Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SEMPENA PESTA BUKU DAERAH

JEMPOL DAN JELEBU 2016

PENGELOLA : SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN

PROGRAM : KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SEMPENA PESTA BUKU DAERAH

JEMPOL DAN JELEBU 2016

TARIKH : 26 HINGGA 28 SEPTEMBER 2016

MASA : 8.00 PG HINGGA 5.30 PETANG

TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA DERAH JEMPOL

1. PENGENALAN

Pertandingan Sepak Takraw sempena Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu adalah
merupakan acara untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan murid
untuk dibawa ke peringkat MSSD, MSSNS dan seterusnya peringkat MSSM. Semua
pelajar yang bertanding merupakan murid yang berkaliber untuk diketengahkan di
tahun yang akan datang. Di samping itu, ianya dilihat sebagai usaha menyokong dasar
pendidikan negara yang menekankan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam
bidang akademik malahan juga dalam bidang sukan. Pada masa yang sama murid juga
diberikan peluang serta kesempatan untuk mencari pengalaman baru. Guru juga
diberikan pendedahan dalam teknik melatih murid agar dapat menyediakan pasukan
yang lebih mantap. Mengeratkan silaturahim antara pemain serta memberiakan
pendedahan psikologi permainan kepada semua pemain agar tidak merasa gugup
atau gementar jika terpilih mewakili daerah masing-masing di masa akan datang.
2. RASIONAL

Membantu PPDJJ menyediakan pasukan yang mantap ke peringkat MSSNS.


Membantu PPDJJ membawa pelajar ke tahap yang tertinggi.
Membantu PPDJJ memastikan pasukan yang di bentuk mencapai kedudukan
cemerlang di peringkat negeri.
Membantu pelajar-pelajar sekolah yang terlibat kearah penglibatan yang lebih
tinggi.
Mencungkil bakat-bakat yang ada dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan
menengah Daerah Jempol dan Jelebu.
Mengenalpasti murid ysng berpotensi akan dibawa masuk ke dalam skuad daerah
dan seterusnya mewakili untuk pertandingan peringkat negeri.
Menyahut Seruan Menteri Pelajaran Malaysia di mana setiap murid diberi peluang
untuk menceburi satu atau lebih bidang sukan di bawah slogan keramat 1Murid
1Sukan.

3. OBJEKTIF

3.1. Membantu menyediakan pasukan ke kejohanan di peringkat negeri dan


kebangsaan
3.2. Memberi keyakinan kepada pelajar semasa menyertai pertandingan
3.3. Memperluas lagi peluang penglibatan murid dalam aktiviti sukan.

3.4. Memupuk semangat kerjasama yang jitu dikalangan guru-guru Daerah Jempol
dan Jelebu
3.5. Pembentukan disiplin yang mantap melalui bersukan.

3.6. Melahirkan atlet yang berdaya saing dan profesional dalam bidang sukan yang
diceburi.
4. MATLAMAT

4.1. Dapat melakukan aktiviti-aktiviti asas dalam permainan Sepak Takraw.


4.2. Penghayatan dan amalan nilai murni menerusi pertandingan.
4.3. Membentuk profesionalisme unggul semasa bekerjasama sesama rakan
sejawat di samping mengeratkan silaturahim.
4.4. Membentuk satu pasukan yang mantap bagi sesi 2017.
4.5.

5. KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar sekolah rendah dan menengah Daerah Jempol dan jelebu yang berusia
11 tahun ke bawah, 14 tahun ke bawah dan 16 tahun ke bawah.

6. SENARAI JAWATANKUASA

6.1 Jawatankuasa Pengelola (RUJUK LAMPIRAN A)


6.2 Jawatankuasa Kerja Pertandingan (RUJUK LAMPIRAN B)

7. TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama Kejohanan (26 September 2016)


Bawah 11 Tahun
8.00 am - Pendaftaran Pemain
8.45 am - Taklimat Pengurus Pengadil
9.15 am - Pertandingan bermula
1.00 pm - Rehat
2.30 pm - Pertandingan bersambung
5.30 pm - Penutup dan Penyampaian Hadiah
Hari Pertama Kejohanan (27 September 2016)
Bawah 14 Tahun
8.00 am - Pendaftaran Pemain
8.45 am - Taklimat Pengurus Pengadil
9.15 am - Pertandingan bermula
1.00 pm - Rehat
2.30 pm - Pertandingan bersambung
5.30 pm - Penutup dan Penyampaian Hadiah

