Anda di halaman 1dari 3

TALKING POINTS

UCAPTAMA
EN. ABD RAZAK BIN HAJI IDRIS
KETUA PENOLONG PENGARAH UPBM

 Terima kasih Pengacara Majlis, ENCIK MOHAMMAD FAIZAL BIN


MUSTAFA.

 Terima kasih kepada USTAZ MOHD ZAMRI BIN ABDUL RAZAK,

atas bacaan doa.

 YANG DIHORMATI,

EN MOHD NIZAR BIN HAJI HARTOYO, Penyelaras Sukan Unit

Pembangunan Bakat Murid, Barisan Penolong Pengarah Unit

Pembangunan Bakat Murid, EN. MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL,

Presiden Majlis Permuafakatan PTPS Negeri Sembilan, EN

MOHAD NANZERI BIN MD KARIM, Timbalan Presiden Majlis

Permuafakatan PTPS Negeri Sembilan, EN AHMAD ISHAK BIN

SALLEH, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SSNS SMK Za’ba,

Barisan Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Negeri Sembilan,

Barisan Jurulatih Sukan SSNS SMK Za’ba dan hadirin hadirat

sekalian.

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat

kita hadir ke Taklimat Program Pembangunan Berterusan Sukan

Tahun 2021-2023 Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

 Terima kasih kepada yang dapat hadir pada hari ini untuk

mendengar taklimat yang akan disampaikan sebentar nanti bagi


menjalankan satu program berterusan kepada atlet atlet Negeri

Sembilan.

 Semoga dengan apa yang akan disampaikan nanti, Tuan-puan akan

terus memberi sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang ke

arah mempertingkatkan lagi pencapaian sukan di Negeri Sembilan.

 Pembangunan berterusan ini bertujuan untuk mencari bakat baru

sebagai atlet cemerlang Negeri Sembilan di masa mendatang.

 Kita akan terus meletakkan Top 5 dalam target Negeri Sembilan di

setiap temasya sukan yang akan kita sertai

 Sebagai peringatan kita bersama bagi tahun 2019 kedudukan kita

berada di tempat ke-8 kesuluruhan kebangsaan dalam MSSM,

bermakna kita masih belum dapat mencapai target yang ingin kita

capai.

 Program pembangunan berterusan ini perlu dilaksanakan dengan

strategik dan kreativiti yang berkesan bersesuaian dengan cabaran

yang melanda negara berkenaan Pandemik Covid-19 yang melanda.

Namun ia tidak menjadi halangan dalam usaha kita membentuk

kemenjadian anak didik kita sebagai atlet yang cemerlang.

 Kesemua 24 jenis sukan akan kita turunkan peruntukan dan akan

kita laksanakan program pembangunan berterusan dengn harapan

menjadi pemangkin dalam kejayaan penyertaan kita ke setiap

kejohanan nanti

 Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan syabas

kepada semua pihak yang sentiasa berusaha dalam menjayakan


program Unit Pembangunan Bakat Murid.

 Selamat bertaklimat dan semoga ianya berjalan lancar dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai