Anda di halaman 1dari 17

KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN

KM5 JALAN PAKA 23000 DUNGUN TERENGGANU

PENDIDIKAN ISLAM : KAJIAN KES

PERBEZAAN AKIDAH YANG BENAR DAN SALAH

AHLI KUMPULAN NO K/P

NUR JULIANA MALIHAH BINTI KAMARUZZAMAN 040929011814

NUR AIN BINTI SIDEK 041211110236

040126110552
NUR HAFIZATUL BAROKAH BINTI MD ROSLI

KURSUS: 2 SVM BPP

NAMA PENSYARAH: NURUSAADAH BINTI YASSIN


ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL. PERKARA
SURAT

1 Pendahuluan 3

2 Pernyataan Masalah Isu Umat Islam di Malaysia 4–5

Perbezaan Antara Akidah Islam Dan Akidah Agama-Agama


6–8
Lain

3 Faktor/Punca Kes 9 – 10

4 Kesan/Akibat 11

5 Cadangan Penyelesaian Masalah 12 – 15

6 Sumber Rujukan 16

2
PENDAHULUAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka saya
telah dapat menyiapkan tugasan kajian kes Pendidikan Islam dengan jayanya. Insyaallah,
tugasan kajian kes ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan
dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Kami, Nur Juliana Malihah Binti Kamaruzzaman, Nur Ain Binti Sidek, Nur Hafizatul
Barokah Binti Md Rosli mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan Pengarah iaitu Tuan Haji Mohd Nazri Bin Hashim dan guru
Pendidikan Islam saya iaitu Puan Nurussaadah Binti kerana tidak jemu-jemu memberi
bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara-cara membuat folio mengikut kriteria yang
ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar
memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. 

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa kami
yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya
tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kajian
kes ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit. 

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada rakan-rakan kami yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan
mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat,
serta cadangan.

 
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagikepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kajian kes ini.
Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

3
PERNYATAAN MASALAH ISU UMAT ISLAM
DI MALAYSIA

ISU : Melakukan Kerosakan Di Rumah Ibadat

Isu yang paling sensitif dalam konteks sosial ialah isu berkenaan rumah ibadat iaitu “melakukan
kerosakan di rumah ibadat”, kerana item ini telah mencatatkan bacaan min tertinggi. Perkara ini
adalah selari dengan realiti kini apabila rasa tidak senang yang muncul antara penganut agama
berlaku atas faktor kes kerosakan rumah ibadat yang berlaku berulang kali.

Insiden ini adalah sebagaimana yang berlaku di salah sebuah surau di Klang apabila terdapat
pihak yang tidak bertanggungjawab telah meletakkan sebuah berhala Hindu di kawasan sebuah
surau.

4
ELABUHAN KLANG: Penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila dikejutkan dengan
penemuan sebuah patung berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau
Sabilul Huda, di sini, semalam.

Difahamkan, patung itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab di antara jam 2.30 petang
hingga 4.00 petang sebelum disedari oleh siak yang datang untuk membuat persiapan bagi
solat Asar di surau berkenaan.

Siak surau itu, Mohd Yatim Omar, 64, berkata patung itu ditemui olehnya ketika mahu
membuka pintu surau berkenaan yang berkunci kira-kira jam 4.15 petang.

Beliau yang terkejut dengan penemuan itu kemudiannya memanggil ahli jawatankuasa (AJK)
serta kariah surau tersebut bagi melihat sendiri patung tersebut.

Mohd Yatim, berkata susulan penemuan tersebut, dia kemudiannya membuat satu
laporan polis di Balai Pandamaran, Klang Selatan, di sini awal pagi tadi serta
menyerahkan patung itu bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, salah seorang AJK surau itu, Abd Rahman Mohd Shariff, 46, berkata
dirinya amat terkejut apabila dimaklumkan dengan penemuan patung tersebut.

5
“Memang timbul perasaan marah dan geram apabila ada pihak yang tidak
bertanggungjawab dipercayai dengan sengaja meletakkan patung tersebut di
bersebelahan pintu masuk ini.

“Ini adalah kejadian kali pertama dan saya kira ia sepatutnya tidak patut berlaku di
rumah agama. Ia perkara yang sangat sensitif. Kami harap agar perkara ini disiasat,”
katanya.

PERBEZAAN ANTARA AKIDAH ISLAM DAN AKIDAH AGAMA-AGAMA LAIN

i. Keesaan Tuhan

ISLAM
A. Beriktikad bahawa kewujudan Allah SWT dan kejadiannya tidak
ASPEK sama dengan kewujudan dan kejadian makhluknya. Setiap
kejadian adalah bukti kebesaran Allah SWT.
KEESAAN B. Bahkan segala apa ayng terlintas di fikiran manusia itu bukanlah
sifat Allah SWT yang hakiki.
TUHAN
C. Islam meletakkan seluruh pengabdian dan penyembahan
hanyalah kepada allah SWT dan menyakini bahawa Nabi
Muhammad SWT pesuruh Allah SWT.

KRISTIAN
A. Umumnya Kristian menyembah tiga Tuhan dalam satu yang
dikenali sebagai Triniti
B. Triniti mempunyai beberapa versi dan Triniti yang paling popular

6
ialah kesatuan antara bapa, amak dan roh kudus
C. Ketiga-tiga kesatuan ni dianggap setara dan satu peribadi

HINDU
A. Mengumpulkan Tuhan-tuhannya dalam satu Tuhan sahaja, iaitu
Brahman.
B. Penganut hindu menamakan Tuhan dengan tiga nama ( konsep
Trimurti ), iaitu
- Brahman ( Pencipta )
- Vishnu ( Pemelihara )
- Siva ( Pemusnah )

BUDDHA
A. Menimbulkan berbagai-bagai pandangan sama ada sebagai
agama atau aliran falsafah.
B. Walau bagaimanapun, wujud kepercayaan kepada perkara-
perkara ghaib antaranya :
– Konsep Nirwana
– Kepercayaan terhadap roh dan hantu
– Konsep dewa dewi

ii. Sumber pegangan

ISLAM
A. Al-Quran ialah kalamullah dan sebagai panduan hidup manusia
B. Manakala sumber kedua syariat islam adalah sunnah Rasulullah
SAW
C. Kandungan Al-Quran lengkap merangkumi semua aspek
kehidupan manusia sesuai untuk semua bangsa, tempat dan
ASPEK setiap zaman
D. Al-Quran terpelihara daripada sebarang bentuk perubahan dan
SUMBER
penyelewengan
PEGANGAN
KRISTIAN
A. Ajaran Kristian bersumberkan Kitab Bible yang terdiri daripada
The Olda Testement (Perjanjian Lama) dan The New Testement
(Perjanjian Baharu)
B. Isi kandungan Bible bercampur aduk antara firman Tuhan, sabda
Jesus dan tulisan para sejarawan

7
C. Penganut Kristian mengakui kitab suci agama Yahudi, iaitu The
Old Testement adalah sebahagian daripada kitab suci mereka
HINDU
A. Ajaran dalam agama hindu didasarkan pada kitab suci untuk
susastra suci keagamaan yang disusun dalam masa yang amat
Panjang dan berabad-abad
B. Di dalamnya dimuatkan nilai-nilai spiritual suci keagamaan
C. Di antara susastra suci tersebut ialah :
- Weda
- Upanishad
- Brahma Sutra
- Purana
- Itihasa
- Tirukkural

BUDDHA
A. Kitab suci yang digunakan dalam agama Buddha ialah Tripitaka

iii. Kehidupan selepas mati

ASPEKISLAM
A. Kematian adalah satu perpindahan dari kehidupan di akhirat
KEHIDUPAN B. Kematian adalah satu kegembiraan kepada orang yang beriman
C. Kehidupan di alam Barzakh dan dihimpunkan di Padang Mahsyar
SELEPAS
selepas hari kiamat. Amalan mereka semasa hidup akan dihitung
MATI dan melalui Titian Sirat untuk menentukan sama ada mereka
akan ditempatkan di dalam syurga atau neraka

KRISTIAN
A. Agama Kristian percaya bahawa penyatuan manusia dengan
Tuhan selepas mati adalah dalam kewujudan semula jadi dan
sempurna
B. Mereka percaya bahawa penyatuan semula adalah melalui usaha
penyelamat Jesus Christ yang mati disalib untuk menebus dosa-
dosa manusia
C. Merka percaya bahawa selepas kematian mereka akan

8
dibangkitkan semla dan ditempatkan di tiga tempat, iaitu Syurga
( Heaven ), Neraka ( Hell ) dan Purtagory
D. Purgatory merupakan tempat orang-orang yang tidak layak ke
Syurga atau ke Neraka

HINDU
A. Mempercayai konsep samsara, iaitu kehidupan atau kelahiran
Kembali sesuah kematian
B. Kehidupan tidak berakhir sesuah kematian tetapi hidup, mati dan
hidup sesudah mati bergantung kepada karma
C. Penganut agama Hindu percaya bahawa sesiapa yang
melakukan kebaikan semasa hidupnya, maka mereka akan
mendapat kelahiran semula sebagai manusia yang baik

BUDDHA
A. Mempercayai konsep karma. Dalam ajaran Brahman mengajar
bahawa apabila penganutnya melakukan karma dalam kehidupan
akan datang
B. Mereka mempercayai adanya proses kelahiran semula
C. Alam kelahiran ditentukan oleh kerma makhluk tersebut, apabila
ianya baik akan dilahirkan di alam Bahagia, apabila jahat maka
akan terlahir di dalam yang memudaratkan
D. Syurga dan Neraka bukan tujuan terakhir, tidak kekal, serta
hanyalah tempat sementara

FAKTOR / PUNCA KES

 3 faktor yang membawa kepada berlakunya isu perbezaan akidah dengan agama-agama
lain :

1. Globalisasi

Pembangunan era globalisasi menyebabkan nilai-nilai Barat yang masuk tanpa dapat
dibenung ketika ini menghakis kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian
manusia, yang akhirnya matlamat hidup hanya melihat kepada dunia semata-mata. Ringkasnya
dalam persekitaran hidup yang ditentukan oleh falsafah sosial Barat, anggota masyarakat akan
terdorong mengenepikan soal haram dan halal bahkan sanggup mengenepikan agama.

9
Satu tanggapan tentang Islam menyatakan bahawa dengan memeluk Islam itu beerti
seseorang itu terpaksa kembali le zaman manusia Badwi. Ini adalah satu tanggapan yang salah
kerana selama ini Islam tidak pernah menjadi batu pengahalang kemajuan dan tamadun.

2. Masalah Sosial

Kerancakan kemasukan nilai-nilai barat menyebabkan sodial masyarakat berkembang


pesat di kalangan masyarakat dunia. Keadaan ini menyebabkan timbul kehidupan yang
mengosongkan perkiraan dan pertimbangan daripada kehidupan beragama. Matlamat
keduniaan menguasai pemikiran dan tingkah laku yang mengikut nafsu semata-mata yang
menyebabkan kehilangan aspek kawalan moral dan mudah terjebak kepada perkara yang
negatif

3. Ajaran Sesat

Ajaran sesat bukan suatu fenomena baru di negara kita Malaysia. Ia merupakan suatu
permasalahan global yang perlu ditangani oleh setiap lapisan masyarakat secara bersepadu.

Aliran-aliran kepercayaan atau ajaran sesat ini lahir hasil perancangan rapi musuh-musuh
Islam. Ia bertujuan merosakkan agama Islam; mewujudkan perpecahan di kalangan masyarakat
menerusi perbezaan dan percanggahan fahaman, mengubah cara pengamalan mereka
terhadap syariah Islam serta menimbulkan syubahat dalam agama. Ia berakar umbi dalam
setiap diri manusia, tanpa mengira situasi mahupun kondisi sesuatu masyarakat.

Di Malaysia terdapat banyak pertubuhan/ajaran yang telah dikenal pasti menyeleweng


daripada ajaran Islam. Pelbagai pendekatan telah dibuat untuk mengatasi perkembangan aliran
kepercayaan ini dan setakat ini belum mencapai ke tahap yang memberangsangkan. Terdapat

10
aliran kepercayaan yang telah difatwakan sesat, diharamkan serta diisytiharkan murtad
(terkeluar daripada Islam) oleh pihak kerajaan, tetapi masih ‘hidup’ seterusnya menjalankan
kegiatan mereka seperti biasa tanpa dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa seperti al-
Arqam dan Ahmadiyah Qadiani.

Nabi Muhammad s.a.w. diperintahkan oleh Allah SWT menyebarkan Islam kepada seluruh
umat manusia. Firman Allah S.W.T

Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang beriman) dan
pemberi amaran (kepada orangorang yang ingkar).

(Surah Saba’ : 28)

KESAN / AKIBAT

 3 kesan sekiranya mengabaikan perkara yang berkaitan dengan perbezaan akidah dengan
agama-agama lain :

1. Terhadap individu

 Akidah seseorang akan rosak


 Banyak masa terbuang dengan aktiviti yang tidak 
 Sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam
 Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin ajaran sesat
 Tindakan dan kelakuan mereka tidak rasional dan fanatik

11
 Kehidupan tidak stabil dan mengabaikan   
 Tanggungjawab masing-masing.

2. Terhadap masyarakat

 Berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan


 Menjejaskan perpaduan masyarakat kerana sikap mereka yang fanatik terhadap
kumpulan
 Berlaku keganasan terhadap masyarakat

3. Terhadap negara

 Menjejaskan prestasi ekonomi negara


 Boleh menggugat kesetabilan politik dan ekonomi negara

CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

 CARA MENANGANI ISU PERBEZAAN DENGAN AGAMA-AGAMA LAIN :

1. IMAN ASAS KUALITI INSAN

Iman mempunyai kaitan yang padu dengan kualiti insan. Ia adalah asas atau permulaan bagi
setiap perilaku dan tindakan manusia yang akan menghasilkan kesempurnaan seseorang yang

12
benar-benar bersyahadah dengan keimanannya. Oleh kerana itulah al-Quran tidak memisahkan
antara iman dan amal seseorang itu. Firman Allah swt,

Yang Bermaksud, Sesungguhnya orang- orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah


orang-orang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan)
tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan
Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Melalui konsep iman, tunggak kekuatan seseorang muslim akan menjadi teguh, berupaya
melaksanakan titah perintah Allah, meninggalkan segala larangan dengan cekal hati, mampu
menghindari belenggu kejahilan dan penyelewengan.

Melalui iman juga manusia akan terselamat daripada sebarang ancaman sama ada yang
datang dari luar mahupun runtunan hawa nafsuyang muncul dari dalam diri. Mereka tidak akan
tunduk kepada ancaman-ancaman tersebut kerana telah dibentengi oleh iman yang teguh.
Beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya akan memberi kepuasan dan kebersihan hati
dan fikiran. Ia akan melahirkan sifat taqwa dan dapat memandu seseorang itu menjalani
kehidupan ini dengan mengikut jalan yang lurus, dapat mengawal daripada segala macam
kelemahan kemungkaran dan penyelewengan serta dapat mengeluarkan dirinya daripada
segala perkara yang menyusahkan. Firman Allah swt,

Yang bermaksud, …Dan (ingatlah!) sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah
memudahkan baginya segala urusan.

Dengan iman, seseorang itu akan dapat mengenal dan membezakan antara yang benar
dengan yang salah dan tidak mudah terpengaruh serta terikut dakyah penyelewengan yang
disampaikan kepada mereka.

2. PENDEKATAN UNDANG-UNDANG

Usaha untuk membasmi dan membanteras ajaran sesat adalah satu usaha berterusan yang
telah dipelopori oleh generasi awalIislam, para ulama dan diteruskan oleh pihak berkuasa
agama negara dan negeri sehingga kini jika dahulu para ulama seperti Imam Al-Ghazali
berusaha mempertahankan aqidah Islam daripada dipengaruhi oleh pemikiran falsafah Greek
melalui kitabnya al–Munqiz min dhalan dan Tuhufatul al-Falasafah. Maka kini digubal undang-
undang bagi membanteras penyelewengan akidah yang sedang berlaku. Pemikiran-pemikiran
Muktazilah, Qadariah dan penyelewengan akidah lain yang berlaku dahulu, sebenarnya kini
masih berleluasa di dalam masyarakat dalam bentuk yang baru, ia perlu ditangani dengan
dakwah dan penerangan mengenai aqidah Islam yang sebenar.

13
Dalam keadaan tertentu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap golongan yang
berdegil dan masih mengamalkan akidah Islam yang menyeleweng. Usaha untuk menjaga
keharmonian akidah Islam adalah satu usaha yang perlu di jalankan dengan penuh rasa
tanggungjawab dan bukannya sekadar untuk memenuhi kehendak undang-undang sahaja.
Tidak dapat di nafikan bahawa pengamal–pengamal ajaran sesat boleh di dakwa di bawah
Enakmen Kesalahan Jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman jika disabitkan kesalahannya.

Apa yang lebih penting ialah di dalam undang-undang berkaitan dengan ajaran sesat
bagaimana ia boleh digunakan bagi memberi peluang kepada mereka yang telah tersesat
kembali ke pangkal jalan. Ia bukan mengutamakan hukuman kepada pesalah tetapi yang lebih
mustahak umat Islam tidak terpengaruh dan dipengaruhi oleh ajaran sesat tersebut dan mereka
yang telah terlibat akan bertaubat oleh sebab itu para pegawai penguatkuasa agama dan
pegawai pejabat agama yang lain seharusnya berusaha di dalam tindakan mereka untuk
memberi peluang kepada pengikut ajaran sesat untuk menyedari kesilapan mereka dan
bertaubat. Dalam erti kata lain pendekatan ajaran sesat ini tidak boleh disamakan dengan
kesalahan-kesalahan jenayah Syariah yang lain seperti zina, minum minuman keras dan tidak
berpuasa dalam bulan Ramadhan.

3. WADAH ISLAM MENGHAPUSKAN KEJAHILAN

Mencari dan menuntut ilmu pengetahuan adalah suruhan yang wajib dilaksanakan oleh setiap
individu muslim. Seseorang yang jahil tidak dapat membezakan antara kebenaran dengan
kebatilan. Kebenaran dan kebatilan amat berbeza. Untuk mengenalpasti mengenainya,
seseorang itu mesti mempunyai ilmu dan menghayati kebenaran itu. Di samping dapat
mengenalpasti kebenaran, seseorang itu hendaklah juga mengetahui ciri-ciri kesesatan supaya
tidak tergelincir ke dalamnya.

Allah swt telah menyatakan Islam sebagai agama kebenaran, jalan yang lurus dan jalan yang
boleh menyampaikan kepada keredhaan-Nya. Jalan ini mestilah dilalui oleh setiap hamba Allah

14
yang ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Allah juga menerangkan bahawa selain
Islam, semua jalan lain adalah sesat belaka dan membawa kecelakaan di dunia dan di akhirat.
Bagi membezakan antara jalan yang benar dan sesat ini, seseorang itu hendaklah
melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan mengkaji mengenainya dengan penuh
keinsafan.

Baginda Rasulullah saw telah mengajarkan umatnya satu doa supaya menetapkan hati dan
pegangan terhadap ajaran Islam dan menjauhi diri dari kesesatan. Doa baginda Rasulullah,

‫اللهم ثبت قلبي على دينك وعلى طاعتك‬


Yang bermaksud, wahai tuhanku tetapkanlah hatiku di atas agama mu dan ketaatan
kepadamu.

