seronok hati menghafalnya, baru jadi ajarannya, baru guru terang
berkata, baru murid alim jadinya, baru ilmu tetap dimata, inilah cara
melayu bercerita, sampai maksud sampai tujunya, bila berkata
seribu maknanya, jangan lalai akan suaranya, jangan leka akan
bunyinya, jangan alpa akan tingkahnya, jangan tertipu akan
geraknya, lihat benar akan seloka, seloka dari bidalan syurga,
sebagai sabda orang mulia, menjadi pelita dimalam menjelma,
kalau kemajlis serta adatnya, kalau mengaji serta akalnya, kalau
merindu serta cintanya, kalau berkasih serta senandungnya, kalau
beribu serta bapanya, kalau islam serta tauhidnya, kalau melayu
apa tandanya, inilah kata orang mulia, selangkah tahu asal tujunya,
dua langkah sampai ihramnya, tiga langkah sampai pesannya,
empat langkah tetap alamatnya, lima langkah sesatnya tiada, enam
langkah pulang asalnya, tujuh langkah selamat adanya, lapan
langkah duduklah dia, sembilan itu arif langkahnya, sepuluh tetap
satu langkahnya, begitulah adat belajarnya ia, tiada mahu tunduk
malasnya, berahi sentiasa akan hikmahnya, mencari makna pada
restunya, mencari ilham akan doanya, mencari ilmu dipesada
dunia, bukan ilmu semata-mata, tapi hikmah sentiasa nyata, inilah
syarat bila ditanya, jawabnya sentiasa diam sahaja, selagi ilmu
belum sempurna, kata jangan gerakpun tiada, tunggu masak
akannya ia, baru dijawap akan soalnya, bila berkata amati ayatnya,
bila bersuara dengar katanya, bila benar jangan segeranya, kalau
salah perlahan sahaja, bila tahu angguk sahaja, jika tidak
gelengkan kepala, jangan tekak diajak bicara, anaknya sakit
menempa dusta, jangan sangka mulut berbisa, lidah belum hitam
warnanya, wahai insan sanjungan manusia, jangan ingat alimnya
ada, segala gerak semu sahaja, mengenal isi pada kulitnya, kalau
kita tiada sungguhnya, nescaya sesat ajaran kita, dikata orang kita
ini gila, dikata manusia kita ini bahaya, kerana kata belum serunya,
kerana kalam belum bertinta, kerana kapur kelabu warnanya,
kerana papan belumlah ada, hati-hati hai manimanaka, ini bicara
sukar adanya, jangan gelojoh memahaminya, jangan cepat rumus
akalnya, jangan sangka hanya rasanya, jangan dibidas belum
habisnya, jangan disoal belum bacanya, jangan dikata belum
kajinya, jangan ambil seimbas sahaja, jangan mengaji setengah
sahaja, jangan dihafal begitu sahaja, jangan percaya tiada buktinya,
barulah lengkap bacaannya ia, barulah tertib khatam ilmunya, pada
guru rajin bertanya, agar paham ada maknanya, baru baca ada
ertinya, baru hikmah tersemat didada, baru sempurna ajarannya
kita, semoga selamat kita sentiasa, semoga berkat dirinya kita,
amatilah ini akan seloka, mengenal diri diatas dunia, separuh yang
ada cakap sahaja, alif belum dikenal jua, ba sudah jadi rebutannya,
jangan kita seperti mereka, cepat sangat pandai dirinya, sebelum
berjalan merangkak adanya, itu resam belajar caranya, pastikan
kita sudah sedia, hati terbuka otak tak lupa, pikirpun tenang lapang
dadanya, marilah kita mula cerita, mengenal diri serata-rata,
bermula ia dengan seloka, aku tidak ada yang ada hanya dia,
olahkan penuh kusyuk sepenuhnya, hayati dulu segala hukumnya,
amati dulu akan ayatnya, hafalkan dulu susun bahasanya, jangan
dibaca sepintas sahaja, jangan dibaca hujung ambilnya, jangan
dibaca cepat matanya, jangan dibaca yang sedap sahaja, jangan
dibaca fikir kemana, tumpukan sepenuh akan ertinya, hendaklah
jangan takut bunyinya, janganlah lalai hilang seketika, bila
membaca perhati ayatnya, jangan hanya lihat sahaja, baru paham
akan maksudnya, baru tak sesat pemahamannya, baru tak janggal
tuju halanya, baru dapat faedahnya ia, inilah seloka melayu lama,
cara mengenal diri yang mana, akurkan hanya bila terasa, segala
ayat dalam kalamnya, segala tertera bukan hikmatnya, segala yang
dibaca tunjuk sahaja, begitu kita belajar agama, mengenal itu baru
mulanya, bukan ayat bermain dimata, hikmahnya jua sentiasa
nyata, bukan rasa cantik ayatnya, bukan sesat kata-katanya, bukan
bidalan madah pujangga, bukan kitab arab asalnya, bukan tulisan
kuno tak bermaya, bukan hasil sheikhnya Madina, bukan di India
ditempa asalnya, bukan Jawa aksara tulisnya, bukan ilmiah kajian
pustakanya, bukan serpihan ilham manusia, bukan novel pujaan
semasa, ini salinan wahinya rahsia, menjelma jadi papan bernyawa,
tinta nirmala airnya syurga, pena kampor penyambung makna, besi
