Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Bahasa Melayu


Tahun 5 Hemah
Bilangan Murid 40 orang
Tarikh 9 Mei 2018
Hari Rabu
Masa (Minit) 10.00 hingga 11.00 pagi (60 minit)
Tema Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Tajuk Kebijaksanaan Tun Perak
Kemahiran Fokus Aspek Tatabahasa: ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah
Standard 5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.
Kandungan
Standard 5.3.2 Memahami dan membina ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah
Pembelajaran dengan menggunakan tanda baca yang betul dalam pelbagai situasi.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
Pembelajaran i. menyebut 3 ayat cakap ajuk dan 3 ayat cakap pindah dengan intonasi
dan sebutan betul berdasarkan petikan “Kebijaksanaan Tun Perak”.
ii. menukar dan menulis 3 ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah
dan 3 ayat cakap pindah kepada ayat cakap ajuk dengan tanda baca
yang betul berdasarkan petikan “Kebijaksanaan Tun Perak”.
Sistem Bahasa Tatabahasa: morfologi: kata ganti nama diri laras bahasa istana
Kosa kata: jamung, bakau
Sebutan dan intonasi
Pengisian Ilmu: Sejarah
Kurikulum Nilai Murni: hemah tinggi, kebijaksanaan
(Elemen Peraturan Sosiobudaya: laras bahasa istana
Merentas Teknologi Maklumat dan Komunikasi: belajar melalui TMK
Kurikulum) Kreativiti dan Inovasi: bercerita dengan pergerakan kreatif
Elemen Keusahawanan: EK 1: 1.14 Boleh membina jaringan sosial
Kepelbagaian Kecerdasan Pelbagai: verbal linguistik, kinestatik, interpersonal
Kaedah dan Kemahiran Berfikir: mengenal pasti, menganalisis, menilai
Teknik Kemahiran Belajar: bacaan luncuran dan imbasan, mengumpul dan
memproses maklumat
Pembelajaran Kontekstual: menghubung kait amalan kesantunan dalam
percakapan seharian
Pembelajaran Koperatif: belajar secara berkumpulan
Kepelbagaian Bil Perkara Jumlah
Sumber Bahan 1 Komputer riba dan projektor LCD 1
(KSB) 2 Persembahan slaid TMK 1
3 Kepingan gambar puzzle 9
4 Petikan teks 40
5 Lembaran kerja penilaian 40
6 Lembaran kerja penggayaan 6
7 Lembaran kerja pemulihan 8
Pengetahuan i. Murid sudah dapat memahami dan membina ayat dengan tanda baca
Sedia Ada (PSA) yang betul.

6
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa Pembelajaran
Set Menyusun suai rajah peta 1. Sembilan orang murid BBM:
Induksi zaman Kesultanan Melayu dipilih secara rawak dan -gambar puzzle
(5 minit) Melaka. diberi sekeping gambar -slaid gambar TMK
puzzle.
Melihat slaid gambar 2. Murid menyuaipadankan KB:
1. Singgahsana istana gambar puzzle tersebut -menganalisis
2. Parameswara dengan melekatkannya
3. Tun Perak pada papan putih. Teknik:
3. Murid meneka tempat -susun suai gambar
Soalan guru: yang ditunjukkan dalam puzzle
1. Di singgahsana istana puzzle tersebut. -soal jawab
ada siapa? 4. Murid melihat slide
2. Siapakah pengasas gambar-gambar yang KP:
negeri Melaka? menunjukkan suasana - interpersonal
3. Siapakah Tun Perak? zaman dahulu .
5. Guru bersoal jawab Nilai:
Jawapan jangkaan: dengan murid tentang -mengenang jasa
1. Sultan/ Raja, pembesar/ gambar tersebut. tokoh
menteri 6. Guru mengaitkan
2. Parameswara gambar-gambar tersebut
3. Bendahara Melaka dengan tajuk pelajaran.

Tajuk pelajaran:
Kebijaksanaan Tun Perak
Langkah Membaca petikan Aktiviti 1 BBM:
1 “Kebijaksanaan Tun Perak” 1. Setiap murid melakukan -petikan teks
(15 minit) melalui teater pembaca. bacaan luncuran terhadap -slaid TMK
Pada zaman dahulu, petikan diberi.
negeri Siam dan negeri 2. Murid dibahagi kepada Pendekatan:
Melaka saling bermusuhan. lima kumpulan dan setiap -koperatif
kumpulan diberi satu -elektif (induktif
Contoh soalan: perenggan yang berbeza. diikuti deduktif)
1. Siapakah diarah untuk 3. Kumpulan murid
mengetuai tentera Melaka? melakukan teater pembaca Teknik:
2. Mengapakah para mengikut perenggan -teater pembaca
pahlawan membawa ahli dengan sebutan dan -soal jawab
keluarga mereka bersama- intonasi betul berserta
sama untuk menentang gaya badan yang sesuai. BCB:
musuh? 4. Guru bersoal jawab -bacaan luncuran
dengan murid untuk -bacaan mekanis
Jawapan jangkaan: menguji pemahaman.
1. Tun Perak KP:
2. Para pahlawan akan -verbal linguistik
berjuang bersungguh- -kinestatik
sungguh untuk melindungi
ahli keluarga mereka.

7
KB:
Contoh ayat cakap ajuk: -mengenal pasti
1. “Ampun Tuanku, askar Aktiviti 2
Siam hendak menyerang 1. Murid membaca ayat Kreativiti dan
negeri kita. Apakah yang cakap ajuk (warna merah) Inovasi:
patut patik sekalian dengan sebutan dan -bercerita dengan
lakukan?” tanya seorang intonasi betul. pergerakan kreatif
hulubalang. 2. Murid membaca ayat
2. “Beta mesti cakap pindah (warna biru) Peraturan
mendapatkan negeri dengan sebutan dan Sosiobudaya:
Melaka,” titah Raja Siam. intonasi betul. -laras bahasa istana
3. Guru menerangkan
Contoh ayat cakap pindah: konsep ayat cakap ajuk Nilai:
1. Sultan memerintahkan dan ayat cakap pindah. -kebijaksanaan
semua rakyat Melaka untuk 4. Murid mengenal pasti
berjuang menentang Siam. dan menyebut ayat cakap EK 1: 1.14
2. Baginda memerintahkan ajuk dan ayat cakap
askar-askarnya untuk pindah (selain berwarna) Penilaian objektif (i)
melakukan serangan yang terdapat dalam
hendap pada waktu malam. petikan.

Konsep ayat cakap ajuk:


Percakapan yang ditulis
menggunakan tanda petik
“...” tanpa mengubah
maksud asalnya.

Konsep ayat cakap pindah:


Perbualan yang ditulis
menggunakan bahasa
sendiri tanpa mengubah
maksudnya.

Langkah Menukar ayat cakap ajuk *Murid dibahagikan kepada BBM:


2 kepada ayat cakap pindah: kumpulan A dan B. -petikan teks
(20 minit) 1. a) “Ampun Tuanku, askar -slaid TMK
Aktiviti 1
Siam hendak menyerang
1. Murid A membaca ayat
negeri kita. Apakah yang Pendekatan:
cakap ajuk manakala
patut patik sekalian -konstruktif
murid B membaca ayat
lakukan?” tanya seorang -elektif (induktif
yang ditukar (cakap
hulubalang. diikuti deduktif)
pindah) dengan sebutan
b) Seorang hulubalang
dan intonasi betul.
memberitahu baginda Teknik:
2. Murid menyebut
bahawa askar Siam hendak -penerangan
perbezaan yang terdapat
menyerang negeri mereka
antara dua bentuk ayat itu.
lalu bertanya tentang
3. Guru menerangkan
tindakan yang perlu BCB:
perkara yang perlu diberi
dilakukan oleh mereka. -bacaan mekanis

8
perhatian semasa menukar
ayat. KP:
Menukar ayat cakap pindah - verbal linguistik
kepada ayat cakap ajuk: Aktiviti 2
1. a) Sultan memerintahkan 1. Murid A membaca ayat KB:
semua rakyat Melaka untuk cakap pindah manakala -menganalisis
berjuang menentang Siam. murid B membaca ayat -menilai
yang ditukar (cakap ajuk)
b) “Semua rakyat Melaka
dengan sebutan dan
harus berjuang menentang intonasi betul. Peraturan
Siam,” perintah Sultan. 2. Murid menyebut Sosiobudaya:
perbezaan yang terdapat -laras bahasa istana
Perkara yang perlu diberi antara dua bentuk ayat itu.
perhatian semasa menukar 3. Guru menerangkan Nilai:
ayat: perkara yang perlu diberi -hemah tinggi
-kata ganti nama perhatian semasa menukar
-kata kerja ayat. Pembelajaran
-tanda baca Kontekstual:
Aktiviti 3 -menghubung kait
1. Murid menyalin contoh amalan kesantunan
ayat cakap ajuk dan ayat dalam percakapan
cakap pindah pada buku seharian
latihan.
Penilaian objektif (i)
dan (ii)

Langkah Penilaian: Aktiviti 1 Penilaian objektif (ii)


3 Menukar 3 ayat cakap ajuk 1. Murid menukar dan
(15 minit) kepada ayat cakap pindah menulis ayat cakap ajuk BBM:
dan menukar 3 ayat cakap dan ayat cakap pindah -lembaran kerja
pindah kepada ayat cakap pada lembaran kerja. penilaian
ajuk berdasarkan petikan 2. Guru dan murid -slaid TMK
“Kebijaksanaan Tun Perak”. membincang dan - lembaran kerja
menyemak jawapan penggayaan
bersama-sama. - lembaran kerja
3. Guru membetulkan ayat pemulihan
murid sekiranya terdapat
Penggayaan kesilapan. Teknik:
Menulis cerita pendek -perbincangan
berdasarkan situasi. Aktiviti 2 -permainan bahasa
Contoh situasi: di kantin 1. Secara berkumpulan,
Contoh jawapan: Su Li dan murid membincang dan Ciri PA21:
Anis berjalan menuju ke menulis cerita pendek berkomunikasi
kantin. “Kamu hendak menggunakan ayat cakap secara lisan dan
makan apa?” tanya Su Li. ajuk dan ayat cakap tulisan dengan
Anis memberitahu Su Li dia pindah berdasarkan situasi berkesan
hendak makan nasi goreng. yang diberi.
BCB:
Pemulihan: Aktiviti 3 -memproses

9
Mencari perkataan 1. Murid mencari maklumat
tersembunyi dan mengisi perkataan tersembunyi
tempat kosong pada ayat dalam jadual huruf. KP:
cakap ajuk dan ayat cakap 2. Murid menjawab 6 -verbal linguistik
pindah. soalan pada lembaran -interpersonal
pemulihan dengan mengisi
tempat kosong pada ayat KB:
menggunakan perkataan -menganalisis
yang dicari. -menilai
-mencipta

Pembelajaran
Kontekstual:
menghubung kait
amalan kesantunan
dalam percakapan
seharian

Penutup Kognitif: 1. Murid menerangkan KB:


(5 minit) Rumusan isi pelajaran konsep ayat cakap ajuk -merumus
- menerangkan konsep ayat dan ayat cakap pindah. -menilai
cakap ajuk dan ayat cakap 2. Murid menceritakan
pindah semula kisah Tun Perak KP:
- menceritakan semula secara ringkas. - verbal linguistik
kisah Tun Perak 3. Murid menyatakan -interpersonal
mesej atau pengajaran
Sosial yang diperoleh melalui Nilai:
-menyatakan sifat-sifat kisah tersebut. -menghargai jasa
terpuji dan pengajaran yang 4. Guru menggalakkan tokoh
diperoleh melalui kisah Tun murid bersopan santun -semangat patriotik
Perak dalam percakapan -hemah tinggi
seharian.

10
Kebijaksanaan Tun Perak

Pada zaman dahulu, negeri Siam dan negeri Melaka saling bermusuhan. Negeri Melaka
diperintah oleh Sultan Muzaffar Shah pada ketika itu. Pada suatu hari, baginda mendengar
khabar bahawa Siam hendak menyerang Melaka dari laut. “Ampun Tuanku, askar Siam
hendak menyerang negeri kita. Apakah yang patut patik sekalian lakukan?” tanya seorang
hulubalang. Sultan memerintahkan semua rakyat Melaka untuk berjuang menentang Siam.

Tun Perak sebagai Penghulu Kelang pada masa itu diarah untuk mengetuai tentera
Melaka. “Pahlawan sekalian, bawalah ahli keluarga tuan hamba bersama-sama untuk
menentang musah kita,” kata Tun Perak. Pengikut Tun Perak menanyakan tujuan membawa
bersama-sama ahli keluarga para pahlawan. “Dengan ini, para pahlawan akan berjuang
bersungguh-sungguh demi keselamatan ahli keluarga mereka,” balas Tun Perak. Maka,
para pengikut dan pahlawan pun membawa ahli keluarga mereka bersama-sama untuk
melawan askar Siam. Tindakan Tun Perak tersebut membawa kesan yang baik dan berjaya
mematahkan serangan Siam. Sultan Muzaffar Shah berasa sangat gembira. “Syabas Tun
Perak!” titah Sultan. Akhirnya, baginda bertitah untuk melantik Tun Perak sebagai
Bendahara Melaka atas kejayaan itu.

Di negeri Siam, Raja Siam berasa geram dan ingin membalas dendam atas
kekalahan mereka. “Beta mesti mendapatkan negeri Melaka,” titah Raja Siam. Baginda
memerintahkan askar-askarnya untuk melakukan serangan hendap pada waktu malam.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Tun Perak. “Wahai Tun Omar yang gagah berani,
pergilah tuan hamba ke laut sana dan menyerang kapal Siam,” kata Tun Perak. Maka, Tun
Omar pun mengemudi kapal perang seorang diri dan melanggar sampan kepunyaan tentera
Siam. Banyak sampan dan kapal Siam yang dilanggarnya tenggelam lalu menyebabkan
askar Siam berundur untuk sementara waktu.

Setelah matahari terbenam, Tun Perak mengarahkan pengikutnya untuk mengikat


jamung pada setiap pokok bakau di sepanjang pantai Melaka. “Nyalakan api pada jamung-
jamung tersebut,” pesan Tun Perak kepada pengikutnya. Tindakan ini telah mengelirukan
askar Siam yang tiba pada waktu malam. “Alamak, banyaknya tentera Melaka”, kata
seorang askar kecil kepada ketuanya. Setelah melihat keadaan tersebut, ketua askar Siam
menyuruh askar-askarnya untuk berundur sementara hari belum siang. Maka, tentera Siam
pun tidak berani menyerang Melaka lalu balik ke negerinya.

Akhirnya, negeri Melaka kembali aman dan tidak menghadapi serangan daripada
mana-mana pihak musuh buat masa yang panjang. Kesejahteraan Melaka dikekalkan atas
kebijaksanaan bendaharanya, Tun Perak.

11
Lembaran Kerja Penilaian

Bahagian A

Arahan: Tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

1. “Beta mesti mendapatkan negeri Melaka,” titah Raja Siam.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

2. “Wahai Tun Omar yang gagah berani, pergilah tuan hamba ke laut sana dan menyerang
kapal Siam,” kata Tun Perak.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

3. “Nyalakan api pada jamung-jamung tersebut,” pesan Tun Perak kepada pengikutnya.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Bahagian B

Arahan: Tukarkan ayat cakap pindah kepada ayat cakap ajuk.

1. Baginda memerintahkan askar-askarnya untuk melakukan serangan hendap pada waktu


malam.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

2. Tun Perak mengarahkan pengikutnya untuk mengikat jamung pada setiap pokok bakau di
sepanjang pantai Melaka.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

3. Ketua askar Siam menyuruh askar-askarnya untuk berundur sementara hari belum siang.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

12
Lembaran Kerja Penggayaan

Arahan: Secara berkumpulan, telitikan suasana dalam gambar di bawah. Pilih satu situasi
dan membina satu cerita pendek yang mengandungi ayat cakap ajuk dan ayat cakap
pindah.

1. Situasi di kantin. 2. Situasi di taman.

2. Situasi di dapur. 4. Situasi di ruang tamu.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

13
Lembaran Kerja Pemulihan

Arahan: Cari dan bulatkan perkataan tersembunyi di dalam jadual huruf. Kemudian, isi
tempat kosong pada ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah menggunakan perkataan
tersebut.

menyuruh beta menyerang hamba

terkejut memerintah tuanku

bendahara berundur pahlawan

b e n d a h a r a
e n m h a m b a j
t t b m y e b h y
a e p e r m e t p
j t h n w e r u a
m e n y u r u h h
o r s e l i n d l
s k c r i n d w a
a e d a i t u l w
b j r n m a r a a
p u j g l h p m n
t t u a n k u k r

1. “__________ melantik Tun Perak sebagai __________ Melaka atas kebijaksanaan dan
kejayaannya mengalahkan Siam,” titah Sultan Muzzafar Shah.

2. Tun Perak __________ pengikut dan __________ membawa ahli keluarga bersama-
sama supaya mereka berjuang bersungguh-sungguh menentang askar Siam.

3. “Junjung kasih __________,” sembah Tun Perak.

4. Raja Siam __________ askar-askar untuk menyerang Melaka pada waktu malam.

5. “__________ akan keluar ke laut seorang diri untuk __________ kapal dan sampan
Siam,” kata Tun Omar.

6. Askar Siam berasa __________ dengan bilangan tentera Melaka yang amat banyak lalu
__________ pulang ke negeri Siam.

14
Jawapan cadangan bagi lembaran kerja penilaian:

Bahagian A

1. Raja Siam bertekad hendak mendapatkan negeri Melaka.

2. Tun Perak meminta Tun Omar yang berani untuk turun ke laut lalu menyerang kapal
Siam.

3. Tun Perak memesan pengikutnya untuk menyalakan api pada jamung-jamung tersebut.

Bahagian B

1. “Askar-askar beta, lakukan serangan hendap pada waktu malam,” perintah baginda.

2. “Ikat jamung pada setiap pokok bakau di sepanjang pantai Melaka,” kata Tun Perak.

3. “Mari kita berundur sementara hari belum siang,” kata ketua askar Siam.

Jawapan bagi lembaran kerja pemulihan:

1. Beta, bendahara

2. menyuruh, pahlawan

3. tuanku

4. memerintah

5. hamba, menyerang

6. terkejut, berundur

15

Anda mungkin juga menyukai