Anda di halaman 1dari 3

Dua tiga hari lepas ramai rakan saya yang menerima surat pelantikan menjadi pemimpin tertinggi

bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia mengisi kekosongan yang ada. Ada yang jadi Timbalan
Ketua Pengarah dan Pengarah Bahagian. Tahniah atas pelantikan tersebut. Berikut adalah beberapa tip
memimpin di tempat baru agar kepimpinan anda diterima, memberi kesan dan impak yang tinggi
kepada organisasi yang anda pimpin. Tulisan ini adalah ubahsuai daripada tulisan saya yang lepas dalam
blog.

1. Dapatkan serba sedikit maklumat tentang organisasi yang anda hendak pimpin sekurang-kurangnya
latar belakang, fungsi dan peranannya dalam masyarakat. Hal ini mustahak walaupun anda mungkin
telah biasa dengan organisasi yang anda hendak pimpin itu.

2. Jadikan diri anda sebagai sebahagian daripada warga organisasi yang anda pimpin. Terima semua
orang yang anda hendak pimpin seadanya. Elakkan tanggapan awal apatah lagi prejudis terhadap
subordinate sama ada yang anda dengar daripada dirinya sendiri apatah lagi daripada orang lain.
Contohi bagaimana Nabi Muhamad memimpin seperti ditulis oleh John Adair “The Leadership of
Muhammad” (2011).

3. Elakkan menyebut kelemahan atau kekurangan organisasi yang anda baru pimpin dan berjanji hendak
memperbaikinya. Walaupun mungkin memang ada kelemahan yang hendak anda perbaiki,
menyebutnya di hadapan subordinate anda yang baru atau yang lama tidak membawa apa-apa
keuntungan. Laksanakan sahaja perubahan yang hendak anda lakukan tanpa mempertikai usaha yang
telah dibuat pemimpin sebelum anda.

4. Elakkan seringkali menyebut pengalaman anda di tempat lama. Selain ianya selalu dianggap sensitif
oleh subordinate anda yang baru, apa yang berlaku di tempat lama dan baru adalah berbeza. Jika pun
perkara tersebut sama, nyatakan sahaja dasar dan peraturan yang sepatutnya dipatuhi.

5. Membawa orang kepercayaan anda di tempat lama ke tempat baru terutama dalam bilangan yang
ramai seringkali mengundang ketidakpercayaan di kalangan orang baru yang anda pimpin. Anda akan
dianggap tiada kekuatan membina kepimpinan di tempat baru.

6. Walau bagaimapun hebatnya kita dalam bidang yang kita ceburi dengan pengalaman luas berkaitan
tetapi baru dalam organisasi yang kita pimpin, pasti banyak perkara yang tidak diketahui. Oleh itu, lebih
baik anda ikut nasihat berikut untuk membina hubungan di tempat baru:
– Masuk ke dalam organisasi dengan setting yang baru dengan berhati-hati dengan langkah yang betul.
– Dengar dan belajar daripada orang yang telah lama di dalam organisasi itu.
– Libatkan diri dalam usaha mencari fakta, menyelesai masalah dan membuat keputusan secara
bersama.
– Berhati-hati (bukan tergopoh gapah) dalam membuat diagnosis ke atas sesuatu situasi.
– Ambil perhatian secara berkala (forthnightly) keprihatinan dan permasalahan orang bawahan.
– Enthusiastik, asli dan ikhlas apabila membuat perubahan.
– Dapatkan buy-in bagi apa sahaja pembetulan yang perlu anda lakukan.
– Bangunkan suatu perancangan rapi dan berkredibiliti tinggi sebarang penambahbaikan atau
pembetulan atau perubahan yang anda hendak lakukan, bukan secara adhoc.
7. Mengubah tingkalaku manusia tidak semudah menukar baju. Untuk mengubah tingkahlaku manusia
ubah situasi persekitaran kerjanya. Kemudahan tempat kerja, kebajikan dan hubungan sesama pekerja
membantu mengubah tingkahlaku ke arah yang lebih baik mengikut kehendak pemimpin.

8. Pelajari secara berterusan dengan amalan terbaik. Perhatikan ke dalam diri anda. Cari kekuatan yang
boleh dibangun dan diguna untuk manfaat semua.

9. Sikap anda tentang ‘melakukan kesilapan’ seharusnya berbeza sama sekali dengan sikap orang yang
telah ada mindset yang tetap atau negatif terhadap kesilapan. Baca John Baldoni atau Paul Speigelman.

10. Jika anda ingin menjadi pemimpin perubahan yang berkesan di tempat baru perhatikan 7 saranan
Fullan yang berikut:
– The effective change leader actively participates as a learner in helping the organization improve.
– Effective change leaders combine resolute moral purpose with impressive empathy
– Realized effectiveness is what motivates people to do more.
– Collaborative competition is the yin and yang of successful change. Collaborate and compete.
– Change leaders are more confident than the situation warrants but more humble than they look.
– Statistics are wonderful servant and an appalling master.
– Simplexity is salvation for an intricate world.

11. Semasa anda mengendali perbincangan dalam bentuk mesyuarat atau bengkel, elakkan tergesa-gesa
membuat keputusan tanpa memahami isu sebenar. Sebaliknya jangan mengambil masa terlalu lama
membuat keputusan apatah lagi tiada keputusan dibuat.

12. Jika keputusan telah dibuat oleh pemimpin terdahulu dalam mesyuarat, elakkan membuat
keputusan sebaliknya kecuali anda benar-benar memahami isu sebenar dan konsekuen keputusan yang
anda ambil.

13. Jika anda terperangkap di dalam perbezaan pendapat antara dua atau lebih orang yang anda
kendalikan perbincangannya dan anda perlu membuat keputusan sedangkan anda tidak pasti yang mana
paling tepat, elakkan memberi pandangan menyebelahi mana-mana pihak. Dengar dengan sabar dan
teliti lebih baik daripada bercakap tetapi salah. Setelah masing-masing habis bercakap, anda bebas
membuat keputusan tanpa menyebut anda menyebelahi mana-mana pihak.

14. Elakkan memperkecilkan kewibawaan dan kebolehan subordinate di hadapan mereka apatah lagi di
hadapan orang lain. Jika pun anda mendapati ada kelemahan dan kekurangan pada diri mereka,
mengajak mereka untuk memperbaiki dan meningkat kekuatan lebih baik daripada memperkecil apatah
lagi menghina.

15. Segala perkara yang berlaku di dalam organisasi anda, anda bertanggungjawab ke atasnya walaupun
anda baru dalam organisasi itu atau anda mungkin belum tahu mengenainya. Elakkan berkata “saya
tidak tahu perkara itu” sebaliknya “bantu saya menyelesaikan masalah”.
Semoga tulisan ini ada manfaatnya kepada pembaca terutama rakan-rakan yang baru menerima surat
pelantikan sebagai pemimpin di beberapa bahagian di KPM daripada KSN dua tiga hari lepas. Pastinya
tip-tip yang disenaraikan tidak bebas daripada kesilapan dan kekurangan jauh daripada kesempurnaan.

Anda mungkin juga menyukai