Anda di halaman 1dari 7

DISEDIAKAN OLEH : MOHD AMRI ASHRAF B.

ZULKIPLI
SK. ST AUGUSTINE
PPD KUALA PENYU,SABAH.
MODUL PDPR
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

A. SASARAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema Saya Dan Masyarakat
Nilai 14.0 Toleransi
Tajuk Amalan bertoleransi dalam hidup bermasyarakat.

Modul ini akan membantu dan membimbing murid dalam


Ringkasan sesi memahami pelajaran dalam unit 14 berdasarkan buku teks. Murid
pembelajaran akan dapat mengkaitkan dan mengaplikasikan sikap toleransi
dalam masyarakat demi kesejahteraan bersama.

Standard Kandungan 14.0 Amalan Toleransi Dalam Hidup Bermasyarakat

14.1 Mengenal pasti contoh amalan toleransi dalam hidup


bermasyarakat.

14.2 Menghuraikan kepentingan amalan toleransi dalam hidup


bermasyarakat.

Standard 14.3 Membuat justifikasi kesan pengabaian amalan toleransi


Pembelajaran dalam hidup bermasyarakat.

14.4 Mengekspresikan perasaan berkaitan dengan amalan


toleransi dalam hidup bermasyarakat.

14.5 Mengamalkan sikap bertoleransi dalam hidup


bermasyarakat.

TP4: Mengenal pasti dan mempamerkan perasaan berkaitan


dengan amalan toleransi dalam hidup bermasyarakat.

Standard Prestasi TP5: Menghayati dan melaksanakan sikap toleransi terhadap


masyarakat demi kesejahteraan bersama dalam kehidupan
harian.

TP6: Menghayati dan mengamalkan sikap bertoleransi terhadap


masyarakat secara tekal serta boleh dicontohi.

Di akhir pelajaran:

a) Murid dapat menyenaraikan contoh amalan toleransi serta


menghuraikan cara memupuk amalan toleransi dalam
masyarakat.

b) Murid dapat menyatakan kepentingan amalan toleransi


Objektif
dalam masyarakat.
Pembelajaran
c) Murid dapat menghuraikan kesan pengabaian amalan
toleransi dalam masyarakat.

d) Murid dapat mengekspresikan perasaan serta


mengamalkan sikap toleransi dalam hidup
bermasyarakat.

C. TEMPOH PERLAKSANAAN (5 HARI)


HARI AKTIVITI

Murid membaca, membuat peta buih dan menjawab latihan yang


1
terdapat dalam buku teks.

Murid membuat PBL iaitu menghasilkan buku skrap


mengandungi keratan akhbar/majalah/berita online mengenai
2 sikap bertoleransi dalam hidup bermasyarakat dan menulis diari
ringkas berkenaan cara nurid bersikap toleransi dalam
masyarakat.

3 Murid menyiapkan buku skrap dan penulisan diari.

4 Murid menyiapkan buku skrap dan penulisan diari.

5 Murid menyiapkan keseluruhan tugasan dan menghantarkannya


kepada guru.

D. NOTA

AMALAN TOLERANSI DALAM MASYARAKAT


a) Berkongsi kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dengan
baik.
b) Membantu semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan bangsa.
c) Bersikap prihatin atau cakna dengan persekitaran sekeliling agar tidak memberi
kesan buruk kepada jiran atau orang lain.
d) Mendahulukan golongan yang istimewa apabila menggunakan kemudahan atau
perkhidmatan yang disediakan.
e) Berusaha untuk mengelakkan pergaduhan atau pertinglikahan.

KEPENTINGAN SIKAP TOLERANSI DALAM MASYARAKAT


a) Mengeratkan hubungan silaturahim.
b) Mewujudkan persefahaman dalam kalangan masyarakat.
c) Meningkatkan kesejahteraan hidup.
d) Membantu mengurangkan kesusahan golongan orang yang istimewa.
e) Mewujudkan suasana aman damai.

KESAN PENGABAIAN SIKAP TOLERANSI DALAM MASYARAKAT


a) Masyarakat hidup kucar kacir dan bermusuhan.
b) Wujud masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
c) Sukar untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.
d) Berlaku pergaduhan dan menyebabkan kemusnahan.
e) Sentiasa wujud masalah dan pertinglikahan.

PERASAN MENGAMALKAN AMALAN TOLERANSI DALAM MASYARAKAT


a) Gembira dan berpuas hati.
b) Bangga terhadap diri sendiri.
c) Hidup menjadi lebih bermakna.
d) Bersyukur kepada tuhan.

E. AKTIVITI

Murid membaca dan memahami situasi yang terdapat dalam buku teks muka
1
surat 130.

2 Murid menyenaraikan amalan, kepentingan, kesan pengabaian, dan perasaan


mengamalkan amalan toleransi dalam masyarakat.

Murid membuat buku skrap mengandungi keratan akhbar/majalah/berita online


mengenai sikap bertoleransi dalam hidup bermasyarakat dan menulis diari
3 ringkas berkenaan cara murid bersikap toleransi dalam masyarakat.

Rujuk buku teks muka surat 133.

F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

1) Gambar peta buih.


Instrumen Pentaksiran 2) Buku skrap.
3) Penulisan diari.

Rubrik Pentaksiran Penghasilan tugasan – TP4, TP5 dan TP6.(Rujuk DSKP)


NOTA BIMBINGAN MENGHASILKAN BUKU SKRAP

Muka Depan Buku Skrap

BUKU SKRAP

PENDIDIKAN MORAL

TAHUN 5
“AMALAN TOLERANSI
DALAM MASYARAKAT “

NAMA MURID :

KELAS :

NAMA SEKOLAH :
SENARAI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Penghargaan

2.0 Pengenalan

3.0 Isi Kandungan

4.0 Penutup

Panduan untuk menulis isi kandungan


1.0 Penghargaan
Untuk bahagian penghargaan, murid-murid boleh menulis pihak-pihak yang ingin
berterima kasih semasa menghasilkan buku skrap ini sama ada secara langsung
atau tidak langsung.

2.0 Pengenalan
Untuk bahagian pengenalan, murid-murid boleh memperkenalkan:
- Tajuk buku skrap
- Tujuan menghasilkan buku skrap
- Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan buku skrap
- Alat/ Bahan/ Medium yang digunakan untuk menghasilkan buku skrap

3.0 Isi Kandungan


Untuk isi kandungan, murid-murid boleh melekatkan seberapa yang banyak
keratan akhbar, keratan majalah, dan juga keratan berita online yang
menceritakan tentang amalan toleransi dalam masyarakat.
Murid-murid boleh Menyusun keratan itu mengikut kreativiti masing-masing.

4.0 Penutup
Untuk bahagian penutup, murid-murid boleh menulis apa yang telah dipelajari
semasa menghasilkan buku skrap ini.
NOTA BIMBINGAN PENULISAN DIARI

1. Murid-murid boleh menulis diari ringkas dalam buku latihan pendidikan moral.
2. Murid-murid menceritakan semula dengan menulis peristiwa amalan toleransi yang
murid telah lakukan sebelum ini.
3. Penulisan diari adalah bebas, murid boleh mengikut kreativiti masing-masing untuk
hiasan dan sebagainya.

Contoh:

BIL. TARIKH HARI PERISTIWA / KEJADIAN CATATAN


Saya membantu seorang wanita yang sarat Saya berasa
mengandung semasa berada di dalam bas dengan sangat gembira
1. 10/01/2021 Sabtu membenarkannya duduk tempat duduk saya kerana dapat
kerana bas itu sudah penuh dengan penumpang membantu
yang lain. perempuan itu.
2.

3.

Anda mungkin juga menyukai