Anda di halaman 1dari 8

UGAS GURU BESAR

1. KEWANGAN DAN AKAUN;


1.1. Pendapatan;
1.1.1. Menyelenggarakan kutipan dan tabung kewangan sekolah.
1.1.2. Menyelenggarakan berbagai tuntutan dari kerajaan (Gaji, bantuan wang PCG dan lain-lain)
1.1.3. Menyelenggarakan pendapatan lain seperti sewa kantin, tanah dan lain-lain.
1.1.4. Berikhtiar untuk menambahkan kewangan SUWA.
1.1.5. Membuat angaran kemasukan/pendapatan wang sekolah.
1.2. Perbelanjaan dan Pembayaran;
1.2.1. Merancang dan menyediakan Angaran Perbelanjaan Tahunan.
1.2.2. Mengurus dan menyelenggara pembayaran dan perbelanjaan.
1.2.3. Menyelenggarakan tender-tender.
1.2.4. Mengurus hal-hal mengenai tuntutan pelbagai.
1.2.5. Mengurus pembayaran balik wang kerajaan dari potongan gaji atau lain-lain.
1.2.6. Mengurus pembayaran kepada KWSP dan lain-lain potongan gaji guru-guru dan kakitangan.
1.3. Perakunan;
1.3.1. Menyelenggarakan akaun sekolah ;
a) Buku tunai kerajaan.
b) Buku tunai SUWA.
c) Buku tunai runcit.
d) Rekod bil-bil, resit-resit, baucer-baucer dan lain-lain yang berkaitan.
1.3.2. Menyelenggarakan dokumen-dokumen yang berkaitan ;
a) Dokumen tambahan.
b) Dokumen yang menyokong (baucer, resit dan lain-lain).
1.3.3. Menyelenggarakan berbagai buku stok.
1.4. Cukai pendapatan;
1.4.1. Menyediakan satu penyata pendapatan guru-guru dan kakitangan dan
menghantar/melaporkan kepada JHDN.
1.4.2. Mengatur, menyusun bayaran cukai pendapatan kepada JHDN.
1.5. Pengauditan;
1.5.1. Menyediakan satu penyata akaun sekolah yang lengkap dan menghantarnya kepada pihak
Juru Audit Sekolah.
1.5.2. Menyiapkan laporan audit.

2. KAKITANGAN BUKAN GURU;


2.1. Kekosongan pekerja;
2.1.1. Mengesan, membuat keputusan dan memberitahu Jabatan Pendidikan Mengenai kekosongan
jawatan.
2.1.2. Menyusun Jadual Gantian sekiranya berlaku kekurangan kakitangan/pekerja.
2.2. Mengadakan sistem hubungan yang efektif;
2.2.1. Mengadakan mesyuarat/perjumpaan antara pihak pentadbir dengan bukan guru.
2.2.2. Menggerak dan menggalakkan perhubungan yang baik antara pekerja bukan guru.
2.2.3. Memberi galakan yang positif dalam perhubungan antara pihak pekerja dan guru dan lain-lain
pihak dalam organisasi sekolah.
2.2.4. Menyusun satu senarai tugas yang berkesan kepada kakitangan dan pekerja serta membuat
penyeliaan ke atas pekerjaan dan tugasan itu.
2.3. Mengurus/menylaraskan kerja kakitangan;
2.3.1. Menyediakan senarai tugas yang sempurna.
2.3.2. Memberi kepada pekerja baru mengenai senarai tugas kerja.
2.3.3. Mengadakan satu sistem yang teratur, termasuk menyimpan dan menyemak daftar
kedatangan harian.
2.3.4. Menyelia, meneliti dan menilai tugas-tugas kerja bukan guru.
2.3.5. Memberi nasihat dan peransang kea rah kerja yang berkesan.
2.3.6. Menyelesaikan masalah kerja.
2.3.7. Mengurus pertukaran tugas kerja.
2.3.8. Melibatkan kerja secara aktif dalam kegiatan upacara rasmi sekolah.
2.3.9. Menyimpan dan menyelengarakan rekod peribadi dan membuat laporan sulit.Mewujudkan
satu suasana ‘pasukan kerja’ yang bertanggungjawab.
2.4. Pengurusan Tindakan Tatatertib;
2.4.1. Menyelesaikan masalah kerja.
2.4.2. Menguatkuasakan tindakan tatatertib sekiranya ada mengikut perintah am.
2.4.3. Menentukan bahawa guru dan kakitangan membuat laporan harta.

3. GURU-GURU;
3.1. Perhubungan/komunikasi;
3.1.1. Mengadakan sistem perhubungan yang efektif antara pihak pentadbir dengan guru.
3.1.2. Mengadakan hubungan yang baik di kalangan guru-guru.
3.1.3. Mengadakan hubungan yang baik di antara guru dengan pihak-pihak dalam sekolah.
3.1.4. Mengadakan hubungan yang rapat di antara guru dengan pihak luar sekolah.
3.1.5. Mewujudkan satu ‘team’ yang bersemangat ‘kekitaan’ di kalangan guru-guru terhadap
meningkatkan kejayaan sekolah.
3.2. Kurikulum dan kokurikulum;
3.2.1. Mengajar tidak kurang daripada waktu yang ditetapkan.
3.2.2. Memadankan tugas kerja dengan minat dan kebolehan guru.
3.2.3. Mengagih beban tugas mengajar dan aktiviti kokurikulum.
3.2.4. Merancang dan menyediakan jadual waktu mata pelajaran (termasuk jadual guru ganti).
3.2.5. Merancang dan memajukan guru-guru untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap.
3.2.6. Merancang dan memajukan guru-guru dalam bidang akademik dan ikhtisas.
3.2.7. Menyelesaikan masalah kerja.
3.2.8. Memberi pimpinan fisiologi kepada guru-guru.
3.2.9. Mengembelingkan tenaga ke arah matlamat pendidikan yang sama dalam bidang bilik darjah
dan luar bilik darjah.
3.2.10. Menyelaras dan mengkaji rancangan-rancangan pengajian guru.
3.2.11. Menyemak buku rekod guru dan kerja harian.
3.2.12. Menggalakkan perkhidmatan guru lebih aktif dalam PIBG.
3.2.13. Membuat keputusan bagi perlantikan guru-guru dalam bidang-bidang tugas termasuk
pengawas-pengawas, guru kanan mata pelajaran, guru-guru rumah sukan, guru permainan,
setiausaha sukan, guru disiplin, guru kerjaya, setiausaha peperiksaan dan lain-lain.
3.2.14. Menubuh dan mengawas perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.
3.2.15. Mengambil tindakan tentang laporan-laporan rasmi (Lawatan Nazir, Penyelia Negeri, Pegawai
Kurikulum Negeri dan lain-lain) dan laporan-laporan panitia mata pelajaran yang munasabah.
3.2.16. Memberi bimbingan kepada guru-guru pelatih dan guru-guru sementara dengan kerjasama
guru-guru mata pelajaran.
3.2.17. Memberi panduan kepada guru-guru pelatih yang ditempatkan di sekolah kerana latihan
mengajar.
3.2.18. Melibatkan guru secara aktif dalam kegiatan upacara rasmi sekolah termasuk perhimpunan
mingguan.
3.3. Perjawatan dan perkhidmatan;
3.3.1. Memberi penerangan mengenal sekolah dan mengorientasikan guru baru.
3.3.2. Menguruskan penempatan dalam sekolah dan pertukaran guru.
3.3.3. Menyimpan, menyelenggara rekod-rekod peribadi guru serta membuat laporan sulit tahunan.
3.3.4. Mengurus hal-hal yang berhubung dengan perkhidmatan guru.
3.3.5. Menyiap dan menyempurnakan Rekod Prestasi setiap guru dan kakitangan.
3.4. Disiplin;
3.4.1. Mengadakan dan menentukan perlaksanaan peraturan-peraturan sekolah.
3.4.2. Menguatkuasakan pekeliling dari Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
3.4.3. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
3.5. Sosial ;
3.5.1. Memberi perhatian dari segi kesihatan, keselamatan dan kebajikan guru.
3.5.2. Menggalakkan kerjasama dan memupuk semangat kekitaan di kalangan guru-guru di
sekolahnya dan juga dengan rakan profession yang sama.
3.5.3. Menggalakkan kerjasama dengan ahli-ahli profession yang lain.
3.5.4. Mempastikan supaya hubungan dua hala sekolah/guru dan ibubapa/masyarakat sentiasa
berjalan dengan baik.
3.6. Peribadi ;
3.6.1. Menyelia, meneliti dan menilai sumbangan guru.
3.6.2. Menggalak dan memupukkan dayacipta guru.
3.6.3. Mengadakan corak kepimpinan yang sesuai terhadap guru-gurunya.
3.6.4. Memupuk nilai-nilai sosial dan moral di kalangan guru-gurunya.
3.6.5. Mempasti dan menentukan semua guru-guru dan kakitangan sentiasa ‘mantap’.

