Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERPISAHAN

Bismillahirrahmanirrahim…..alhamdulillah….
Assalamualaikum WBT dan salam seBANJAR sukses
Terima kasih kepada Saudara Pengacara majlis Cikgu Saifullah bin Saadon

Yang berusaha Cikgu Aida Binti Ghazali.. GB SK Bukit Banjar


Yang dihormati rakan GPK Cikgu Nor Azman Bin Salleh GPK Pentadbiran ,Cikgu
Zamri Bin Katiman GPK HEM dan Cikgu Hjh Norhanita Binti Mohamad GPK
Kokurikulum…
Yang berusaha Cikgu Asri bin Meon Pengerusi Kelab Kebajikan Bilik Guru
(KEBIRUS) SK Bukit Banjar serta ahli jawatankuasanya.
Rakan-rakan guru, Staf sokongan, hadirin dan hadirat yang saya kasihi sekalian

Alhamdulillah… syukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah izinnya dapat kita
sama-sama berkumpul di Selera Mak Ngah Muar ini dalam satu majlis Jasamu
Dikenang bagi meraikan saya yang telah pun berpindah ke SK Bukit Rahmat mulai
16 Ogos 2021 yang lalu. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada kelab Bilik Guru kerana telah berusaha untuk mengadakan majlis ini
walaupun kita masih berada dalam suasana pandemic covid19 . Moga usaha ini
diberkati dan hanya Allah jua yang akan membalasnya..insyaallah.

Tuan-tuan rakan guru dan hadirin yang saya hormati sekalian….

Sebenarnya dalam majlis pada hari ini saya tidak berniat untuk berucap Panjang
memandangkan sebelum ni pun kita telah mengadakan majlis yang sama cumanya
secara dalam talian bersama sekali dengan murid-murid pada waktu itu. Jadinya
Fokus kita dalam majlis hari ini adalah untuk menjamu selera je kan….lagi pun inilah
cara kita yang kita amalkan sejak dulu lagi untuk adakan sedikit jamuan bagi
meraikan rakan sekerja yang berpindah ataupun bersara. Moga tradisi ini dapat
diteruskan dari masa ke semasa bagi menjamin ikatan sillatur Rahim antara kita
agar terus terjalin. Insyaallah lepas ni boleh le plan plak family day yang masih
tertangguh untuk beberapa kali..jangan lupa pelawa saya.
Tuan puan hadirin yang saya hormati sekalian..

Tahun 2021 merupakan tahun yang ke 20 saya berkhidmat sebagai seorang guru.
Diam tak diam lama juga saya telah berkhidmat sebagai guru. Bermula di SK Durian
Chondong pada tahun 2001, kemudian berpindah ke SK bukit Banjar pada tahun
2013 dan sekarang 2021 di SK Bukit Rahmat. Sesunggunhnya perancangan Allah
itu adalah yang sebaik-baiknya…Masyaallah .saya hanya mampu merancang
namun Allah jua yang menentukannya. Tuan-tuan saya ni bukanlah dari kalangan
guru yang suka mengejar jawatan dalam perkhidmatan. Betul tak tipu…. sejak dari
awal lagi memang saya tidak pernah mengimpikan kedudukan seperti hari ini. Saya
lebih rela jadi guru biasa sahaja. Namun itulah ketentuannya. Saya redha dan saya
sentiasa positif…bagi saya setiap apa yang telah direncanakan itu adalah Amanah
dan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sebaiknya dan penuh keikhlasan.
Saya pun tak jangka boleh sampai ke tahap ini… Moga Allah sentiasa permudahkan
urusan saya insyallah.

Rakan-rakan guru serta hadirin sekalian…

Dikesempatan yang ada pada majlis hari ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada semua warga SK Bukit Banjar kerana telah memberikan
Kerjasama yang sangat baik sepanjang saya berkhidmat di SK Bukit Banjar. Terima
kasih kepada barisan pentadbir yang sentiasa tidak lokek berkongsi ilmu kepada
saya serta memberikan tunjuk ajar dalam mengurus tadbir organisasi. Begitu juga
dengan rakan rakan guru yang sentiasa komited dengan tugas yang di berikan oleh
saya sama ada secara langsung atau tidak langsung Ketika saya sebagai GPK
Kokurikulum mahupun GPK HEM terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Saya
juga tidak lupa kepada Staf dan pekerja swasta yang juga banyak membantu saya
serta memberikan Kerjasama yang baik dalam urusan di sekolah. Semoga segala
kebaikan yang kalian berikan kepada saya ni insyaallah Allah jua yang akan
membalasnya.

Tuan puan hadirin sekalian ..

Dalam pada kita berkata kadang kita berdusta


Dalam pada kita bergurau kadang kita mengguris
Dalam pada kita gembira kadang kita kecewa
Dan dalam pada kita marah kadang timbul pula rasa saying…begitulah kehidupan..
Jadi akhirnya saya ingin mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk Menyusun
10 jari pohon keampunan kepada semua andai kata kehadiran saya dalam keluarga
SKBB ada melakukan kesilapan, tersilap kata terlebih bicara, mengguris perasaan
dan melukakan hati kepada sesiapa maaf jua saya pinta. Sekiranya ada benda-
benda yang saya terambil atau termakan mohon sangat-sangat dihalalkan. Kalau-
kalau ada hutang yang mungkin saya terlupa untuk menjelaskannya tuntutlah pada
saya. Insyaallah saya doakan kita semua ni Allah kurnikan kesihatan yang baik,
rezekinya diperluaskan dan segala urusan dipermudahkan .

Sekian akhir kalam izinkan saya hadiahkan dua rangkap pantun… dengar ya

Madah diungakap santun bitara


Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati

Daun selasih permainan budak


Bunga melur berbau wangi
Bertaut kasih bercerai tidak
Panjang umur bertemu lagi

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai