Anda di halaman 1dari 3

Seseorang majikan yang gagal mendapat sokongan dari bawahan menadakan

beberapa kelemahan dirinya dalam konteks kepimpinan. Begitu juga dengan


ibu bapa yang gagal berkomunikasi dengan anak dan menimbulkan jurang
perhubungan yang nyata. Jika masalah ini berterusan, maka hilanglah peranan
seseorang pemimpin dalam pasukan tersebut. Ini juga bermaksud , ahli
pasukan akan bertindak liar mengikut cita rasa sendiri. Ini akan mengkucar-
kacirkan organisasi pasukan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu difahami sebelum kita mencari ubat yang paling sesuai
dalam usaha menangani pekerja yang degil dan tidak mahu bekerjasama. Jika akal masalah tidak
dicabut, penyelesaian hanyalah bersifat sementara. Seseorang hendaklah bertanya, mengapakah
ini terjadi.

Secara amnya, terdapat enam sebab seseorang enggan mematuhi dan menghormati atasan.

Pertama : Bercakap tidak semacam buat

Imbas kembali apa yang anda perkatakan , adalah semua berlandaskan kebenaran yang
dijungjung setia oleh diri sendiri. Jika kita gagal melaksanakan apa yang kami tegur, kesan
percakapan bagaikan bayu yang tidak bermaya. Sebaliknya, jika diri sendiri percaya sepenuhnya
apa yang diperkatakan dan sanggup bertindak sepenuh hati, maka orang bawahan akan mula
memberi perhatian yang serius terhadap percakapan kami.

Kedua : Cadangan yang berat sebelah

Jika cadangan anda gagal memenuhi keperluan emosi pekerja, maka ego dirinya akan tercedera.
Biarpun betapa bernas dan hebatnya cadangan anda , seseorang tidak akan menerima dengan
rela. Keadaan ini berlaku kerana dirinya masih belum dapat menghayati makna disebalik
cadangan tersebut. Beliau merasa dirinya dianiayai dan di anak-tiri oleh majikan. Setiap
cadangan perlulah mempertimbangkan keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh orang
lain barulah cadangan anda mudah diterima.

Ketiga : Kenyataan yang tidak berlandaskan kebenaran

Jika sesuatu cadangan adalah tidak benar dan bercanggahan dengan budaya kecemelangan, maka
ahli pasukan tidak akan menghormatinya. Dalam hal ini, kemungkinan besar kaki-tangan anda
mempunyai idea dan cadangan yang lebih baik. Berikan ruang untuk mereka menyuarakan
pendapat dan idea mereka. Sesuatu idea yang bernas dan dapat dilaksanakan dengan berkesan
dalam sesebuah organisasi tidak semestinya sesuai dengan budaya dan sejarah organisasi lain.
Seseorang pemimpin hendaklah bijak membuat keputusan dan memberikan arahan yang sejajar
dengan keperluan sesebuah organisasi.

Keempat : Arahan yang tidak menentu

Setiap cadangan yang diusulkan sering mengalami perubahan dan pekerja merasa diri mereka
menjalankan sesuatu tindakan yang hanya mensia-siakan masa dan tenaga mereka. Merekarasa ,
apa yang dilakukan sekarang mungkin akan berubah. Kerja yang dibuat hendak diulang semula
dan apa yang dilaksanakan tidak mendapat sebarang penghargaan. Yang mereka rasa hanyalah
kekecewaan dan kesedihan. Ini ditambahkan lagi dengan arahan yang bersifat bercanggah antara
dua atau lebih ramai atasan yang mempunyai tertib dan sebab yang tersendiri.

Kelima : Gagal memahami masalah bawahan

Setiap orang mempunyai masalah yang tersendiri. Biarpun kita gagal menolong seseorang
menyelesaikan masalahnya, setidak-tidaknya kita dapat memberi kata-kata perangsang dan
menawarkan tekanan emosi yang menimpa dirinya. Sayangnya, seseorang pemimpin terus
menegur masalah yang telah terjadi dan tidak memberi timbang rasa dan simpati pada masalah
pekerja tersebut. Bila ini berlaku, pekerja berkenaan merasanya dirinya kasihan dan tidak
mendapat simpati dari atasan. Tidak ada seseorang pengikut yang mahu memberi kerjasama
kepada pemimpin yang hanya pentingkan perasaan diri sendiri dan gagal memahami perasaan
orang lain.

Keenam : Arahan yang tidak adil

Jika arahan hanya dikenakan pada kumpulan tertentu sahaja, maka wujudlah masalah tidak adil
dalam pasukan. Ini terjadi kerana wujudnya politik dalaman dan golongan tertentu mendapat
layanan yang lebih istimewa dari golongan lain. Sikap sedemikian akan merosakkan perpaduan
pasukan dan akhirnya menimbulkan perasaan tidak senang antara kaki-tangan.

Terdapat beberapa pendekatan yang didapati berkesan untuk mengatasi masalah kaki-tangan
yang degil dan tidak mahu bekerjasama.

1. Membawa mereka ke meja keadilan dan memberi peluang untuk meluahkan perasaan dan
pendapat masing-masing. Jika betulnya mereka berada pada pihak yang benar, pihak
atasan juga perlu menerima dan mengubah strategi yang diusulkan.
2. Membawa kaki-tangan menyaksikan sendiri betapa teruknya masalah dan beban yang
dipikul dan membolehkan mereka memahami dan prihatin dengan apa yang sedang
berlaku.
3. Memberi peluang kepada pekerja untuk menilai semua apa yang telah terjadi dalam
syarikat dan membandingkan dengan syarikat lain yang tidak dapat memberi layanan
sebaik anda.
4. Memberi pekerja sokongan emosi yang secukupnya bila mereka berhadapan dengan
tekanan dan masalah waktu melaksanakan tugas. Beritahu mereka betapa anda
mengambil berat dengan usaha dan pengorbanan mereka.
5. Mengenakan sikap hendak menolong mereka waktu berkokmunikasi dan bukan hendak
mengubah atau menyalahkan mereka. Beritahu mereka betapa anda mengambil berat
dengan masa depan dan cita-citanya.
6. Membuka saluran sampingan yang boleh dilaksanakan dan bandingan dengan cadangan
yang pertama. Ini akan membantu pekerja menilai sendiri cadangan yang dikemukakan
samada ia lojik dan baik.
7. Mencorakkan komunikasi terbuka. Gunakan tanda tanya, adakah anda setuju dengan apa
yang saya perkatakan tadi. Ini menukar suasana memaksa kepada suasana mencadang.
8. Mendirikan jiwa pasukan yang bersatu hati. Ahli yang sengaja hendak melawan akan
terpedaya untuk memperjuangkan kejayaan pasukan.

Kesimpulan

Usaha untuk menyatu-padukan perjuangan pasukan adalah suatu tugasan yang amat penting
kepada masa depan sesebuah organisasi. Bila pemimpin gagal mendapat sokongan bawahan dan
setiap apa yang diusulkan bagiakan angin di tepi telinga sahaja, maka keutuhan pasukan mula
dicabar. Bila ini berlaku, pasukan akan menjadi lemah. Setiap orang mula bertindak mengikut
perasaan dan kehendak masing-masing. Adalah penting sekali untuk memulihkan semula
kesetiaan dan kemuafakatan di bawah payung kepimpinan bagi menjaminkan kejayaan bersama.
Dengan erti kata lain, tidak ada sesiapa antara majikan dan pekerja yang lebih penting, masing-
masing perlulah tolong menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai