Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM KARNIVAL KOKURIKULUM 2020

Pada 22 Februari 2020, SK Kampong Bahagia (SKKB) telah


mengadakan Program Karnival Kokurikulum 2020 atau dikenali juga
sebagai Hari Kantin. Program ini diadakan di Dataran Arena serta di
kawasan parkir kenderaan. Tujuan Program Karnival Kokurikulum ini
diadakan adalah untuk memberikan pengalaman baharu di samping
untuk mendidik murid-murid belajar berniaga.

Pada pukul 8:00 pagi, Program Karnival Kokurikulum 2020


bermula. Banyak ibu bapa dan penjaga sudah berada di tapak Karnival
Kokurikulum untuk mencatatkan kehadiran serta menunggu upacara
perasmian. Sebanyak 25 buah gerai mini yang mengambil bahagian,
gerai-gerai ini terletak di dataran arena dan selebihnya di tempat
parkir kenderaan guru dan kakitangan sekolah.

Tepat pada pukul 8:30 pagi, Yang Berusaha Tuan Guru Besar
SKKB menyampaikan ucapan alu-aluan sempena pelancaran Karnival
Kokurikulum SKKB 2020. Lima belas minit selepas itu, Yang Dipertua
PIBG SKKB, Yang Dihormati Encik Rosli bin Deraman pula
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Karnival Kokurikulum
SKKB 2020.

Sejam masa berlalu, pada pukul 9:00 pagi sebaik sahaja karnival
dilancarkan para peniaga memulakan jualan. Mereka menjual makanan,
lauk-pauk, kuih-muih, minuman, buku-buku dan alat tulis, barang
perhiasan serta barangan kraf tangan. Semua barangan dijual dengan
harga yang berpatutan dan ada peniaga yang memberikan potongan
harga istimewa kepada para pelanggan.

Semua gerai dipenuhi pengunjung yang ingin membeli barangan


yang mereka hajati. Ada antara pengunjung yang rambang mata
hendak memilih lauk-pauk, kuih-muih dan makanan yang dijual kerana
semuanya mempunyai daya penarik dan cita rasa serta menu yang
istimewa. Cabutan nama pengunjung bertuah menambah kemeriahan
suasana Karnival Kokurikulum pada tahun ini.
Pada pukul 12:00 tengah hari, semua barang habis terjual.
Jumlah kutipan dana yang diperoleh telah melebihi daripada yang
disasarkan. Kami berharap Karnival Kokurikulum seperti ini akan
diadakan lagi pada tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh, 27 FEBRUARI


2020.

Hani Azreeta
(HANI AZREETA BINTI MAHADI)
Setiausaha Karnival Kokurikulum 2020,
Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia,
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai