Anda di halaman 1dari 4

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKAN NAJIS

Pembahagian najis

Najis terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Najis Mukhaffafah (ringan), Najis


Mutawassitah (sederhana) dan Najis Mughallazah (berat).

 Najis Mughallazah ialah anjing dan babi serta apa daripadanya.


 Najis Mukhaffafah merupakan air kencing bayi lelaki yang hanya minum susu
ibunya sahaja dan berumur tidak lebih daripada dua tahun.
 Najis Mutawassitah pula adalah selain daripada kedua-dua jenis najis di atas.
Najis Mutawassitah adalah seperti air kencing, najis haiwan dan darah.

(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/40-41)

Cara membersihkan Najis Mutawassitah

Mengenai najis Mutawassitah Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff ada menyatakan bahawa


ia terbahagi kepada dua kategori iaitu hukmiyyah (‫)حكمية‬ dan ‘ainiyyah (
‫)عينية‬. Hukmiyyah ialah yang tidak kelihatan najisnya secara jelas kerana tiada tanda-
tanda seperti bau,rasa dan juga warna. Cara membersihkannya adalah cukup sekadar
mengalirkan air pada tempat yang terkena najis tersebut. Manakala ‘ainiyyah pula
ialah  najis yang kelihatan dan ada sifat-sifatnya sama ada bau atau rasa atau warna.
Cara membersihkannya ialah dengan air sehingga hilang semua sifat-sifat tersebut
(bau, rasa dan warna). Sekiranya najis tersebut dapat dihilangkan bersama sifat-
sifatnya dengan sekali basuhan sahaja, ia sudah mencukupi. Akan tetapi sunat untuk
dia membasuhnya pada kali kedua dan ketiga.

Begitu juga, sekiranya najis itu tidak dapat dihilangkan dengan sekali basuhan, maka
wajib membasuhnya kali kedua. Dan sekiranya masih belum lagi hilang, wajib
membasuhnya buat kali ketiga. Sekiranya najis itu masih belum lagi dapat dihilangkan
sifat-sifatnya dengan tiga kali basuhan bersama bahan bantuan seperti sabun dan lain-
lain, maka keadaan ini dinamakan sebagai keadaan yang susah (‫)حالة التعسر‬.

(Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 135)

Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari menyebutkan bahawa contoh najis hukmiyyah adalah


seperti air kencing yang telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau sifat-
sifatnya. Maka, cara membersihkannya, cukup dengan hanya mengalirkan air padanya
sekali. Adapun ‘ainiyyah, maka wajib dihilangkan sifat-sifatnya yang terdiri daripada
bau, rasa dan warna, melainkan ada kesukaran bagi menghilangkan salah satu antara
dua sifat iaitu sama ada warna atau bau. Maka, dalam hal ini tidak wajib
menghilangkannya, bahkan ia telah pun dikira sebagai suci. Akan tetapi, sekiranya
terhimpun kedua-duanya sekali (bau dan warna) pada tempat tersebut, maka wajib
untuk dihilangkan kedua-dua sifat tersebut kerana ia adalah merupakan bukti yang kuat
bahawa ‘ain najis itu masih ada sepertimana ciri atau sifat yang ditunjukkan oleh rasa.
(Lihat Fath al-Wahhab, 1/25 dan Kasyifah al-Saja, hlm. 182-184)

Begitu juga, belum lagi dikira suci (masih najis), jika masih ada sifat najis daripada segi
rasa kerana kebiasaannya ia mudah untuk dihilangkan. Oleh itu, sekiranya masih
berbaki sifat rasa, maka wajib untuk dihilangkan sekalipun dengan mengikis atau
menggosok sebanyak 3 kali. Cara mengikis adalah dengan mengikis tempat terkena
najis itu menggunakan batu atau lain-lain, manakala menggosok pula adalah dengan
menggunakan jari jemari dengan gosokan yang kuat dan kemudian menjiruskan air ke
atasnya sehingga hilang ‘ain dan kesan najis itu. Selain itu, tidak disyaratkan
menggunakan bahan bantuan seperti sabun dan usynan (sejenis pokok) bagi
menghilangkan najis melainkan setelah terhimpun baud an warna sekali atau hanya
daripada segi rasa sahaja. Maka, dalam situasi ini wajib menggunakan bahan bantuan
tersebut. (Lihat Kasyifah al-Saja, 182-183)

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff telah meringkaskan berkenaan hukum bagi keadaan
susah (‫ )حالة التعسر‬kepada dua, iaitu :

 Sekiranya hanya tinggal bau sahaja atau warna sahaja, hukumnya adalah dikira
sebagai suci.
 Sekiranya yang tinggal adalah bau dan warna atau hanya rasa sahaja, maka
wajib membasuhnya bersama bahan bantuan seperti sabun sehingga hilang
sifat-sifat tersebut.

Akan tetapi, sekiranya orang yang berkepakaran (Ahl al-Khibrah) menyatakan najis
tersebut, tidak akan dapat dihilangkan melainkan hanya dengan memotongnya
(membuangnya), maka dinamakan bagi keadaan atau situasi ini sebagai situasi yang
ada keuzuran (‫)حالة التعذر‬. Hukumnya, ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan dan
sah solat dengannya. Walau bagaimanapun, jika dia mampu untuk menghilangkannya
pada masa akan datang, wajib untuk dia menghilangkannya.

(Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 136)

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada persoalan di atas, setelah diteliti dalil-dalil serta pandangan para
ulama, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara :

 Sekiranya air kencing yang terdapat di atas tilam telah kering serta tidak
dilihat padanya kesan atau sifat-sifatnya, maka bagi mensucikannya cukup
dengan hanya mengalirkan air padanya. Dan sekiranya kuantiti air sedikit,
hendaklah air yang dilalukan ke atas najis dan bukan sebaliknya sepertimana
yang telah dijelaskan oleh  Syeikh Ibrahim al-Baijuri di dalam hasyiahnya.
(Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim Baijuri, 1/199)
 Akan tetapi, jika air kencing tersebut meninggalkan ‘ain atau sifat-sifatnya, maka
terlebih dahulu hendaklah dihilangkan ‘ain dan sifat-sifatnya.
 Kami syorkan lap dan pindahkan air kencing yang bertakung di atas tilam
semampu mungkin dengan menggunakan kain atau span atau wet/dry
vacuum sehingga tidak ada lagi yang berbaki melainkan sedikit lembap yang
tidak boleh dipisahkan (dielakkan) sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh
Nawawi al-Bantani. (Lihat Kasyifah al-Saja, hlm. 181) Kemudian, barulah
dialirkan air di atasnya. Sekiranya air basuhan tersebut tidak dapat mengalir,
hendaklah ia juga dipindahkan atau dikeringkan semampu mungkin, dengan
menggunakan kain atau span atau seumpamanya. Sekiranya masih berbaki
warna atau bau sahaja, tidak mengapa dan ia dikira telah suci.
 Akan tetapi, sekiranya masih berbaki warna dan bau sekali atau semata-mata
rasa sahaja, hendaklah ia dihilangkan semampu mungkin dengan menggunakan
bahan bantuan seperti sabun atau seumpamanya atau dengan menggosoknya
sekuat mungkin sehinggalah sifat-sifat yang berbaki tersebut hilang. Sekiranya
masih lagi tidak dapat dihilangkan ia termasuk dalam perkara yang
dimaafkan serta sah solat di atasnya.
 Manakala apa-apa air yang mungkin terserap di dalam tilam semasa proses
pembersihan adalah tidak mengapa. Basuhan di bahagian luar sahaja telah
cukup. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi telah menukilkan pendapat Imam Syafie
bahawa :

‫ت ُكلَّ َها إ َّن َما‬


ِ ‫ارا‬ َّ َّ‫ت أِل َن‬
َ ‫الط َه‬ ْ َ‫صبَّ َعلَ ْي َها ُس ًّما أَ ْو َغ َسلَ َها فِي ِه َف َش ِر َب ْت ُه ُث َّم ُغسِ ل‬
ْ ‫ت ِب ْال َما ِء َطه َُر‬ َ ‫لو أحمى حديد ُث َّم‬
ِ‫ْس َعلَى اأْل َجْ َواف‬ َ ‫ت َعلَى َما َي ْظ َه ُر فِي ِه لَي‬ ْ َ‫ُج ِعل‬

Maksudnya : “Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut


disiram dengan racun (najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, racun tersebut
telah meresap masuk ke dalam besi tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan
air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu adalah berdasarkan apa yang
zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak
nampak). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/600) 

Anda mungkin juga menyukai