Hari Pertama Kejohanan (28 September 2016)


Bawah 16 Tahun
8.00 am - Pendaftaran Pemain
8.45 am - Taklimat Pengurus Pengadil
9.15 am - Pertandingan bermula
1.00 pm - Rehat
2.30 pm - Pertandingan bersambung
5.30 pm - Penutup dan Penyampaian Hadiah
8. ANGARAN PERBELANJAAN PENGELOLAAN PERINGKAT MSSD JEMPOL

PERSIAPAN PADANG DAN TEKNIKAL

JARING 4 GULUNG X RM 80 RM 320


BOLA SEPAKTAKRAW 12 BIJI X RM 40 RM 480
SEWA PERALATAN 2 HARI X RM 200 RM 400
MASKING TAPE 10 GELUNG X RM 5 RM 50
PETI KECEMASAN 1 X RM100 RM 100
JUMLAH RM 1350

PENGURUSAN

PENGADIL 15 PENGADIL X RM 30 X 3 HARI RM 1350


KERTAS 2 RIM X RM 12.00 RM 24
MARKER PEN 4 BATANG X RM 4.50 RM 18
MANILA KAD 20 HELAI X RM 1.00 RM 20
INK PRINTER 2 TABUNG X RM 40 RM 80
PHOTOSTAT RM RM 38
JUMLAH RM 1530

HARI PERTANDINGAN

MAKAN PENGADIL 15 X RM 10 X 3 HARI RM 450


MAKAN TEKNIKAL 10 X RM 10 X 3 HARI RM 300
CENDERAHATI VIP 3 X RM 50 RM 150
JAMUAN PENUTUP 100 X RM 3.00 RM 300
HADIAH BAWAH 11 T 20 X RM 7 RM 140
HADIAH BAWAH 14 T 20 X RM 7 RM 140
HADIAH BAWAH 16 T 20 X RM 7 RM 140
JUMLAH RM 1620

JUMLAH BESAR RM 4550


ANGGARAN PENDAPATAN DALAM PENGANJURAN KEJOHANAN

1 Bayaran penyertaan RM 20 x 30 Regu RM 600


2 Sumbangan ADUN / setiap ADUN RM 500 x 4 RM 2000

JUMLAH RM 2000

JUMLAH KEKURANGAN RM 4550.00 – RM 2600.00 = RM 1950

9. PENUTUP
Diharap agar apa yang dirancang dapat dilaksana dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala kerjasama yang diberikan dapat meningkatkan profisionalisme dalam
tugas masing-masing. Oleh itu, segala sumbangan tenaga dan mental didahului
dengan ucapan terima kasih.

Disemak Oleh,

..............................................
(Pn. Tasri’pah Binti Ahmad)
PK Ko Kurikulum,
SK Rompin

Disahkan Oleh,

..............................................
(Pn. Hajah Halijah Binti Abd Manap)
Guru Besar SK Rompin
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Tn. Hj Sazali Bin Hj Sam


(Pengawai PPD Jempol Jelebu)

Timbalan Pengerusi : Pn. Hajah Halijah Binti Abd Manap


(Guru Besar , SK Rompin)
Tn. Haji Dzul Bin Shukor
(Penyelia Kanan Sukan PPDJJ)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Tasri’pah Binti Ahmad


(PK Ko-Kurikulum SK Rompin)

Naib Pengerusi 2 : En. Mazli Bin Musa


(PK 1 SK Rompin)

Naib Pengerusi 3 : En. Shahibol Bin Mazlan


(PK HEM SK Rompin)

Penyelaras : En.Mohd Afiza Bin Abu Bakar


(Pengerusi Teknik Sepak Takraw Daerah)
En. Abdul Halim Bin Bakar
(Pengerusi Pengadil Sepak Takraw Daerah)

Setiausaha : En. Alizman Bin Alam

Bendahari : Kelab PPDJJ (1 05033 0003371 0 RHB)

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Besar Cemerlang Dan Guru Besar Daerah
Kejohanan Jempol
LAMPIRAN B
JAWATANKUASA KERJA

JEMPUTAN / : Guru Besar Cemerlang SK Rompin


SAMBUTAN : Semua Guru Penolong Kanan SK Rompin

PENDAFTARAN / : Cik Aribah Aida Binti Johary


STATISTIK DAN URUSETIA : Cik Siti Nur Fadhillah Binti Abu Bakar

HADIAH DAN SIJIL : Cik Norsyuhadah Binti Ahmad

PERALATAN / : En. Shahibol Bin Mazlan


PERSIAPAN GELANGGANG : En. Mohd Zulhakimi Bin Zubair

JAMUAN : Pn. Saidah Binti Ramly


: Pn. Muhaiza Binti Mohammad

BUKU PROGRAM : Cik Goh Yok Ling

SIARAYA : En. Khairul Anwar Bin Abd. Rahman

JURUACARA : En. Mohd Ridzuan Bin Abdullah

KESELAMATAN/ : En. Mohd Hazley Bin Yaakob


DISIPLIN : Pengawal Keselamatan
Kompleks Rakan Muda
: Semua Jurulatih dan Pengurus Pasukan

JURUGAMBAR : Cik Goh Yok Ling


PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJA

Bil Jawantankuasa Perincian Tugas

1. PENDAFTARAN a. Menyediakan borang pendaftaran kehadiran.


b. Membuat laporan kehadiran untuk rekod.
c. Menerima bayaran penyertaan dari setiap
pasukan.
d. Mengeluarkan resit pembayaran.

2. STATISTIK DAN a. Menyediakan borang skor setiap sebelum


URUSETIA perlawanan berlangsung.
b. Menerima borang skor selepas setiap
perlawanan daripada pengadil yang bertugas.
c. Menulis setiap keputusan perlawanan di papan
skor.
3. HADIAH DAN SIJIL a. Menyediakan sijil pemenang, sijil penyertaan
dan sijil penghargaan.
b. Memastikan bilangan medal mencukupi.
c. Mengurus penyampaian medal dan sijil.
d. Menyediakan peralatan AJK (dulang, alas, meja
dan peralatan lain mengikut keperluan).

4. PERALATAN a. Memastikan dan menyediakan alatan yang


akan digunakan semasa kejohanan
mencukupi.(jaring, bola takraw,clip
board,bahan-bahan untuk dicetak).
b. Menyediakan dan menyiapkan papan skor.
c. Memastikan peralatan berada dalam keadaan
baik untuk digunakan.
d. Menyimpan dan memulangkan segala
peralatan setelah kejohanan berakhir.

5. PERSIAPAN a. Memastikan gelanggang siap untuk digunakan


GELANGGANG semasa kejohanan.
b. Memastikan gelanggang selamat digunakan
untuk kejohanan.
c. Memasang tiang dan jaring sehari sebelum
kejohanan berlangsung.
d. Mengecat garisan gelanggang.
e. Menyediakan kerusi pengadil untuk setiap
gelanggang.
f. Menyediakan dan memasang payung di setiap
gelanggang.
g. Menyediakan meja untuk urusetia.
h. Menyimpan dan memulangkan segala
peralatan setelah kejohanan berakhir.

6. JAMUAN a. Mengurus tempahan/penyediaan makanan


pegawai dan urusetia kejohanan.
b. Menyelia minuman/mineral untuk pegawai
dan urusetia kejohanan.
c. Menyelia jamuan untuk tetamu VIP.
7. BUKU PROGRAM a. Menyediakan buku program untuk tetamu.
b. Mengedarkan buku program kepada tetamu
VIP, jawatankuasa, urusetia, pengurus-
pengurus pasukan.

8. SIARAYA a. Menyediakan siaraya


b. Memastikan siaraya berfungsi di sepanjang
program.
c. Menyediakan radio/ext.wayar [jika perlu].
d. Mengawal selia penggunaan.
e. Mengemas dan mengembalikan peralatan
siaraya.
9. JURUACARA a. Menyediakan skrip untuk majlis penutupan.
b. Mengacara majlis penutupan.

10. KESELAMATAN DAN a. Mengawasi keselamatan dan kebajikan.


DISIPLIN b. Menyediakan Kid pertolongan cemas.
c. Memastikan semua hadirin berada dalam
kondisi selamat sepanjang kejohanan.
d. Memastikan disiplin murid terkawal semasa
kejohanan berlangsung.

11. JURUGAMBAR a. Mengambil gambar sepanjang aktiviti


berlangsung.
KERTAS KERJA PERTANDINGAN
SEPAK TAKRAW SEMPENA PESTA
BUKU DAERAH JEMPOL DAN
JELEBU
2016

Anda mungkin juga menyukai