Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN WARISAN PUTERI

TAMAN WARISAN PUTERI


70400 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


KEMAHIRAH HIDUP TAHUN 4
2012

Jawab semua soalan.

1. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya alatan tangan di dalam bengkel hilang?
a) Mendiamkan diri.
b) Menggantikan dengan alatan yang baru.
c) Melaporkan kehilangan alatan itu kepada guru.
d) Menyiasat siapa yang mengambil alatan itu.

2. Murid yang disenaraikan berkemungkinan sukar untuk mengalami kecederaan


dalam bengkel kecuali
a) murid yang berkasut getah.
b) murid yang patuh kepada peraturan keselamatan.
c) murid yang merancang kerja yang akan dilakukan.
d) murid yang ingin menyiapkan projek dengan cepat.

3. Yang berikut adalah tujuan organisasi bengkel, kecuali


a) mengelakkan kemalangan.
b) menyiapkan kerja dengan cepat.
c) menentukan alatan tangan tersusun.
d) memastikan bengkel dalam keadaan bersih.

4. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid sebelum memasuki bengkel?


a) Beratur dan bersedia untuk berebut masuk.
b) Masuk tanpa mendapat kebenaran.
c) Beratur di luar bengkel dengan senyap.
d) Tidak perlu beratur
5. Apakah yang tidak terdapat dalam peti pertolongan cemas?
a) kain anduh c) makanan
b) ubat iodin d) gunting

6. Apakah punca utama berlakunya kemalangan di dalam bengkel?


a) Kecuaian murid.
b) Kesalahan susunan perabot.
c) kerosakan perkakas dan alatan.
d) Banyak terdapat alatan yang tajam.
7. Sikap bertanggungjawab perlu ada pada setiap murid semasa berada di
bengkel untuk
a) memeriahkan suasana di bengkel.
b) menghindarkan kemalangan
c) memudahkan murid keluar masuk ke bengkel.
d) menjaga kesihatan murid.

8. Semua tingkap hendaklah dibuka untuk mendapatkan ___ yang baik dan ___
yang mencukupi.
a) suasana … ruang
b) pengudaraan … cahaya
c) keselamatan … peralatan
d) peralatan … bahan

9. Berikut adalah tugas- tugas formen kecuali…..


a) Membantu guru ketika di dalam bengkel.
b) Memastikan semua tingkap dan suis ditutup selepas digunakan.
c) Melapor sebarang kemalangan pada guru.
d) Mengemas bengkel setelah digunakan.

10. Carta peraturan keselamatan hendaklah disediakan dan dipamerkan di


bengkel untuk
a) menceriakan bengkel.
b) menggembirakan guru
c) mengingatkan murid.
d) mengawasi murid.
11. Jika berlaku kemalangan, tindakan awal yang perlu diambil oleh murid adalah
a) merawat murid yang cedera.
b) memaklumkan kepada guru
c) mengambil peti kecemasan yang disediakan.
d) menghubungi pihak bomba dan ambulans.

12. Alatan berikut terdapat dalam kotak disebelah kecuali


a) kain anduh
b) tukul warington
c) pembalut luka
d) ubat luka
13. Alatan di sebelah digunakan untuk
a) Membunuh serangga
b) Mencegah jenayah
c) Alat bantuan penafasan
d) Alat pemadam api

14. Bahan mudah terbakar seperti thinner dan turpentin perlulah di


simpan di...
a) Tempat yang panas
b) Berdekatan dengan punca elektrik
c) Tempat yang tertutup
d) Tempat yang terbuka

15. Langkah pertama yang wajar dilakukan sekiranya rakan terkena renjatan
elektrik ialah
a) Curahkan air kepada rakan tersebut.
b) Lari ke tempat yang selamat
c) Menutup suis utama bekalan elektrik
d) Menarik rakan tersebut dengan tangan

16. Alatan tangan boleh disusun di tempat berikut kecuali..


a) Panel alatan c) kotak alatan
b) Rak alatan d) peti kecemasan
17. Antara berikut, yang manakah dapat mengelakkan kemalangan berlaku di
bengkel Kemahiran Hidup?
a) Tidak bergurau di dalam bengkel.
b) Tidak mematuhi peraturan
c) Tidak menyimpan alatan selepas digunakan
d) Memakai pakaian yang tidak dibenarkan.

18. Proses menghasilkan barangan atau produk baharu dalam bidang teknologi
bagi memenuhi kehendak pengguna dikenali sebagai
a) Idea c) produk
b) Reka cipta d) reka bentuk

19. Antara berikut yang manakah menerangkan kreativiti?


a) Kebolehan mencipta sesuatu.
b) Mengubahsuai ciptaan sedia ada
c) Menyimpan idea-idea menghasilkan produk.
d) Menghasilkan sesuatu barangan yang baharu.

20. Apakah produk yang dicipta oleh Alexander Graham bell


a) Televisyen c) kereta
b) Tayar berangin d) telefon

21. Tayar berangin dicipta oleh….


a) J.L Baird c) Gugliemo Marconi
b) John Boyd Dunlop d) Wright Brothers

22. J.L Baird merupakan seorang pencipta alat elektronik iaitu….


a) Radio b) kipas
b) Telefon d) televisyen warna.

23. Yang manakah bentuk asas tiga dimensi (3D)?


a) bulat c) silinder
b) segi tiga d) segi empat
24. Apakah bentuk-bentuk asas geometri yang terdapat pada botol di
sebelah?
a) Kon dan silinder c) Kiub dan bulatan
b) Silinder dan bulatan. d)

25. Nyatakan jenis lakaran bagi rajah di sebelah


a) Lakaran 1 dimensi
b) Lakaran 2 dimensi
c) Lakaran 3 dimensi
d) Lakaran tiada dimensi

26. Bentuk di sebelah adalah merupakan bentuk


a) Sfera c) kiub
b) Kon d) piramid

27. Semua objek di bawah mempunyai bentuk silinder


kecuali…
a) Pen c) botol minuman
b) Straw d) bola

28. Bentuk yang tidak terdapat pada jam disebelah ialah…


a) Segi empat tepat c) segi tiga
b) Segi empat sama d) bulat

29. Buku, bendera dan pembaris adalah objek berbentuk…


a) Segi tiga c) segi empat tepat
b) Segi empat sama d) silinder

30. Lakaran secara 3D membolehkan murid melihat dari semua pandangan di


bawah kecuali…
a) Atas c) sisi
b) Depan d) dalam
31. Semua di bawah adalah dalam bentuk 2 dimensi kecuali…
a) Kon c) bulat
b) Segi tiga d) segi empat

32. Gabungan bentuk kon dan silinder mungkin menghasilkan bentuk?


a) Televisyen c) jam
b) Radio d) pen

33. Pernyataan yang manakah tidak benar


a) Bulat = sfera c) segi tiga = piramid
b) Segi empat sama = kiub d) segi empat tepat = kon

34. Objek yang manakah mempunyai persamaan dengan bentuk segi tiga?
a) Sampul surat c) buku
b) Sandwic d) meja

35. Objek di bawah mempunyai bentuk segi empat sama ialah..


a) Dadu c) telefon tangan
b) Bas d) majalah
36. Persamaan antara gelas, pinggan dan tayar ialah…
a) Digunakan untuk makan c) digunakan pada kenderaan
b) Mempunyai bentuk bersegi d) mempunyai bentuk bulat.

37. Lakaran disebelah menggabungkan bentuk…


a) segi tiga + segi empat tepat
b) Segi tiga + segi empat sama
c) Segi empat tepat + piramid
d) Segi empat sama + kon

38. Padanan manakah yang tidak benar..


a) Bola = sfera c) segi empat sama = dadu
b) Segi tiga = tin minuman d) segi empat tepat = duit kertas

39. Bentuk asas kereta terdiri dari bentuk di bawah kecuali…


a) Segi tiga c) bulat
b) Segi empat d) lonjong
40. Gabungan bentuk silinder dan kon mungkin membentuk…
a) Buku c) jam
b) Pen d) kerusi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………………………… ……………………………………………………………
(HJ MOHD HAWARI BIN SHAMARUDDIN) (HJH RASIDAH BT ABD MAJID)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SK Taman Warisan Puteri

Disemak oleh:

………………………………………………………………..
(HJ MOHD HAWARI BIN SHAMARUDDIN)
Ketua Panitia Kemahiran Hidup,
Sk Taman Warisan Puteri

Anda mungkin juga menyukai