Anda di halaman 1dari 9

SMK GELIGA

24000 KEMAMAN, TERENGGANU

KERTAS KERJA

CADANGAN MEMBAIKPULIH TANDAS DAN UBAHSUAI KELAS


MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) SMK GELIGA

ANJURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK GELIGA

“MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN”


“KEMAMAN UNGGUL”
“SEHASRAT, SEDERAP, SEPAKAT”
VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan


Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

VISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas


Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan

MISI PENDIDIKAN KHAS

Membangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:-


Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
Perkembangan potensi diri ke tahap optimum
Keupayaan berdaya saing dan keboleh pasaran
Nilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawab dan
Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak
1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Geliga mula dibuka pada 1 Januari 2011
dengan bilangan muridnya seramai 8 orang. Kini, bilangan murid berkeperluan khas (MBK)
adalah seramai 46 orang dengan bilangan guru seramai 7 orang, 3 orang pembantu
pengurusan murid (PPM) dan mempunyai 4 kelas. Di anggarkan bilangan murid yang akan
bertambah pada tahun 2022 adalah seramai lebih kurang 11 orang dan jumlah keseluruhan
MBK adalah seramai 57 orang. Angka ini menunjukkan pertambahan bilangan murid MBK
di SMK Geliga. Kerja baikpulih tandas dan ubahsuai kelas dicadangkan bermula akhir
tahun ini berikutan sebagai persediaan untuk menerima kemasukan murid berkeperluan
khas (MBK) yang baru menjelang Mac 2022. Justeru itu, kemudahan insfranstruktur dan
keselesaan MBK amatlah dititikberatkan kerana murid berkeperluan khas merupakan insan
istimewa yang perlu sentiasa dijaga keselamatan dan keselesaaan mereka. Keadaan
fizikal, aspek kebersihan dan keselamatan amatlah perlu dititikberatkan.

2.0 OBJEKTIF

Cadangan membaikpulih tandas MBK dan ubahsuai kelas adalah sangat penting
berdasarkan pertimbangan berikut :

2.1 Keadaan tandas yang sedia ada agak terhad penggunaanya tidak dapat
menampung keperluan MBK yang semakin bertambah kerana berlaku banyak
kerosakan.

2.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan terutamanya tandas
dan kelas.

2.3 Bilangan murid MBK yang semakin meningkat memerlukan ruang kelas yang lebih
besar dan teratur dengan melakukan pengubahsuaian kelas dan membina
pembahagi kelas (partition).

2.4 Memenuhi aspirasi Kementerian untuk memberi kemudahan kepada murid


berkeperluan khas (MBK) supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap
dengan kemudahan asas.

2.5 Persediaan bagi menampung peningkatan bilangan murid berkeperluan khas


menjelang 2022.
4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua MBK SMK Geliga

5.0 TEMPAT

Kelas dan tandas murid berkeperluan khas (MBK)

6.0 CADANGAN BAIKPULIH


6.1 Membaiki pintu tandas yang tidak dapat berfungsi kerana keadaan tombol pintu
yang telah rosak.
6.2 Membaiki tandas yang telah lama rosak dan hanya satu tandas yang dapat
digunakan di bahagian murid lelaki dan murid perempuan.
6.3 Membaiki dan memasang lampu di dalam tandas supaya lebih cerah dan
selamat bagi MBK.
6.4 Mengecat semula tandas agar lebih ceria dan bersih.
6.5 Menambah partition di ruang kelas bagi menampung penambahan murid yang
semakin meningkat.

7.0 ANGGARAN KOS

BIL BUTIRAN KUANTITI ANGGARAN


KOS
1 Mengganti pintu tandas 1 RM 1500.00
2 Membaiki dan memasang 1 RM 500.00
lampu
3 Membaiki tandas yang 2 RM 5000.00
tersumbat
4 Cat 5L X 5 tin RM 2000.00
5 Partition kelas 20’ x 20’ 20’ x 20’ RM 5000.00
JUMLAH RM 14,000.00
8.0 LAMPIRAN

Keadaan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Geliga yang perlu
diubahsuai dengan menambah ’partition’ supaya lebih teratur dan kemas.

Keadaan tandas yang tidak boleh digunakan


Keadaan lampu tandas yang perlu ditukar.

Keadaan pintu tandas yang rosak.


10.0 KESIMPULAN

Adalah diharapkan agar permohonan ini diluluskan kerana murid berkeperluan khas
(MBK) juga berhak untuk mendapatkan peluang untuk menjalani proses pembelajaran
dengan lebih selamat dan kondusif. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang
diberikan mendapat keberkatan. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran
diharap dapat dijalankan dengan lancar dan diberkati.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………. ……………………………………
(Norul Najihah binti Kadir) (Zainun Binti Mohd Nor)
Setiausaha Guru Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Geliga SMK Geliga
Tarikh: Tarikh:
(No. Ruj. )

KERTAS KERJA
CADANGAN BAIKPULIH TANDAS MBK DAN UBAHSUAI KELAS MBK
SMK GELIGA 2021

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan kertas kertas kerja cadangan baikpulih tandas MBK dan ubahsuai
kelas MBK SMK Geliga 2021

atau

Tidak Meluluskan kertas kertas kerja cadangan baikpulih tandas MBK dan
ubahsuai kelas MBK SMK Geliga 2021

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………

(WAN MOHD SALLEH B WAN ISMAIL)


PENGETUA CEMERLANG
SMK Geliga
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai