Anda di halaman 1dari 1

TEKS DOA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN

Oleh : Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff

Segala puji-pujian selayaknya bagiMu, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan
Salam keatas junjungan kekasih Baginda Rasulullah (SAW), ahli keluarga dan para sahabat.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu keampunan diatas segala kesilapan yang telah kami
lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ampunkan kedua ibu bapa kami, guru-
guru kami, para pemimpin umat islam dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Kami dengan penuh rasa rendah diri memohon agar Engkau kurniakanlah kepada kami
keberkatan majlis ilmu, kebaikan dan kesejahteraan sempena Majlis Pelancaran Program
Ihya Ramadan Peringkat Sekolah Menengah Pendeta Za’ba.

Ya Allah, jadikanlah Ramadan tahun ini tempat kami berlumba-lumba dalam melakukan
kebaikan dan diampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan dan jangan biarkan
Ramadan berlalu dalam keadann kami tidak mendapat apa-apa kebaikan darinya, maka telah
rugi lah kami semua Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami adalah pertemuan yang dirahmatiMu dan perpisahan
kami adalah perpisahan dalam kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai