Anda di halaman 1dari 13

INSTUTUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BATU PAHAT, JOHOR

TAJUK TUGASAN :
PENULISAN AKADEMIK
(TUGASAN 2)

NAMA : SITI NURAZYYATI BINTI MAD ABAS

ANGKA GILIRAN : 2016292340062

OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM (SK)

AMBILAN : JUN 2016

KOD KURSUS : EDUP 3083

NAMA KURSUS : ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN


PROFESIONALISME

NAMA PENSYARAH : EN MOHD ROSMAN BIN SALUBIN

JABATAN : JABATAN ILMU PENDIDIKAN

TARIKH SERAHAN : 25 MAC 2020

TANDATANGAN :
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 ETIKA KEGURUAN


3
2.1 Etika Terhadap Pelajar
4
2 2.2 Etika Terhadap Ibu Bapa
5
2.3 Etika Terhadap Masyarakat dan Negara
6
2.4 Etika Terhadap Rakan Sejawat dan
Profesion Keguruan

3.0 BAGAIMANA KEAKURAN KEPADA KOD ETIKA


KEGURUAN DAPAT MENINGKATKAN
3 7
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
SEORANG GURU

4 4.0 PENUTUP 11

5 RUJUKAN 12

2
1.0 PENDAHULUAN
Etika adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang
yang diterima dan dipersetujui oleh sekumpulan masyarakat. Tingkah laku
yang dikatakan beretika adalah tingkah laku yang baik, mengandungi nilai-
nilai murni dan boleh menjamin kesempurnaan dan keharmonian hidup
individu dalam kumpulannya. Kod etika profesional adalah salah satu 'alat
kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam
mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika. Etika keguruan ialah satu set
tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,
pelajar, rakan sejawat, ibu bapa dan pelajar (Ahmad Esa dan Muhammad
Zaid Mustafa, 2010). Guru memainkan peranan yang amat penting dalam
membentuk watak, sahsiah dan moral pelajar. Oleh sebab itu, setiap guru
termasuk guru pelatih hendaklah menjalankan tugas tanpa melanggar etika
ini.

2.0 ETIKA KEGURUAN

2.1 Etika Terhadap Pelajar


Salah satu etika yang penting kepada guru adalah etika terhadap
pelajar. Antaranya termasuklah lebih mengutamakan kebajikan
pelajar daripada hal-hal lain, bersikap adil terhadap setiap pelajar
tanpa mengira pelbagai faktor serta menunjukkan contoh teladan
yang baik kepada pelajar. Seorang guru yang baik adalah yang
mengutamakan hal kebajikan pelajarnya berbanding hal-hal lain.
Sebagai contoh, jika seseorang pelajar datang kepada seorang guru
kerana ingin meminta bantuan dalam pembelajarannya sedangkan
pada ketika itu guru tersebut mempunyai tugasan yang perlu
dilaksanakan, guru itu harus mengutamakan pelajarnya. Di dalam
situasi yang lain jika terdapat pelajar yang bermasalah, guru
hendaklah menganalisis masalah tersebut serta menyelesaikan
secara berkesan (Ainuddin dan Mohd Isa, 2018), tanpa membuat
tuduhan atau kesimpulan secara melulu.

3
Selain daripada mengutamakan kebajikan pelajar, guru
perlulah bersikap adil dan saksama ke atas semua pelajarnya.
Sudah menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik anak bangsa
tanpa megambil kira faktor-faktor jasmani, emosi, politik, keturunan,
agama dan sebagainya. Semua kanak-kanak di Malaysia berhak
mendapat hak pendidikan yang sama. Misalnya, guru yang
berbangsa Melayu tidak boleh melebihkan pelajar berbangsa Melayu
sahaja tetapi beliau hendaklah mendidik anak bangsa yang lain
dengan sama rata.
Seterusnya, guru seharusnya menunjukkan teladan yang
baik. Hal ini kerana, segala tingkah laku guru sering dijadikan contoh
ikutan oleh pelajar-pelajarnya di sekolah. Bertutur dengan
menggunakan perkataan yang baik, berpakaian kemas, menepati
masa dan saling bantu-membantu antara satu sama lain antara nilai
murni yang boleh ditonjolkan dan dicontohi oleh para pelajar.

2.2 Etika Terhadap Ibu Bapa


Antara tanggungjawab guru terhadap ibu bapa adala guru perlu
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Hal ini boleh
diperolehi melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta aktiviti
kemasyarakatan yang lain yang diadakan di peringkat sekolah
seperti aktiviti gotong-royong, sambutan Hari Keluarga, Hari
Terbuka, Hari Anugerah Kecemerlangan dan sebagainya.
Seterusnya adalah memberikan maklumat pencapaian anak
kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka sendiri. Guru
hendaklah memberikan segala maklumat kepada ibu bapa seperti
keputusan peperiksaan, aktiviti kokurikulum dan segala yang
berkenaan dengan pelajar agar mereka mengetahui prestasi anak-
anak mereka di sekolah. Perbincangan antara guru dengan ibubapa
atau penjaga juga boleh dilakukan supaya sebarang kelemahan
pelajar dapat diatasi dengan baik.

4
Selain itu, segala maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai perihal rumah tangga atau mengenai anak mereka
dianggap sebagai sulit. Guru sebagai seorang pemegang amanah
dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu.
Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh
didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu boleh
memalukan dan mengaibkan pelajarnya. Guru tidak boleh
memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa kecuali mereka yang
berhak mengetahuinya dan orang yang berhak mengetahui hal-hal
yang berkaitan hanyalah pengetua sahaja.

2.3 Etika Terhadap Masyarakat dan Negara


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menggariskan
beberapa panduan tatasusila dalam Tatasusila Profesion Keguruan
Malaysia (2005) mengenai tanggungjawab guru terhadap
masyarakat. Antaranya adalah, guru hendaklah mengelakkan diri
daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Sebagai guru, ilmu
pengetahuan yang disampaikan mestilah benar, tepat serta
menepati sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh KPM.
Pengetahuan yang tidak benar, tidak sesuai serta menyimpang jauh
daripada prinsip-prinsip Rukun Negara terutamanya, adalah sangat
dilarang kerana ianya akan membawa keburukan kepada pelajar
dan masyarakat serta negara.
Selain itu, guru perlu memupuk sikap dan nilai murni dalam
diri setiap pelajar yang mana ianya boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna serta menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Seperti di sekolah,
kegiatan kokurikulum sangat membantu para pelajar dalam
memupuk sikap toleransi, semangat bekerjasama dan hormat-
menghormati antara satu sama lain. Contohnya, pelajar perlu

5
menghormati ketua atau pemimpin mereka dalam berpersatuan,
kelab, unit beruniform dan sebagainya.
Seterusnya, guru bertanggungjawab mendokong perkara
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
melaksanakan tanggungjawab tersebut sesuai dengan apa yang
digariskan dalam FPK. Hal ini sangat penting bagi melahirkan
warganegara Malaysia yang berpengetahuan luas serta berkualiti
dari segala aspek seperti yang terkandung dalam FPK. Guru juga
perlu sentiasa menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
Matlamat Pendidikan Negara seperti yang dinyatakan berlandaskan
kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

2.4 Etika Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan


Guru hendaklah menjaga profesion keguruan dan maruah sebagai
seorang guru dengan tidak membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru lain di
hadapan pelajar, ibu bapa mahupun masyarakat. Untuk mencapai
hasrat yang telah ditetapkan oleh KPM, gabungan tenaga, pemikiran
dan daya kreatif dari setiap warga kementerian sangat diperlukan.
Di samping itu, guru juga bertanggungjawab tidak melibatkan
diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kompeten seorang guru.
Guru hendaklah sentiasa meningkatkan profesionalisme masing-
masing. Guru dilarang terlibat dalam aktiviti seperti berniaga,
kegiatan politik dan seumpa dengannya yang boleh menjejaskan
kecekapan sebagai seorang guru.
Selain itu juga guru perlu berusaha menunaikan
tanggungjawab dengan sempurna dan bersungguh-sungguh supaya
peningkatan dalam semua aspek dapat dicapai. Di sini, guru
hendaklah menyediakan rancangan pengajaran yang teratur, objektif
pembelajaran yang jelas, mengambil kira pengetahuan sedia ada
pelajar dan langkah-langkah pengajaran disusun mengikut prinsip
dari mudah kepada kompleks.

6
3.0 BAGAIMANA KEAKURAN KEPADA KOD ETIKA KEGURUAN DAPAT
MENINGKATKAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME SEORANG
GURU
Guru merupakan insan penting dalam dunia pendidikan. Oleh sebab
itu, untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme seorang guru, guru
hendaklah menjadi suri teladan atau role model untuk anak didiknya bahkan
masyarakat juga (Alis Puteh, 2016). Role model bermaksud mempunyai budi
pekerti yang baik serta mempunyai sifat-sifat mahmudah. Guru mestilah
menunjukkan peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perwatakan yang baik
seperti menepati waktu, menunjukkan tatacara berpakaian yang betul, cara
bertutur dan tidak culas dalam menjalankan tanggungjawab. Ee Ah Meng
(1995) menjelaskan dalam keadaan biasa, guru lazimnya disanjung tinggi
oleh para pelajarnya. Ini adalah kerana guru adalah individu yang ideal,
berstatus dan berkelayakan. Justeru itu, tingkah laku guru akan sentiasa
dicontohi oleh pelajar-pelajarnya bahkan mampu menjadi sumber inspirasi
kepada pelajar di sekolah.
Dalam meningkatkan perkembangan profesionalisme seorang guru,
tugas guru bukan sekadar mengajar sesuatu subjek tetapi guru juga
berperanan mendidik para pelajarnya. Keperibadian dan akhlak adalah
aspek yang terpenting yang perlu dipersiapkan oleh guru terhadap pelajar-
pelajarnya supaya sesuai dengan kehendak masyarakat. Menurut Alis Puteh
(2018), jika hal ini dilaksanakan oleh guru, mereka bukan sahaja dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi juga manusia
yang akan mempunyai kehidupan yang sempurna. Seorang guru perlu
membentuk jiwa dan menerap nilai murni. Penerapan nilai murni dalam
kalangan pelajar akan lebih berkesan dan bermakna apabila ia dihayati dan
diamalkan oleh semua warga sekolah. Antara nilai murni yang boleh
ditonjolkan adalah dengan berusaha menepati waktu penjadualan yang telah
ditetapkan, bertutur dengan bahasa yang sesuai dan sebagainya. Profesion
perguruan merupakan satu profesion yang hebat kerana seorang guru
mampu membawa perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi emosi
dan tingkah laku dengan harapan pelajar mendapat ilmu pengetahuan,

7
kemahiran serta nilai untuk keperluan dunia dan akhirat dan kemudiannya
menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu pengetahuan.
Seterusnya, umum mengetahui guru yang berkualiti adalah guru yang
berdedikasi, bertanggungjawab dan sanggup berkorban dalam kerjayanya.
Proses pendidikan yang berkualiti pula merujuk kepada proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan iaitu apa yang diajar oleh guru dapat
diterima dan dihayati oleh pelajar secara keseluruhannya. Dapat kita lihat di
sini bahawa guru perlu mempunyai kemahiran, kebolehan, berketrampilan
serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas mereka agar
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan
kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut
Marina Maharoff (2014), sehubungan dengan kehendak tersebut, guru harus
mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Contohnya, para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan atau
Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus ini penting
bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan prestasi dalam profesion
pendidikan yang kian mencabar ini.
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah
kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan
guru, yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan
tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran
guru dan pembelajaran murid di sekolah. Guru perlulah meningkatkan
kemahiran berkomunikasi semasa berhubung dengan ibu bapa bahkan juga
pihak pengurusan sekolah. Sentiasalah berusaha untuk mewujudkan
hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga. Di samping itu, guru mestilah sentiasa menganggap
maklumat yang diberi oleh ibu bapa berkaitan hal rumah tangga mereka
sebagai sulit dan tidak membocorkan rahsia berkenaan kecuali kepada
orang yang berkenaan. Sekiranya diminta, guru akan memberikan maklumat
berkenaan pelajar kepada ibu bapa mereka. Elakkan daripada dipengaruhi
oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibu bapa pelajar dalam membuat

8
sebarang keputusan adalah perkara yang sepatutnya dilakukan yang dapat
meningkatkan perkembangan profesionalisme seorang guru tersebut.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggariskan beberapa
panduan tatasusila dalam Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia (2005)
mengenai tanggungjawab guru terhadap masyarakat. Guru perlu memupuk
sikap dan nilai murni dalam diri setiap pelajar yang mana ianya boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat
setia, bertanggungjawab dan berguna serta menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Hal ini sangat penting dalam
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Di
samping itu, guru perlu menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat
dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan
sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat. Sebagai contoh, guru perlu melibatkan diri dan tidak terkecuali
dalam majlis-majlis yang diadakan seperti Maulidur Rasul, Hari Keluarga dan
sebagainya. Perkara ini sangat penting bagi mewujudkan hubungan yang
baik dengan masyarakat setempat serta memperlihatkan kredibiliti guru serta
pandangan positif mereka terhadap guru (Solahuddin Abdul Hamid, 2018).
Guru juga perlu memainkan peranan dengan meningkatkan kecekapan dan
ketrampilan diri dalam perlaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat
serta menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan
masyarakat.
Selain itu, untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme
seorang guru, guru bertanggungjawab terhadap negara dengan mendokong
perkara yang terkandung dalam FPK serta melaksanakan tanggungjawab
yang telah digariskan dalam FPK. Guru juga perlu sentiasa menjalankan
tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara seperti yang
dinyatakan berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Dalam
usaha merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,
guru sememangnya memainkan peranan yang penting seperti mengajar
tentang amalan murni dan nilai patriotik di sekolah (Marina Maharoff, 2014)
atau menggabung jalin nilai-nilai murni ke dalam mata pelajaran teras. Guru
juga perlu mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang
boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara ataupun

9
yang bertentangan dengan Rukun Negara. Pengetahuan yang tidak benar
dan bercanggah dengan Rukun Negara adalah sangat dilarang kerana ia
akan membawa keburukan kepada pelajar, masyarakat serta negara.
Kod etika keguruan dapat meningkatkan perkembangan
profesionalisme seorang guru yang seterusnya adalah dengan menanamkan
sikap tanggungjwab seorang guru terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan. Seorang guru perlu mengelakkan diri daripada membuat
sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru
yang lain di hadapan pelajar, ibu bapa atau melakukan sesuatu yang boleh
menjatuhkan martabat seorang guru di mata masyarakat. Seorang guru tidak
boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang mampu menjejaskan
kecekapannya sebagai seorang guru seperti berniaga pada waktu
persekolahan. Guru perlulah sentiasa berusaha untuk menunaikan
tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh seiring dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial. Saling bantu-membantu rakan sejawat adalah
perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru yang lebih berpengalaman
terhadap seseorang yang baru menjadi guru seperti memberi nasihat atau
teguran jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan sebagainya (Habibah @
Artini, Ramlie, 2017). Di samping itu, guru hendaklah bersedia menjadi ahli
kepada sesebuah pertubuhan untuk memantapkan profesion dan
memartabatkannya seperti Yayasan Guru Malaysia Berhad.
Akhir sekali, guru perlu mempertingkatkan lagi kemahiran mereka
dalam menggunakan ICT untuk mengembangkan profesionalisme keguruan.
Seperti yang kita sedia maklum, kini dunia tanpa sempadan dan
perkembangan sains dan teknologi maklumat senantiasa mengalami
perubahan dari semasa ke semasa. Untuk mengekalkan ciri seorang guru
yang berkualiti, seseorang guru itu perlu berusaha dengan sentiasa
menerapkan elemen-elemen teknologi maklumat dan komunikasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, mencipta inovasi
digital berkaitan dengan topik pembelajaran dan melaksanakan kuiz online.
Usaha ini sekali gus membantu guru untuk sentiasa mengemaskini ilmu dan
kemahiran menggunakan komputer dan perisiannya. Penggunaan komputer
dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam
pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori-teori

10
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran
serta kemahiran dan latihan guru (Mok Soon Sang, 1996).

4.0 PENUTUP
Profesion keguruan merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan
sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik
tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Semua pihak
bertanggungjawab dan perlu berganding bahu untuk sama-sama
meningkatkan perkembangan profesionalisme guru di negara ini. Hal ini
penting untuk menjadikan mutu pendidikan di Malaysia ini mampu bersaing
dengan pendidikan di negara-negara maju.

11
RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah. (2007).
Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS.

Ahmad Esa dan Muhammad Zaid Mustafa. (2010). Kemahiran Insaniah; Kajian di
Institusi-institusi Pengajian. Batu Pahat, Johor: Penerbit UTHM.

Ainuddin dan Mohd Isa. (2018). Penaakulan moral, nilai profesional dan membuat
keputusan terhadap amalan etika akademik dalam kalangan pensyarah
Institut Pendidikan Guru. PhD. thesis, Universiti Utara Malaysia.

Alis Puteh. (2016). Model AKRAM: Model Etika Kerja Guru Malaysia. Universiti
Utara Malaysia. Retrieved March 22, 2020, from
https://www.researchgate.net/publication/314282515_Model_AKRAM_Mod
el_Etika_Kerja_Guru_Malaysia

Alis Puteh. (2018). Etika Kerja Dalam Profesion Perguruan di Malaysia: Cabaran
Dan Harapan. Retrieved March 20, 2020, from
https://www.academia.edu/29973075/Etika_Kerja_Dalam_Profesion_Pergu
ruan_di_Malaysia_Cabaran_Dan_Harapan

Habibah @ Artini, Ramlie (2017) Pembangunan model profesionalisme guru


Pendidikan Islam berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ / Habibah @ Artini binti
Ramlie. PhD. thesis. University of Malaya.

Marina Maharoff. (2014). Penerapan Kemahiran Insaniah dalam Kursus Wajib


Institusi Pendidikan Guru di Malaysia. PhD. thesis. Universiti Putra
Malaysia.

Mok Soon Sang. 1996. Pendidikan di Malaysia: Untuk Diploma Pengurusan (Edisi
Ke6). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Solahuddin Abdul Hamid. (2018). Pembentukan Personaliti Guru Agama Sebagai


Role Model dalam Masyarakat. Retrieved March 22, 2020, from
https://www.researchgate.net/publication/322618451_PEMBENTUKAN_PE
RSONALITI_GURU_AGAMA_SEBAGAI_ROLE_MODEL_DALAM_MASYA
RAKAT

12
Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia. (2005). Kementerian Pelajaran
Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai