Anda di halaman 1dari 2

Teknik Bercerita

1. 1. Topik 8 Teknik Bercerita


2. 2. Definisi • Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000), teknik adalah cara khusus yang
dicipta utk mencapai sesuatu objektif pengajaran. • DBP (1992), teknik bercerita
adalah menggunakan cerita utk mengajar sesuatu kepada kanak- kanak. • Teknik
bercerita dalam kelas pengajaran kanak- kanak sesuai kerana mereka gemar
mendengar cerita.
3. 3. Faedah Bercerita • Perkembangan kemahiran mendengar • Memperkaya
perbendaharaan kata • Meningkatkan kemahiran membaca • Meningkatkan kemahiran
bertutur dan menulis • Meningkatkan sensitiviti • Meningkatkan imaginasi •
Perkembangan sikap positif terhadap pembacaan • Bawa mereka ke dalam situasi
kehidupan sebenar.
4. 4. Teknik Bercerita 1. Bercerita menggunakan buku 2. Penggunaan boneka 3.
Penggunaan gambar bersiri 4. Penggunaan bahan maujud 5. Cerita berpandu 6.
Bercerita secara individu tanpa alat 7. Teater bercerita 8. Teka- teki
5. 5. 1) Bercerita Menggunakan Buku • Teknik mudah diaplikasikan kerana bahan/ teks
telah ada. • Faziah Sulaiman (1994), membaca buku cerita kepada kanak- kanak
penting kerana mereka belajar mengetahui makna, belajar mendengar dan bercakap. •
Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak (1999), bercerita kepada kanak2 dengan suara
yang kuat penting dalam perkembangan bahasa.
6. 6. Samb… Sesi bercerita menggunakan buku. • Pencerita bercerita dalam keadaan
duduk di atas kerusi yang difikirkan sesuai. • Pendengar duduk dalam keadaan selesa
pada jarak yang agak dekat dengan pencerita. • Sebelum bercerita, pencerita
menunjukkan buku dan membacakan judul buku kepada kanak- kanak.
7. 7. Samb… • Semasa bercerita, - pencerita pegang buku yang dihalakan kepada
pendengar. - pegang buku pada bahagian bawah supaya mudah membuka halaman
baru. - pencerita halakan jari telunjuk pada ayat yang dibaca. - kedudukan buku
seelok-eloknya berada pada sisi sebelah kiri pencerita.
8. 8. 2) Penggunaan boneka • Boneka adalah objek yang digeraklakonkan secara
sentuhan atau arahan oleh pemain utk menyampaikan mesej. • Sewaktu
menggerakkan boneka pemain menghidupkan watak menerusi dialog. • Kesan ke arah
komunikasi, idea kreatif dlm penciptaan cerita dan rangsang daya imaginasi.
9. 9. Samb… • Boneka digunakan sebagai alat bantu utk menyampaikan cerita dengan
berkesan. • Boneka terdiri daripada boneka sarung tangan, wayang kulit, jari, stokin. •
Pentas boneka terdiri daripada pentas kerusi, tingkap, meja, pintu.
10. 10. Samb… Dua teknik penyampaian bercerita boneka. 1)Pencerita
menggeraklakonkan boneka dan duduk di depan pendengar tanpa menggunakan
pentas. 2)Pencerita guna khidmat pembantu utk menggerakkan boneka di belakang
pentas.
11. 11. Samb… Kriteria penceritaan boneka. • Gerak lakon boneka disesuaikan dgn
dialog. • Boneka berkomunikasi dengan pendengar. • Kedudukan keluar masuk
boneka dengan jalan cerita. • Kesan bunyi dan muzik latar utk lebih menarik. •
Penyesuaian suara watak adalah bebas. • Penceritaan tidak terikat pada skrip, skrip
hanya garis panduan.
12. 12. 3) Penggunaan Gambar Bersiri • Merupakan cerita yang disampai menggunakan
siri gambar yang berturutan. • Setiap keping gambar, menonjolkan situasi penting
dalam cerita. • Bilangan gambar yang sesuai dengan jalan cerita, antara 3 hingga 6
keping. • Kanak- kanak boleh membuat interpretasi gambar2 dan buat gambaran apa
yang berlaku seterusnya.
13. 13. Samb… Teknik bercerita melalui gambar bersiri. • Pencerita tidak perlu
memandang atau membelek bahagian depan kad untuk melihat gambar. • Tulis siri
nombor berdasarkan jalan cerita yang akan disampaikan pada belakang kad. • Catat isi
cerita tentang senario gambar yang dipamerkan pada belakang kad bersiri.
14. 14. 4) Penggunaan Bahan Maujud • Bahan maujud atau bahan autentik adalah bahan
sebenar dalam kehidupan dan diubah suai untuk tujuan pendidikan. • Teknik ini beri
galakan kpd komunikasi kanak2 dan tingkatkan pengetahuan tentang objek.
15. 15. Samb… Teknik bercerita melalui bahan maujud • Sebelum bercerita, mulakan
perbualan berkaitan objek. • Pencerita menunjukkan objek kpd pendengar. • Objek di
bawa ke kelas atau pergi ke tempat objek. • Selitkan beberapa soalan bagi
mencetuskan idea kreatif.
16. 16. Samb… • Penerapan nilai murni melalui cerita. • Galakkan rangsangan deria
kanak- kanak - cth: dengar, lihat, sentuh, bau dan rasa melalui objek.
17. 17. 5) Cerita Berpandu • Teknik penceritaan dengan memberikan sebahagian cerita
pada awal atau akhir cerita. • Kanak- kanak digalakkan meramal permulaan atau
penyelesaian cerita. • Panduan bagi cerita berpandu perlu kreatif dan dapat
merangsang daya imaginasi kanak2 untuk melengkap dan menyelesaikan cerita.
18. 18. Samb… • Teknik yg membantu kanak2 untuk: - tingkatkan kemahiran mendengar
- menajamkan fikiran - berfikiran positif dan kreatif - mencerna imaginasi - menanam
sikap minat membaca.
19. 19. 6) Bercerita Secara Individu Tanpa Alat • Pencerita tidak menggunakan alat
semasa bercerita. • Kekuatan cerita diukur kepada kemahiran pencerita melalui: -
suara - mimik muka - ekspresi - gerak mata - pergerakan badan
20. 20. Samb… Teknik semasa penyampaian cerita • Wujudkan kesediaan kanak2 (soal
jawab atau penerangan tentang cerita) • Nyanyian lagu mudah & sesuai dengan cerita.
• Pencerita perlu eksploitasikan semua kemahiran yang ada.
21. 21. 7) Teater Bercerita • Menggabungkan seorang pencerita dgn beberapa orang
pelakon. • Ia lebih sesuai untuk kanak2 peringkat tinggi, tetapi ia boleh diubahsuai
dalam bentuk aktiviti main peranan/ pentomin. • Bertujuan melatih kanak- kanak
dalam: - kemahiran mendengar - memahami isi serta urutan cerita. - tingkatkan
kemahiran bahasa - kembangkan psikomotor
22. 22. Samb… Persediaan dalam teknik teater bercerita • Pastikan kanak2 telah tahu dan
dapat memahami jalan cerita. • Pilih tempat sesuai untuk akt. teater bercerita. •
Menentukan watak/ peranan kanak- kanak. • Bawa kanak2 ke tempat bercerita dan
tentukan kedudukan masing2.
23. 23. Samb… • Setelah bersedia, pencerita mula bercerita dan guru bimbing kanak2
lakonkan peranan masing2 • Semasa aktiviti, guru perlu kawal keluar masuk pelakon
supaya tidak mengganggu perjalanan cerita. • Nilai murni penceritaan teater bercerita:
- bekerjasama - bertolak ansur - disiplin
24. 24. 8) Teka- teki • Merupakan aktiviti mencari jawapan/ penyelesaian masalah. •
Teka- teki boleh disesuaikan dalam bentuk teknik bercerita untuk: - menguji
pemikiran kanak- kanak - tingkatkan pengamatan - menggalakkan kreativiti -
memberi keseronokan dan kepuasan • Merupakan teknik penceritaan yang bebas.

Anda mungkin juga menyukai