4. PROGRAM PENDIDIKAN ;
4.1. Kurikulum formal ;
4.1.1. Merancang dan menentukan perlaksanaan kurikulum sekolah berasaskan kepada Peraturan
Kursus Pengajian Sekolah.
a) Merancang dan menentukan pembinaan dan perlaksanaan jadual waktu induk guru dan kelas
dengan bantuan Guru Penolong Kanan.
b) Merancang, menentukan pembinaan dan pelaksanaan jadual waktu kokurikulum dengan bantuan
guru yang bertanggungjawab.
4.1.2. Menentukan jenis-jenis mata pelajaran pilihan.
4.1.3. Menentukan dan memajukan rancangan-rancangan pengajaran dan pembelajaran mengikut
kebolehan murid yang berbeza.
4.1.4. Meneliti dan menilai kerja murid ke arah hasil kerja yang sempurna.
4.1.5. Menggalakkan dayacipta serba segi di kalangan murid serta perkembangan naluri ingin tahu
mereka.
4.1.6. Mengajar mata pelajaran tertentu.
4.1.7. Menentukan jenis-jenis kokurikulum dan menggalakkan penglibatan murid seperti di dalam
persatuan, kelab dan unit beruniform di sekolah.
4.1.8. Mendampingi murid dalam kegiatan kokurikulum.
4.1.9. Mengurus dan menyelaras supaya berbagai rancangan pendidikan dilaksanakan dengan
sempurna.
4.1.10. Melibatkan murid secara aktif di dalam kegiatan-kegiatan dan pelajaran sekolah.
4.1.11. Menyediakan satu rancangan yang baik bagi murid-murid mendapat bacaan
tambahan.Mengedarkan pembahagian/pungutan buku teks sekolah.
4.2. Merancang dan menentukan pelaksanaan program penilaian dan bimbingan ;
4.2.1. Memberi penerangan mengenai sekolah kepada murid baru.
4.2.2. Merancang dan menyelaras proses penilaian murid melalui ujian dan peperiksaan serta
membuat keputusan untuk mengubahsuaikan program pendidikan.
4.2.3. Merancang satu jadual ujian semua peringkat dalam setahun.
4.2.4. Membuat laporan tahunan sekolah.
4.2.5. Merancang dan menentukan perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan nasihat.
4.2.6. Menilai kejayaan perkhidmatan bimbingan dan nasihat dengan kerjasama guru dan agensi
luar.
4.2.7. Membuat penerapan kepada semua guru.

5. PERKHIDMATAN PELAJARAN;
5.1. Membuat keputusan mengenai pemilihan dan perlantikan jawatan-jawatan yang
bertanggungjawab bagi pelajar-pelajar.
5.2. Mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru dan kakitangan.
5.3. Menolong guru-guru di dalam mengesan dan mengurus maslah pembelajaran murid.
5.3.1. Menentukan rancangan bagi tindakan-tindakan yang diambil terhadap murid-murid khas.
5.3.2. Mengadakan rancangan untuk menentukan dan menyelesaikan masalah kesihatan murid-
murid.
5.3.3. Menentukan supaya murid-murid dapat menggunakan kemudahan persekolahan di dalam dan
di luar bilik darjah (perpustakaan, bilik khas, TV, Radio dan lain-lain).
5.3.4. Menjauhkan murid-murid dari pengaruh yanag tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah,
penyelewengan dalam ugama, keruntuhan akhlak dan sebagainya.
5.3.5. Mengenalpasti murid yang terlibat.
5.3.6. Menyiasat puncanya dan mengambil tindakan dengan wajar dan berkesan.
5.3.7. Menyemak buku-buku rampaian dan kerja-kerja murid dan mengambil langkah sewajarnya
sekiranya terdapat perkara-perkara yang berbangkit.
5.4. Mengambil langkah keselamatan;
5.4.1. Menyediakan kemudahan dan latihan untuk menghadapi masa-masa kecemasan.
5.4.2. Menentukan kemudahan rawatan disediakan seperti bilik sakit (jika boleh diadakan), ubat-
ubat rawatan kecemasan untuk membawa murid ke hospital.
5.4.3. Memastikan ada kemudahan dan langkah-langkah keselamatan di makmal-makmal, bengkel-
bengkel kawasan sekolah dan di jalan raya serta menentukanmurid-murid mempunyai insuran (jika
dianggap perlu).
5.4.4. Mengambil langkah-langkah dan kalau perlu langkah keselamatan sewaktu banjir serta
kecemasan-kecemasan luar biasa yang lain.
5.5. Menentukan supaya murid-murid yang telah menamatkan persekolahan mendapat surat akuan
sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang perlu.
5.6. Menentukan supaya murid-murid yang sepatutnya menerima bantuan/ mendapat faedah
daripadanya; seperti SPBT, RMTS, Projek Susu Sekolah dan lain-lain rancangan bantuan kerajaan.
5.7. Membuat hapuskira ke atas barang-barang pejabat dan harta sekolah yang perlu dihapuskira.
5.8. Mengadakan peraturan dan tatatertib sekolah;
5.8.1. Merancang pelaksanaan dan menguatkuasakan tatatertib sekolah.
5.8.2. Menubuh badan disiplin sekolah.
5.8.3. Melantik satu badan pengawas sekolah terdiri daripada murid-murid dan guru-guru.
5.8.4. Memberi kepimpinan moral/akhlak kepada murid-murid.
5.9. Menentukan jadual waktu murid-murid diselengarakan mengikut peraturan tertentu.
5.10. Menyelidik tentang ketidakhadiran murid-murid dan kelewatan serta mencari jalan untuk
memperbaiki keadaan ini.
5.11. Mempastikan yang pendaftaran murid-murid dilakukan dengan sempurna.
5.12. Menyediakan borang pertukaran sekolah serta mengambil langkah yang positif bagi pertukaran
murid-murid.
5.13. Menentukan laporan-laporan kemajuan murid disediakan dengan wajar dan mempastikan
kemajuan itu sampai ke pengetahuan ibubapa/penjaga.
5.14. Mengerakkan koperasi sekolah dan menjadi penasihat/penaung kepada koperasi itu.
5.15. Mewujudkan satu suasana ‘berjimat cermat’ dalam menyimpan wang dan berhubung dengan
Bank Simpanan Nasional bagi kemudahan murid-murid menyimpan.
5.16. Mengadakan satu peraturan bagi mewujudkan satu ‘Budaya Sekolah’ yang akan menjadi
kebanggaan semua pihak.

6. PENGURUSAN PEJABAT;
6.1. Sistem merekod/memfail;
6.1.1. Menyelaras dan menyelenggarakan system memfail.
6.1.2. Menyimpan dan menyelenggarakan segala rekod-rekod peribadi individu dan institusi.
6.1.3. Menyimpan dan menyemak daftar kedatangan harian.
6.1.4. Menyimpan dan menyelenggarakan butiran kakitangan, buku stok, buku rekod kesihatan,
buku daftar masuk sekolah, buku hukuman, rekod kesihatan, buku perharian, buku melawat, buku
catatan perhimpunan, buku siaran guru dan lain-lain.
6.1.5. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod peribadi kakitangan serta membuat laporan sulit
tahunan, seperti pengesahan dalam jawatan, kemasukan dalam jawatan tetap dan berpencen,
kenaikan gaji dan sebagainya.
6.1.6. Menyimpan dan merekod lessen dan permit mengajar guru-guru dan mengurus dengan
jabatan sekiranya guru-guru tiada permit/lessen mengajar.
6.2. Perangkaan;
6.2.1. Merancang mengada serta mempaparkan perangkaan pendidikan yang berguna secara
sistematik.
6.2.2. Mengumpul, menganalisa dan menggunakan perangkaan pendidikan yang berulang.
6.2.3. Mengisi dan menyiapkan borang-borang perangkaan yang dikehendaki.
6.3. Perhubungan Dengan Jabatan;
6.3.1. Menentukan surat-surat rasmi mengikut peraturan am.
6.3.2. Meneliti penggunaan bahasa, cermat menaip dan sebagainya dalam urusan surat-menyurat
pejabat.
6.3.3. Mengadakan sistem yang licin untuk menerima dan mengedar surat.
6.3.4. Menentukan yang semua surat-surat dijawab betul dan secepat mungkin mengikut arahan
yang dikehendaki.
6.3.5. Menyediakan semua laporan yang dikehendaki oleh semua unit di Jabatan Pendidikan, Pejabat
Pendidikan Daerah, Majlis Sukan Sekolah-sekolah, Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan
Pendidikan dan lain-lain.
6.3.6. Menyediakan terbitan bulanan sekolah dan menghantarnya ke Jabatan dan PPD.
6.4. Perhubungan Dalam Sekolah;
6.4.1. Mengadakan, menggunakan dan mempaparkan papan kenyataan jadual waktu induk dan
jadual waktu kelas, papan hadiah pusingan dan trofi dan lain-lain sepertinya.
6.4.2. Mengadakan buku pelawat.
6.4.3. Mengadakan arahari/kenyataan yang sesuai pada tempat yang sesuai.
6.4.4. Mengada, menyelenggara dan menentukan kegunaan perkhidmatan telefon, sistem intercom,
papan kenyataan, siar raya dan alat pencetak dengan baiknya.
6.4.5. Menentukan supaya hubungan yang baik wujud di antara pihak sekolah dengan pihak luar
dalam hubungan harian.
6.4.6. Mengatur supaya pejabat dapat membantu Guru Besar dalam memberi penerangan mengenai
sekolah kepada semua kakitangan dan membantu memberi senarai jadual kerja.
6.4.7. Membantu dalam urusan penerbitan majalah, kertas soalan, laporan dan lain-lain penerbit.
6.4.8. Mengadakan bilik atau ruang tetamu, pejabat yang sesuai dan bilik kerja guru yang sesuai.
6.4.9. Mengadakan label tempat bertanya dan lain-lain yang sesuai untuk melayan tetamu atau
pelawat.
6.4.10. Mengada dan mempaparkan peta kedudukan sekolah dan keadaan persekitarannya.
6.4.11. Mengada dan memaparkan data peperiksaan dan lain-lain data.
6.5. Hal Ehwal Murid, Guru dan Kakitangan;
6.5.1. Merancang dan menentukan pelaksanaan calendar tahunan sekolah.
6.5.2. Menyelia, meneliti dan menilai sumbangan pekerja pejabat.
6.5.3. Mengurus semua hal pertukaran (murid dan kakitangan).
6.5.4. Mengambil perhatian mengenai guru bertugas.
6.6. Tatacara Pejabat ;
6.6.1. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan penugasan
kakitangan khasnya di pejabat.
6.6.2. Menentyukan perlaksanaan dengan tertib, tatacara pejabat, penerimaan dan penyempaian
pesanan, rekod surat menyurat dan segala peraturan yang berkaitan dengan ikhtisas dan
perjawatan.
6.6.3. Menggalakkan daya cipta/pembaharuan/innovatioan dan kecekapan dalam urusan pejabat.
6.6.4. Memberi nasihat jika perlu dan menggerakkan usaha-usaha kea rah kemajuan diri (self
improvement).
6.6.5. Menyusun tugas-tugas guru-guru penolong kanan.
6.7. Kelengkapan;
6.7.1. Menyusun bilik pejabat.
6.7.2. Mengada dan menyelenggarakan kelengkapan persekolahan seperti alat tulis, alat Bantu
mengajar dan perabot.
6.7.3. Mengadakan bilik kebal jika perlu.
6.7.4. Menyediakan tempat menyimpan cek-cek, baucer-baucer, rekod-rekod dan wang sekolah.

7. PERHUBUNGAN LUAR / MASYARAKAT;


7.1. Mengadakan dan memajukan sistem perhubungan yang efektif di antara sekolah dengan pihak
luar melalui berbagai-bagai cara perhubungan berkaitan dengan murid-murid tertentu, rancangan
calendar sekolah, biasiswa, tabung amanah dan sebagainya.
7.1.1. Menggalakkan dan memajukan murid, guru dan pekerja menghasilkan daya cipta mereka dan
mengadakan pameran pertunjukan/pertandingan serta pementasan di sekolah dan di luar sekolah.
7.1.2. Berusaha memungut derma/sumbangan dari pihak luar.
7.1.3. Menyelenggara RMT atau PSS.
7.1.4. Mendapat dan menggelolakan biasiswa, tabung amanah dan lain-lain sumbangan.
7.1.5. Menghubungi Jabatan, Pertubuhan dan lain-lain pihak luar yang boleh memberi sumbangan
dan bantuan kepada sekolah.
7.2. Menentukan, mempertimbang dan mengaturkan kemudahan-kemudahan sekolah untuk
digunakan oleh masyarakat luar.
7.3. Mewujudkan saluran bagi memaju dan menilai perkhidmatan panduan, bimbingan dan nasihat.
7.4. Mewujudkan perhubungan erat dengan pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan
tempatan dan memberi kerjasama kepada usaha-usaha yang boleh memberi faedah kepada murid-
murid dan masyarakat.
7.5. Menggerakkan penubuhan PIBG dan persatuan bekas pelajar serta bekerjasama memajukannya.
7.6. Menjadi setiausaha kepada Lembaga Pengurus Sekolah.
7.7. Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang baik antara sekolah-sekolah.
7.8. Mengadakan kerjasama dan perhubungan baik dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan
bahagian-bahagian berkenaan di Kementerian Pendidikan seperti Nazir sekolah serta mengambil
tindakan yang sewajarnya terhadap komen-komen atau cadangan-cadangan.
7.9. Melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat dengan etika perkhidmatan dan tatasusila perguruan
seperti bekerjasama dalam projek-projek masyarakat.
7.10. Merancang, mengurus dan melaksanakan hal-hal yang berhubung dengan perkhidmatan
masyarakat seperti mengadakan kerja gotong royong dan sebagainya sebagai sumbangan sekolah
kepada masyarakat.
7.11. Melayani sungutan-sungutan yang benar dari orang ramai dan mengambil tindakan yang wajar.
7.12. Merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang diadakan di sekolah seperti mengadakan
upacara rasmi di sekolah(Hari terbuka, Sukan tahunan, Hari guru, Hari kanak-kanak, minggu
kesihatan gigi, Minggu pengakap dan sebagainya).
7.13. Melantik jawatankuasa Bimbingan Pelajar dan menggerakkannya supaya berfungsi.

8. BANGUNAN;
8.1. Merancang dan menambahkan kemudahan-kemudahan yang terdapat di kompleks sekolah
seperti;
8.1.1. Bangunan dan kawasan, termasuk bekalan air dan api.
8.1.2. Alatan dan perabot di bilik-bilik bagi kemudahan seperti dalam bilik khas, bilik darjah, bilik
sumber, perpustakaan, makmal sains, bilik SPBT, bengkel-bengkel dan lain-lain.
8.1.3. Alatan dan perabot di bilik-bilik bagi kemudahan pentadbiran seperti pejabat, bilik pendua,
setor, bilik tetamu, bilik guru dan lain-lain.
8.1.4. Alat perabot bagi kemudahan murid-murid seperti bilik sakit, bilik pengawas, dewan makan,
dewan perhimpunan, kantin dan lain-lain.
8.1.5. Tempat menyimpan kenderaan seperti basikal, motosikal, kereta dan bas sekolah.
8.1.6. Rumah guru/pekerja, rumah pengakap/pandu puteri, surau dan lain-lain.
8.1.7. Alatan perabot dan gelanggang seperti sepak takraw, padang bola, bola tamper dan
sebagainya.
8.2. Merancang dan mengemukakan pembangunan sekolah kepada pihak atasan.
8.3. Mengada, menyelenggara, menyimpan, merekod dan menambah/membaharui alat tulis, fail
buku stok, buku rekod guru, buku kedatangan dan sebagainya.
8.4. Menggalakkan rasa milik dan seni terhadap bangunan kawasan sekolah menerusi usaha kreatif,
seperti mural di bangunan, taman bunga dan sebagainya.
8.5. Menggunakan daya usaha untuk memungut derma/sumbangan bagi mengadakan atau
memperbaiki kemudahan sekolah dengan menggunakan daya usaha PIBG.
8.6. Menentukan bahawa segala kemudahan yang ada digunakan dengan betul dan optima.
8.7. Menentukan bahawa langkah-langkah keselamatan dan kecemasan diambil seperti berikut;
8.7.1. Semua alat-alat kecemasan seperti pemadam api, peti pertolongan cemas, baldi air/pasir ada
dan mencukupi dan diperiksa dari masa ke semasa.
8.7.2. Bahawa keadaan bangunan, wayar eletrik, paip gas, mesin-mesin dan lain-lain diperiksa dari
masa ke semasa supaya selamat.
8.7.3. Bahawa bahan-bahan yang mudah terbakar dipastikan ianya disimpan di tempat yang selamat.
8.7.4. Peraturan-peraturan keselamatan dan kecemasan di dalam dan di luar bilik darjah diadakan
secara bertulis dan mempastikan segala peraturan dipatuhi.
8.8. Mempastikan bahawa bangunan dan kawasan sekolah tidak disalahgunakan seperti mana yang
tercatat di dalam; The Registered of School Ordinance 1950-School (Generel) Regulation 1951 ”
8.9. Memastikan keselamatan bangunan sekolah.
8.10. Memastikan kawasan sekolahnya cantik, bersih dan amalan Budaya Sekolah yang baik.

9. KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN CELIK 3M;


9.1. Menubuhkan jawatankuasa bagi mendapat kecemerlangan untuk murid-murid dalam kurikulum
dan kokurikulum serta sahsiah.
9.2. Menggunakan jawatankuasa itu dengan membuat berbagai-bagai rancangan dan tindakan yang
positif.
9.3. Mendapat bantuan dan sokongan ibubapa, PIBG dan masyarakat.
9.4. Menilai pencapaiannya setiap tahun.
9.5. Menubuh satu Jawatankuasa Celik 3M.
9.6. Mengerak dan memimpin jawatankuasa itu supaya berjalan dan berfungsi.
9.7. Menilai kejayaannya dari satu masa ke satu masa.
10. AM ;
10.1. Mengadakan perhubungan dengan berbagai pihak untuk kebaikan sekolah.
10.2. Membuat pengesahan ke atas berbagai salinan surat dan dokumen-dokumen penting.
10.3. Menjadi ahli jawatankuasa di peringkat pertubuhan, Jabatan, PPD, MSSS, PSKPPS, Kebudayaan,
Hari Guru dan lain-lain.
10.4. Menyertai berbagai-bagai aktiviti anjuran berbagai pihak bagi kepentingan sekolah.
10.5. Menjalankan tugas tanpa mengira masa dan ketika sama ada petang, malam, hari cuti am dan
lain-lain.
10.6. Semua tugas-tugas yang digariskan itu mempunyai implikasi dan risiko yang amat besar kepada
Guru Besar dan jawatannya. Sekiranya tidak dilaksanakan dengan rasa penuh tanggungjawab dan
bijaksana, semua pihak seperti Kerajaan, Kementerian, Jabatan, PPD, Ibubapa dan masyarakat
seluruhnya akan mempersoalkan Guru Besar sekolah. Kenapa dan mengapa dan berbagai-bagai
pertuduhan terhadap Guru Besar, bahkan dari segi Jabatan, tindakan tatatertib boleh dikenakan
kepada Guru Besar.

Anda mungkin juga menyukai