Dalam hal ini, ilmu yang benar adalah penting untuk diikuti bukan yang mengelirukan dan bukan
meragukan. Pengertian ilmu dalam konteks ini dijelaskan oleh imam al-Ghazali sebagai berikut :

“Ilmu yang sesungguhnya ialah tersingkapnya sesuatu yang jelas, sehingga tidak ada lagi
ruang untuk ragu-ragu, tidak mungkin salah atau keliru; tidak ada tempat di hati untuk itu.
Keimanan dari bahaya salah atau keliru harus diperkuat dengan keyakinan demikian rupa
sehingga andaikata disangkal oleh seorang yang mempunyai kesaktian, yang misalnya dapat
merubah tongkat menjadi ular, namun demikian itu tidak akan menimbulkan ragu-ragu
sedikitpun juga terhadap keyakinan tadi. Apa yang diketahui, bila tidak seyakin itu maka yang
demikian bukanlah ilmu yang patut menjadi pegangan dan tidak ada rasa aman di dalamnya.
Dan setiap ilmu yang tidak memberi rasa aman bukanlah ilmu yang yakin.

4. PELIHARA SOLAT

Apabila umurnya mencecah tujuh tahun ajak mereka beribadat kepada Allah SWT, iaitu
mengajar untuk solat. Begitu juga dibenarkan untuk memukul dengan tujuan untuk mendidik
jika meninggalkan solat apabila usianya mencapai 10 tahun.

Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa telah datang seorang lelaki kepada

15
Rasulullah SAW lalu bertanya apakah perkara yang paling disukai oleh Allah SWT di dalam
Islam? Nabi SAW bersabda:

‫ال َّص اَل ُة ِل او ْق ِت اها‬،‫ُ او ام ْن تا ار اك ال َّص اَلةا فا اَل ِدي ان اله‬،‫اوال َّص اَل ُة ِع اما ُد ال ِدي ِن‬

Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah
agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”.
[Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab]

Hadis di atas jelas mengakatakan bahawa solat adalah tiang agama dan perkara yang
paling disukai oleh Allah. Sebagai hamba Allah kita mestilah pelihara solat agar kita tidak
mudah terikut dengan ajaran yang sesat seperti ajaran syiah. Dengan solat ini jugalah yang
akan meningkatkan keimanan dalam diri kita. Jadi kita sebagai hamba Allah kita mestilah
sentiasa melakukan perkara yang disuruh dan disukai oleh Allah dan meninggalkan perkara
yang disuruh dan tidak disukai oleh Allah.

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang
mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud,
yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang
menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang
bersifatdemikian). (Surah AtTaubah. Ayat 112).

Justeru, untuk mengukuhkan keimanan dalam diri anak-anak, tanamkan rasa khusyuk,
takwa dan sifat kehambaan kepada Allah SWT sejak mereka kecil lagi. Rasa khusyuk ini
dapat dibentuk ketika mereka memberi sepenuh perhatian kepada ibadat solat. Sentuhlah
jiwa mereka dengan rasa sesalan dan kehambaan ketika membaca al-Quran dan sering
mengingatkan mereka bahawa orang mukmin berjaya bukan yang memiliki harta dan
kemewahan atau kecantikan rupa paras, tetapi yang sentiasa khusyuk ketika mendirikan
solatnya.

Solat adalah satu kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada semua umat Islam yang
cukup sifatnya, yang waras akalnya, yang sudah mencapai akil baligh dan yang merkeda.
Sebagai umat Islam kita mestilah jauhkan diri kita dari perkara yang mungkar contohnya
mengikut ajaran yang sesat seperti syiah agar hidup dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT.

SUMBER RUJUKAN

BUKU :

 Modul Pendidikan Islam SVM Semester 4

16
LAMAN WEB :

 https://muftins.gov.my/2019/04/19/persediaan-untuk-menangani-ajaran-menyeleweng-
sesat/

 https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/533220/penduduk-gempar-patung-
berhala-di-surau

 http://www.ukm.my/ijit/wp-content/uploads/2020/12/IJIT-Vol-18-Dec-2020_10_95-
109.pdf

 https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/11/348873/perkukuh-iman-anak-
sejak-

 http://asst5.blogspot.com/p/kesan-buruk-mengamalkan-ajaran-sesat.html

17

Anda mungkin juga menyukai