khursani alirnya dakwatnya, selembar cindai tempat tahtanya,
kertas Malaya diberi nama, tempat orang menghasil cipta,
mengadun kersa jiwa merana, susun doa sekelian walinya,
membuka kobah khazanah paduka, kenallah diri andik tercinta,
sebelum kenal tilik asalnya, kalau dah tahu hebat perinya, belum
ditiup bergoyang daunnya, benarkah rasa pengukur kata, benarkah
jarak jadi masanya, benarkah ilmu cepat jadinya, belum bertanya
tahu jawapnya, kalau sungguh bagai dikata, apa maknanya kita
tiada, bukan tubuh maksudnya beta, tapi rakyat bayangan sahaja,
pahamkan ia jangan teruja, selagi jahil selubungnya kita, bila
mengaji gopoh lakunya, belum dibaca banyak salahnya, maklumlah
alim seribu kitabnya, katanya ini ayat tak berguna, kenapa cepat
marahkan tinta, menulis akan warkahnya kita, bukankah pena
pewaris sahaja, tuannya tiada berkata apa, sebelum baca doapun
tiada, manakan rahmat kajian kita, belum bermula sesat dah kata,
belum diuji dah hafal isinya, bukan ajaran hanya dikepala, selagi
sedar itu tiada, ingatlah jika kita manusia, hati dihijab tak tahu apa,
segala ilmu mainan kata, diukur dari jendela dunia, bukan diukur
darinya mata, sudah kasaf tujuh benua, selagi baris diatas sahaja,
baris dibawah ba jadinya, baris ditengah jadinya ta, tinggi mana
baris atasnya, dekat saja ta dengannya, selangkah saja hendak ke
ba, pahamkah tuan akan maknanya, atau hanya andaian sahaja,
bukan tujunya tiada, kerana hikmah sembunyi dirinya, jika dikelar
akan kulitnya, berbelang isi sembilang namanya, berbaris isi itu
buaya namanya, berdiri isi itu salbi akannya ia, pandaikah tuan
seloka kita, bila ditanya jawapanya ada, bukan pada ayat tertera,
isinya jua penyata hikmahnya, jika zahir ada batinnya, jika langit
ada buminya, jika aku itu tiada, kenapa dijawap hanyalah Dia,
perhati akan kataku ini ya, memang sungguh bagai dikata, anak
sapi mati merana, kerana susu rosak sebelanga, kerana hati hancur
manusia, kerana ilmu bangga dirinya, kerana tiada akan berjumpa,
barangnya kita hairan semua, kata yang alim apa ertinya, bijak
pandai pening kepala, ditempat kita tida berjumpa, hikmah ini sihir
sahaja, hati-hati kata berkata, hati-hati hujah mengata, hati-hati akal
mencela, hati-hati rasa tak sempurna, selagi nafsu dirinya kita,
manakan sama Aku dan Dia, tiada mungkin akunya ada, selagi dia
ada sentiasa, bukankah ini mengenalnya kita, mengata akan
ketiadaan kita, bukan zat menjadi dua, bukan zat wahdatul-
wujudnya, bukan zat hulul halajnya, bukan gusti dengan kawula,
bukan si djenar membenarkannya, bukan furqan menjadi
pengadilnya, bukan hadis tempat rujuknya, tiada ada disekelian
agama, carilah merata seluruh dunia, permata ini melayu yang
punya, wasiat dari moyangnya kita, sudah ujud beribu tahunnya,
anak cucu tak tahu sahaja, kerana tiada rasa pentingnya, tiada
bangga akan susur galurnya, nenek moyang sakai belaka, tiada
tahu resam dunia, sama seperti kera bernama, hanya memakai
cawat sahaja, lihat sitanggang batu jadinya, disumpah ibu sakai
orangnya, adakah sakti itu agama, atau melayu jati asalnya,
amatilah hai sekelian yang ada, memang benar ini kisahnya,
melayu hebat seantero dunia, mencipta tamadun diatas dunia,
sebelum Ibrahim vikrama namanya, anak melayu raja
keturunannya, itulah asal cerita bermula, jangan kita lupa akannya,
apa lagi hendak dikata, melayu pelupa juga orangnya, disangka
pedagang mulia dirinya, segala yang ada habis dijualnya, hanya diri
sebatang kara, nasib baik melayu rela, habis keturunan cacat
asalnya, mengaku asalnya bangsa mulia, kenapa sungguh kata-
katanya, sedangkan melayu seluruh dunia, kenapa kata melayu
hina, tiada agama menyembah berhala, bukankah itu simbol sahaja,
bukan tuhan menjadi rupa, kenapa tak paham akan asalnya, melayu
itu agama asalnya, bukan hindu ataupun buddha, atau animisma
anutannya, hanya segelintir bergurau senda, kerana melayu bijak
adanya, kalau betul disalahkannya, kalau salah dibetulkannya,
dapatkah tuan menepis rasa, bila diri tak dapat dibela, dapatkah
hukum berkata ia, sedangkan bukti terang dan nyata, baca sejarah
didalam dunia, asal melayu menggoncang dunia, beribu tahun
menjelajah samudra, beribu tempat menjadi kampungnya, kenapa
melayu suka bermuka, malu berkata melayu dirinya, melayu mulia
bercampur darahnya, bukan melayu sejati ibubapanya, bukan
melayu asli asalnya, semang putih putih darahnya, amat sakti
masin mulutnya, tapi kita nak elok saja, kalau boleh syed
keturunannya, pedagang menjual membeli yang ada, anak dara
kahwin percuma, kerana keturunan arab mulia, sedangkan melayu
semuanya hina, kenapa sanggup menjadi pendua, melayu tetap
satu bangsanya, takkan melayu tunduk sahaja, dimana maruahnya
akan kita, sanggup menjual sanak saudara, kerana ingin darah
baduinya, apakah kita sakai semua, tiada adat tiada martabatnya,
aduhai melayu lupa dirinya, begitulah seloka paparan sahaja,
tidakkah kita tahu akanNya, Dia itulah segala-galanya, melayu tahu
hakikat tuhannya, melayu tahu jalan kepadaNya, melayu pemegang
akan kuasaNya, melayu itulah panglimaNya, sungguh-sungguhlah
hendaknya kita, mengenal akan ilmu melayunya, sudah lengkap
sejak azalinya, tiada cacat tiada celanya, hanya melayu tak
pedulikannya, kerana melayu takkan sama, bangsa melayu sakai
jua, dimata mereka nampaknya arab jua, itulah hasilnya melayu
rela, amat ikhlas lembut jiwanya, tak apa segalanya tak apa, kita
ikut ajaran mereka, kepala dipijak tidak mengapa, tunduk akur
sekelian katanya, pada bangsa rendah mutunya, pada bangsa kasar
perbuatannya, pada bangsa tiada adatnya, mengenal hukum baru
sahaja, sedang melayu berkurun lamanya, sudah hebat meneroka
dunia, jangan ada kataku dusta, jangan ada dengki hatinya, jangan
ada berkata hatinya, takkan melayu hebat orangnya, benarkah ini
semua, tiada terdengar orang bercerita, itulah nasib pak pandir
kelana, kerana bodoh jadi bidalannya, begitulah orang yang
sombong dirinya, cerita direka melayu dihina, jangan percaya karut
semata, melayu hebat penakluk dunia, bukan hamba takut matinya,
bukan hamba kepada sheikhnya, bukan hamba pada dunia, bukan
hamba harta dan benda, bukan hamba pada penderhaka, bukan
hamba tiada harganya, itulah kita tiada ilmunya, mengenal melayu
diatas cerita, bangsa yang tak suka melayu mulia, takut hilang
pegangannya pula, baru tahu siapa benarnya, baru tahu asal
usulnya, baru tahu melayu itu siapa, baru tahu melayu itu agama,
barulah tahu perinya kita, menjadi panglima kebenaranNya, inilah
cara melayu berseloka, panjang cerita berjela-jela, bukan karangan
melengkar masa, bukan karangan bodohnya sahaja, bukan tinta
selaut adanya, tapi hati terbuka hikmahnya, menyata akan petua
yang ada, juga ilmu yang sah jadinya, kalau berhajat kita kesana,
melihat isi akan selokanya, berkata sudah melayu mulia, hai
sekelian melayu purba, tiada kita baca sahaja, jika ilmu tiada
gunanya, jangan hidup khayalan sahaja, kenal diri hakikat
namanya, kenal hakikat itu dirinya, kenal isi bukan kulitnya, kenal
rasa telan isinya, sungguh-sungguh aku tidak ada, yang ada
hanyalah Dia, dalam kitab peri-bahasa, dalam kitab peri-akala,
dalam kitab peri-awana, dalam kitab peri-apana, dalam induk kitab
dewata, tertulis ini kata paduka, mengenal dunia tiada isinya,
mengenal diri tiadanya kita, mengenal awan kapas putihnya,
mengenal gagak bulu hitamnya, mengenal gajah belalainya jua,
mengenal harimau belangnya ada, mengenal manusia diatas
namanya, mengenal Dia tiadanya kita, sarinya kita patinya Dia,
sarungnya kita isinya Dia, adanya kita wujudnya Dia, bukan
bercantum kita dan dia, bukan zat dua adanya, bukan diri seribu
bangsanya, bukan kitab dua ertinya, bukan ada tiadanya ada,
bukan tiada adanya jua, bukan ada kita jadinya, hanya rupa
bayangan sahaja, anekarupa ekanya jua, amatilah wahai
manimanaka, fikirkanlah hai manimanaka, sungguh-sungguh wahai
rastana, kau itu zatnya tiada, hanya madah tempat bicara, kau itu
kenyatanNya jua, hampadaran akan kehadiranNya, tempat
nyataNya di bayangan dunia, ini cara bila bicara, tetapkan lidah
dalam tekaknya, dirikan alif ditengah-tengahnya, kata yang satu
itulah jua, pada kalam pembuka shariatnya, kata dan sabda tiada
sama, satu lisan satu wadahnya, satu gurindam tiada bernada, satu
lagu serta irama, kalau cempadak diluar pagarnya, jangan galah
jadi taruhannya, kalau kerbau tertambat hidungnya, kalau manusia
ditambat nafsunya, kalau sungguh menyata kalamnya, katakan
sungguh AKU TIADA, baru alim akan ilmuNya, baru paham otaknya
kita, tiada terbicara akan isinya, selagi sedar diambang
makhlukNya, bukan ghaib pilihan hatinya, nescaya sesat
kefahamannya kita, bila kata aku tiada, kata restu lidah berkata,
katakanlah hai rastana mulia, bahawa AKU memang TIDAK ADA,
ucapan ini intinya senjata, jihad akan akal nafsunya, ini hijab
mengenal lentanya, ini ucap kabilah tentera, ini hikmah kiai
panglima, ini jampi sekelian mentera, ini perang sabil abila, baca
serapah ucapkan ia, ini ayat turun kedunia, sakti akan restu
paduka, mengenal diri seada-adanya, ucapkanlah hai manimanaka,
ucapan agung pembuka kasafnya, fisabilillah akan jahilnya kita,
temburu agung teratai kuasaNya, yang manata rahsiamu jua,
menghancurkanmu mendirikan Dia, meliputi dirimu menembusi
hatimu jua, tahtaNya maha sepi maha sunyata, samudra
kebahagian swargaNya, titipkan kun tetapkan fayakunnya, tetapkan
lidah mulut berkata, titipkan kun ini wahai rastana, di kalimah
dirimu sebagai rahsia, kalimah satya maha suchinya, dipuja dibaca
mengenal Dia, moga menjadi azimat hidupnya, moga menjadi
pelengkap ilmunya, moga menjadi nyanyian siulnya, moga menjadi
penampan marahnya, moga menjadi selamat perjalanannya, moga
menjadi dinding naraka, sangkar selubungku kebenaranmu jua,
wahai rastana merpati asmara, jangan sekali-kali alpa, dan lupa
asalmu itu tiada, dan kembalilah menjadi tidak ada, kau bukan
ciptaan seperti dikata, bukan seperti ayat tertera, bukan seperti
kata kitab dunia, itu semua cakap sahaja, belum tahu asalnya kita,
mengaji pada guru yang buta, buta hurufnya tak pandai membaca,
baru sedikit ilmu didada, serasa dunia dalam tangannya, yang
bodohnya adalah kita, mengikut pangkat memuji rupa, sedang
hakikat tiada nyata, tiada berani hujahpun tiada, kita jadi pak
sanggup sahaja, ia mereka ialah kita, asal melayu masuk syurga,
hanya rasa benar adanya, lebih teruk bandingkan ia, pak kaduk
kalah kerana soraknya, melayu alah kerana sombongnya, kemana
hala anak cucunya, mengikut sibuta tiada tongkatnya, mengikut
bahasa tak paham ertinya, mengikut adat bukan nenek moyangnya,
bila mengaji seronok nafsunya, maklumlah pandai merentak
bahasa, kesat bunyinya tiada dirasa, kasar hurufnya tak nampak
apa, habis melayu kurang ajarnya, kerana mengaji jauh tempatnya,
sedangkan Dia dimana sahaja, dikampung kita banyak pendita,
kalau melayu banyak celanya, kalau arab mulia sahaja, kalau keling
dipandang hina, kalau cina duit sahaja, kalau wahyu pandai
berkata, nescaya kebenaran hancur jadinya, bukan kerana akan
isinya, kerana membaca terbalik hurufnya, itulah kita melayu tak
kan lupa, asalnya kita darilah dewa, bukan binatang yang ada
melata, hanya pandai berkata-kata, hujah mana hadis keberapa,
barang yang lama belum tentu benarnya, yang barupun andaian
sahaja, dua ribu tahun sebentar sahaja, kita melayu dah lama
didunia, tak perlu diajar tata caranya, bukan melayu tiada ilmunya,
tapi tiada mahu belajarnya, anak cucu ditutupkan telinga, bakar
kemenyan dah shirik pula, bahasa hanya aliran bangsanya,
rasulnya pula untuk kaumnya, adakah jagad berkata sama,
samarupa sama rasanya, dapatkah kita memikirkannya, takkan
mangga betik buahnya, takkan kerbau kambing ibunya, takkan
tiung tekukur datuknya, takkan madu pahit rasanya, takkan malam
terbakar bahangnya, takkan hujan merah warnanya, takkan pelangi
tiga warnanya, takkan bulat lonjong rupanya, takkan kata membawa
makna, hanya hiasan akan maksudnya, bukankah zahir ada
ghaibnya, apa tersurat ada tersiratnya, ada ayat ada pengkalamnya,
ada agama ada tuhannya, ada pungguk ada bulannya, ada aku
adakah lawannya, kalau bijak bermain kata, lidah ular bercabang
dua, lidah manusia tiada tulangnya, jika diambil akan saksinya,
nescaya lemah akan dalilnya, kata ilham dibawa dijiwa, turun dari
istana nafsunya, dapatkah tuan memahaminya, yang mana nafsu
luar alimnya, yang mana jahat tasbih ditangannya, yang mana arif
serban tebalnya, yang mana bersih atar minyaknya, dapatkah dosa
dibasuh tangannya, dapatkah mandi hapus wajibnya, bukankah ia
syarat sahaja, bukan benar tiada ertinya, selagi jiwa tiada gelora,
selagi itu dosanya kita, Tuhan kita sentiasa ada, dalam dosa dia
saksinya, dalam pahala dia jaksanya, shuhadat mana tauhid tiada,
yang satu tetap tiada duanya, tauhid mana kosong sentiasa, itulah
Dia sentiasa ada, kau kata tetap aku ada, bila nak sampai
hujungnya cerita, habis tinta tak kiamat dunia, habis melayu hancur
dunia, wahai rastana berhati mulia, kau adalah karya bukan
karyaanNya, mulacipta dialam malayarva, titisan kuasaNya hidup
menjala, menjadi pohon hayatul mula, insan ingsun insan
adama,insan ingsin insan hawanya, NISTA AKU INING GUSTIMA,
GUSTI AGUNG PANGERAN ADIMULA, ADISAKTI MAHARAJA
INDRA, ASALKU DARI KETURUNAN DEWA, DARI KAHYANGAN
TURUN KEDUNIA, MENJALAN TUGAS SEBAGAI PANGLIMA,
PENEGAK DHARMA MELAYU PURBA, TRIBUAWANA NAMA
ASALKU JUA, TIADA NISTA SEGALA KATA, INI PESAN DIHATI
KUKATA, SELAGI MELAYU KUTETAP BERAJA, ingatlah wahai
rastana kawula, nyata dirimu berbayang tiada, jika berbayang tiada
rupanya, jika berupa itu bayangNya, jika itu bayangNya Dia, dimana
kita carikan ia, dapatkah kita memikirkannya, engkau itu karyaNya
jua, nukilan rasa akan kuasaNya, bukan rupa ciptaan tercipta, tapi
keindahan yang menggamit cipta, kau cindai gelora samudra,
samudra kasih akan cintaNya, rupaciptamu cahya purnama,
sinaran mentari sukmanya ia, makhluk gandinganNya bayangan
dunia, jangan sesekali mudah diatasnya, sastrana ini bukan
rupanya, hanya bau akan sucinya, hanya wangi akan aromanya,
hanya rasa terbit dijiwa, hanya ilham pembuka kalamnya, hanya
sajak gurindam syairnya, hanya ayat bermain dimata, jika ini
nampak dimata, jika ini kata didada, jika ini hakikat pegangnya, jika
ini kebenarannya, kelak kau sesat selama-lamanya, tiada bertemu
kamu rastana, pencarianmu itu hampa belaka, mengaji ia tiada
gunanya, khatam kerana nak cukup syaratnya, bukan cuba akal
diguna, bukan cuba hati merasa, bukan hikmah digali jua, hanya
mainan sementara sahaja, takut melayu bukan dirinya, takut agama
kafir jadinya, takut nabi tak mengaku umatnya, takut shafie
tergelincir jalannya, takut maliki untungnya tiada, takut hambali
bodoh dirinya, takut hanafi daif dirinya, takut jibril wahyu tak
terbawa, takut mikail rezekinya tiada, takut israfil patah
serulingnya, takut izrail mati akhirnya, takut apa melayukan ada,
apa guna sastra dibaca, iktibar tiada menjadi apa, peribahasa
hanya iklan dimata, seloka hanya gurauan sahaja, lagu hanya
dendangan nak dara, puji hanya pada yang tiada, meminta jauh
diatas sana, pada dia dah ada pada kita, cuma buta hatinya jua,
jauh sanggup bergadai harta, dekat ada tak peduli sahaja, bagai
kera dihutan sana, diberi makan sesedap yang ada, anak sendiri
dekat tak terasa, akhirnya mati sakit jiwanya, itulah melayu
bidalannya ada, kalau ia katakana ia, kalau cinta katakana cinta,
kalau berjanji biar benarnya, jika berdaleh banyak alasnya, jika
dikota peri lakunya, kerana hanya mahukan harta, kerana mahu
dipuji manusia, kerana nak Tuhan melihat dia, seolah-olah Tuhan
bermata, melihat kita solat adanya, tak tahu dia akan Tuhannya,
sentiasa ada bersama-sama, bukan mata melihatnya kita, tapi jiwa
tiada gelora, tapi hati masih buta, mengikut sibuta butalah kita,
hendakkan mata sajian nafsunya, hendakkan warna indah
shahwatnya, hendakkan sedap atas katanya, hendakkan pahala
atas amalnya, tiada malu akan dirinya, sudah dikata bahawa
sesungguhnya kamu tidak ada dan tidak mungkin mendapat apa,
kerana diri memang tiada, hanya zat yang maha kuasa, berdiri
dengan sendirinya, itu Dia sentiasa ada, dulu kini dan selamanya,
kita ini semunya sahaja, untuk Dia menyatakan Dirinya, takkan tak
paham bahlul otaknya, kata berguru beribu kitabnya, kata islam
mulia dirinya, dikata kafir tak percaya pula, kata orang sesat
semua, diri itu apa kurangnya, adakah nampak shaitan dimata kita,
nampakkah akan lakunya kita, berajakan nafsu sampai tuanya, bila
mati tiba masanya, baru tahu diri itu buta, sebab hidup tiada
berguna, jasa mana pula hendaknya, jangan diikut yang buta
hurufnya, jangan percaya yang tak pandai membaca, kalau benar
tunjuk benarnya, sembahyang ada jahatpun ada, inikah jalan kita
manusia, hanya suka berdaleh sahaja, bila benar lari semua, bila
ditanya sesat katanya, bila diajar tak masuk akalnya, bila dikata
sesat dah kita, mati hingga hidup semula, tetap tak mahu tobat
akannya, selagi Melayu hanya islamnya, selagi itu tiada saktinya,
selagi itu tiada apa, selagi itu binatang melata, selagi itu melayu
durjana, selagi itu dihukum didunia, selagi itu buta hakikatnya,
selagi itu nyanyuk lakunya, selagi itu takkan dewasa, selagi itu kafir
dirinya, selagi itu dirinya tersiksa, selagi itu tiada akhirnya, kelana
orang yang gila, tiada tahu akan tujunya, hanya pedih jiwa merasa,
tiada tahu apa dosanya, diatas dunia sedih sahaja, tiada gembira
akan yang ada, dimana sahaja dia berada, tak cukup ada
kurangnya, kalau seronok hanya nafsunya, kalau suka sementara
sahaja, bila tua tak larat kemana, baru terfikir hidup sia-sia, belum
tahu akan akhirnya, belum tahu menang kalahnya, kalau menang
ada piala, kalau kalah terima sahaja, tapi kita tergantung tak
kemana, hati resah ajalkan tiba, baru terasa bahang nafsunya,
menjadi teman setia didunia, bukan diri dikaji jua, bukan ilmu
mengenal tuhannya, hanya doa dan kitab agama, sebagai alas buat
amalnya, selagi jiwa tiada gelora, manakan dapat habuannya kita,
ingatlah hai manimanaka, nikah gantung sebaik adanya, nikah
islam mas kahwin upahnya, nikah melayu serba satu hantarannya,
nikah batin enak tiada bunyinya, nikah rasa menguak kalbunya,
nikah jiwa bersatu kehendaknya, nikah haram itulah yang ada,
nikah halal hanya disyurga, nikah kontrak yang takut zina, nikah
zina tiga puloh ringgit sahaja, nikah anak bapa yang papa, nikah
ibu hendak kasihnya, nikah bapa gatal badannya, nikah tiga
seronoklah kita, nikah yang sah empat saksinya, nikah yang sahih
hadis bacanya, nikah yang laku tak lama menjanda, nikah yang tua
dah lama menduda, nikah agama sempuran nafsunya, nikah empat
terbaik baginya, sembilan tidak menjadi apa, apa yang penting
nafsu tak siksa, nikah adat melayu pengantinnya, nikah akad
Akulah dirinya, baru pengantin selamat kahwinnya, baru kenduri
ada afdalnya, baru senang hati ibunya, baru bangga akan bapanya,
berdoapun jadi segala kehendaknya, tok imam senyum tiada
giginya, kerbau seekor terkorban jua, hutang dipinggang pening
kepala, ini adat melayu kita, biar papa asalkan bergaya, selagi adat
kita beragama, jahat hati tetap mulia, jahat nafsu tetap terbela, jahat
laku tak nampak jua, jahat kata dalilnya ada, jahat manusia
islamnya dia, tempat sandaran nafsu sahaja, bukan untuk berbakti
kepadaNya, hanya alas pelapik kata, hanya hadis bukhari yang ada,
apa katanya sahih belaka, begitulah kita teramat hina, jalan ketuhan
ada kiraannya, kalau subuh dua rakaatnya, kalau isyak empat
rakaatnya, bila tidur hilang akalnya, bila jaga nafsu dicarinya, bila
kerja duit hendaknya, bila berkawan dapat diguna, bila nikah
nafsulah jua, tiada ruh itu hendaknya, tiada beribu tiada berbapa,
tiada jantan tiada betina, bolehkah halal binatang namanya,
sembelih atas nama yang Esa, elok kita gantikan Dia, mati shahid
akan shurga tempatnya, bukan binatang mendapat puja, hanya
manusia teramat cela, kata berbuah harum swarga, dalilnya hebat
empat puloh hadisnya, hafal akan segala isinya, tapi malang
diulangkan sahaja, bukan untuk dikaji maknanya, benarkah
kebenaran akan hendaknya, atau adat kita beragama, biar mati adat
jangan mati agama, begitu resam diatas dunia, biar ada dari tiada,
walau hanya bayang sahaja, asalkan tiada tahu helahnya, kalau
kemasjid menunjuk muka, kalau tahlil kuat suaranya, kalau khairat
dia imamnya, kalau bersunat dia mudimnya, kalau bersyarah dia
tukang karutnya, kalau mengaji cepat khatamnya, kalau dipuji
kembang juburnya, kalau dikeji kecutlah pula, kalau dimaki
terkencing dia, inilah rupa melayu hadarinya, bukan islam pedoman
kita, bukan kebenaran dicarinya jua, tetapi yang sedap untuk
berkata, yang enak saja ditelinga manusia, agar dipuji hebat
dirinya, tasauf dibicara ternganga-nganga, hakikat dikupas tujuh
jam lamanya, surau usang tempat syarahnya, kalau dimasjid yang
diiktiraf sahaja, kalau terkenal tiga ribu harganya, kalau PAS, UMNO
kutuknya, kalau UMNO, PAS musuhnya, inilah alkisah tersebut
kisahnya, melayu tetap melayu jua, ditegur salah ajarpun sama, ini
hakikat dirinya kita, selagi hidup melayu orangnya, sakit hati
permainannya kita, santau sahaja itu jawapnya, kalau merujuk
ustad yang ada, yasin dibaca tak jadi apa, kerana melayu lupa
dirinya, hancur dikunyah dimamah masa, sudah hilang jati dirinya,
sudah lupa asal usulnya, sudah tak percaya akan keturunannya,
sudah hilang bau melayunya, sudah pana melayu dirinya, sudah
ditiup entah kemana, sudah merana rosak perutnya, sudah gila
hilang akalnya, konon tidak menyembah berhala, tapi nafsu itulah
tuhannya, belajar sampai ke negeri Cina, mencari ilmu pelengkap
dada, itu suruhan nabinya kita, tetapi kenapa bebalnya jua,
tersusun kitab mengindah pustaka, benar kata atas jawatannya,
bukan hikmah diberi Tuhannya, tapi mengikut upah gajinya, kalau
banyak benar katanya, kalau sikit ada salahnya, sampai mana
melayu dirinya, seloka pantun sudahlah lupa, diganti hadis bukhari
yang punya, Radiallahuanhu pangkat dipuja, bukan Abdullah yang
amat setia, tapi melayu tak kenang jasa, kata mana hendak dikota,
bahasa mana nak ditahfizkannya, bukan hikmat dicari dia, tapi
sedap dendang lagunya, hanyut sentiasa diatas dunia, konon ini
bahasa syurga, tuhan kita arab ke orangnya, atau muaalaf masuk
jawinya, atau cina bangsa dirinya, atau mat salleh asalnya dia, atau
melayu itulah dirinya, jangan kata aku menghina, yang lain
muliakah kejadiannya, asal kita pembina budaya, bukan asal
jahilnya kita, kenapa yang jahil hendak dipuja, melayu bijak tak
nampakpun dia, lihat hang nadim bijak akalnya, kecil sudah pandai
berkata, todak lawan alahlah kita, batang pisang menjadi jasanya,
tapi melayu tak sanggup pula, nampak bodoh akan dirinya, nadim
mati disuruh raja, kerana melayu bodoh adanya, ambillah bidalan
kata permata, bagi mereka yang ingin pana, katakanlah kamu itu
tiada, yang ada hanyalah Dia, katakanlah wahai rastana, AKU ITU
TIDAK ADA, sungguh-sungguh aku tidaklah ada, YANG ADA
HANYA DIA, kau pastikan ini aksara, bersatu di lenjaran
kajanganmu jua, nyata dikesedaranmu wahai rastana, “Asalku tiada
dan aku pasti kembali menjadi tidak ada”, yang ada hanyalah
zatNya, wajibul wujud ada selamanya, maha suci maha ada, berdiri
dengan sendiriNya jua, inilah sebab wujudnya Dia, inilah sebab
nyatanya Dia, kerana hendak akan diriNya, kerana hendak puji
akannya Dia, tajjali itulah nama lakunya, taja itu mula akannya, jali
itu hujung jadinya, kerana diri empunya rahsia, kerana empunya
diri asalnya, kerana empunya diri hendaknya, kerana empunya
diriNya jua, kerana empunya diri yang jaga, sedarnya baru sekejap
saja, hendak menyatakan akan rahsia, rahsia berisi akan kaulaNya,
kaula itu akan rahsianya, sandri menjadi akan majmukNya, raja
menjadi akan tunggalNya, baru sempurna mengenal Dia, akan
kehendak menjadi dua, walau dua dalam satunya, tetap tiada
kebenaran mendua, tetap tiada ada satunya jua, bukan satu
nombor sahaja, hanya bayangan diakal manusia, kerana manusia
bebal yang ada, kawannya bodoh jahil adiknya, kalau kail panjang
sejengkal lautan dalam jangan diduga, kalau otak sejengkal
panjangnya, jangan kata ayat ini tiada gunanya, kalau jari sejengkal
jua, jangan kata pena yang dusta, kalau diri sejengkal ukurnya,
jangan kata ini semu sahaja, kalau jengking dua sepitnya, ketam
sama akan tabiatnya, satu biasa satu berbisa, satu bahaya satu ada
sedapnya, kalau melayu hebat orangnya, kita mesti bertuan jua,
tanah sendiri tergadai adanya, pada penjajah penghina bangsa, bila
merdeka seronok rasanya, sudah bebas menjadi hamba, setiap
tahun mengenang jasa tuannya kita, mulia hatinya membebas kita,
merdeka kita ditangan mereka, tak sedar diri melayu derhaka, bila
berperang kehutan soroknya, bila dikeji marah hatinya, kita
panglima gagah perkasa, itu hanya omong belaka, yang hebat
sekerat saja, itupun nasib handal mereka, kalau tidak hamba
selamanya, pada mereka topeng manusia, didalam hati buaya
tembaga, inilah resam melayunya kita, dengar apa orang berkata,
dengar nasihat imam berkata, sesesungguh nabi pernah berkata,
hendaklah kita berakhlak mulia, kenapa hairan mendengarnya,
kenapa melayu jahilkah dirinya, kenapa melayu tak ada adat
resamnya, tidak melayu tinggi hemahnya, budi pekerti yang
disanjung manusia, hormat akan ibubapanya, seolah melayu tiada
yang jujur hatinya, itulah mungkin tafsirnya kita, bangsa kita jahil
seperti arab jua, atau kita jauh pandangannya, dalam akan ilmu
hidupnya, tiada mahu menunjuk pandainya, kerana ikut padi
resminya, makin berisi tunduk jalannya, bukan suka mendabik
dada, konon aku handal ilmunya, baru belajar mengenal agama, itu
hanya kulit sahaja, dipegang akan kuat tangannya, takut hilang tak
terkata apa, takut lari akidahnya jua, kerana melayu fasik belaka,
khurafat saja amalannya kita, menyembah hantu dan saka
moyangnya, hai melayu pendek akalnya, hantu dan peri
permainannya kita, kalau jin kutendang sahaja, inikan shaitan tak
jadi apa, bapak jin pun kutentang sehabisnya, tapi kata ini rastana,
hanya mereka melayu dirinya, bukan sekerat doa dibaca, takut
shaitan kencing mukanya, takut iblis sesatkan dirinya, kenapa
merepek katamu manusia, didalam hati nafsu kau puja, bila dilidah
Allah sahaja, bila disingkap akan hatinya, hanya kosong angin
sahaja, masuk asap keluar asap jua, tiada hasil hidup didunia,
hanya pandai berpura-pura, sudah gaharu cendana pula, dah tak
tahu tak tanya pula, maklumlah dah tua usia badannya, kalau
bodoh malu cucunya, kalau benar hendak akannya, jangan malu
adanya kita, baru sempurna adat belajarnya, dengar dulu baru
jawabnya, baca dulu baru soalanya, pikir dulu sebelum buktinya,
dalami dulu erti maknanya, bukan sekadar membaca ayatnya,
barulah tahu tujunya kita, ini seloka penghantar bahasa, ini madah
melayu namanya, inilah cara melayu bersama, mendengar cerita
ubat derita, membaca seloka pengenalannya Dia, diatas kita yang
tiada ada, baru alim cukup akannya, baru guru ada muridnya, baru
kitab ada faedahnya, baru baca dapat hikmahnya, mengenal Dia
padamu jua, bukan didalam agama adanya, jangan mencari tiada
berjumpa, kenalilah pada dirimu jua, bahawa kamu itu tidak ada,
inilah bicara orang berbicara, bicara melayu bicara lama, suka
pantun ayat seloka, dalam ilham pendamnya makna, dalam ayat
terbenam rahsia, dalam nada tersirat ertinya, kalau melayu pening
jadinya, kalah pendebat diakalkannya, isi kitab dipusing-
pusingkannya, mana yang salah dibetulkannya, kalau betul
disalahkannya jua, cakap depan belakang bunyinya, cakap siang
pandang-pandanglah ia, bila dengar-dengarlah ia, cakap belakang
depan duduknya, cakap mualim dibudak-budakkannya, cakap
budak dimain-mainkannya, cakap bijak dibodohkannya, cakap
bodoh bijak katanya, cakap pelat diajuk-ajuknya, cakap sengau di
hidung cakapnya, kata yang alim salah katanya, kata yang jahil
betul semuanya, itulah melayu yang bijaksana, katanya sama
dengar tak ada, ayatnya biasa seolah tak bermakna, tiada lagu atau
dengungnya, kerana arif bahasa dunia, belajarnya tiada tinggi
hikmahnya, mencari salah untuk benarnya, bukan hukum kerana
dosanya, kita manusia sama sahaja, jadilah mereka yang telah
kesana, fana akan dirinya jua, arif bodohpun Dia juga, kembali akan
mula jadinya,mengenali alif tidak berdirinya, berdiri sama tingginya
jua, dudukpun sama rendahnya, melihat alif tiada wajahnya,
kemana arah kau suakan muka, disitu kau lihat wajahKu sahaja,
melihat batin sama zahirnya, alif itu ganti dirinya, terang tidak gelap
tiada, tiada awal tiada akhirnya, tiada malam siangpun sama, tiada
hamba tuhan sahaja, yang melihat itu tidak ada, yang dilihat itu
ada, fahamilah ini wahai rastana, mencari permata dialam maya,
tiada terbeza intan dan kaca, hanya kilau imbasan rasa, tiada ada
tiada nyata. AKU TIDAK ADA, YANG ADA HANYA DIA, kata sakti
wahai rastana, bagi mereka yang ingin fana, menjelajahi erti rahsia,
empunya diri zatNya asa, merasai akan kebenarannya, merasai
akan nikmat wujudnya, bukan lidah mengucap ia, hanya hati tuntun
Dia, bukan hakikat telah menjelma, hanya shariat telah sempurna,
bukan cerah langit putihnya, tapi bulan sinar wajahnya, bukan
pungguk rindukannya, tapi rembulan menyeru manja, bukan kasih
tiada nyata, hati masih belum dipuja, bukan seri penyeri muka, ayat
tok pawang berkata adanya, bukan kitab habis dibaca, hanya berkat
gurunya jua, bukan kalam habis tintanya, tapi penyair dah balik
rumahnya, bukan dukun tiada ada, sibuk mengubat anak buahnya,
kata orang diruang tamunya, sianu disampuk hantu raya, wahai
rastana ketahuilah ia, jika kau kenal maksud cerita, bererti kau
sudah menyedarinya, hakikat akan kebenarannya, kataku ini
seratus semuanya, kosong lapan pelengkap aksaranya, menyatu
dikesedaran dirimu jua, kekosongan hakikat membawa matinya,
pada dirimu itulah jatinya, ilmu mengenal pesada Tuhannya, inilah
makrifat yang sejat adanya, tiada AKU MENYINTAINYA hanya DIA
YANG DICINTAINYA.YANG ADA HANYA DIA, itulah aku wahai
rastana, ganti namamu wujud diriku jua, ganti adamu itu sifatku jua,
nyata sifatmu bayanganku jua, zahir dirimu, kenyatan aku jua, aku
segala kehendak yang ada, menyatakan diriku sementara sahaja,
selagi aku masih berada, selagi itu kau tetap ada, kau hanya
pemegang rasa, penzahiran rupa tajjali akunya, menyatakan rahsia
kejadian makhluknya, menyatakan akan esaku jua, anekarupa
makhluk yang ada, ekarupa jua hakikatnya, dimana saja kau suakan
muka, pasti kau lihat penuh wajahku semua, menjadi pelindung
kesementaraanmu sahaja, agar kau tetap jadi pelakunnya, diatas
dunia pementasan hikayatnya, itulah aku tiada dirimu jua, pastikan
benar tiada dusta, tiada kebenaran yang mendua, tidurnya aku
ketika kau jaga, hilangnya aku sedar kau adanya, amatilah ini
permata kata, hikmahnya jua sentiasa nyata, seperti kata pendita
jugra, bunyinya ada kilatnya nyata, katakanlah hai rastana mulia
AKU TIDAK ADA YANG ADA HANYA DIA.
3. SELOKA MELAYU SAMUDRA SANG SAPI