Anda di halaman 1dari 4

embahagian najis

Najis terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Najis Mukhaffafah (ringan), Najis Mutawassitah (sederhana)
dan Najis Mughallazah (berat).

Najis Mughallazah ialah anjing dan babi serta apa daripadanya.

Najis Mukhaffafah merupakan air kencing bayi lelaki yang hanya minum susu ibunya sahaja dan berumur
tidak lebih daripada dua tahun.

Najis Mutawassitah pula adalah selain daripada kedua-dua jenis najis di atas. Najis Mutawassitah adalah
seperti air kencing, najis haiwan dan darah.

(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/40-41)

Cara membersihkan Najis Mutawassitah

Sebelum itu, kita mesti ketahui bahawa setiap jenis najis tersebut berbeza cara membersihkannya.
Mengenai cara membersihkan najis Mukhaffafah, kami telah membahaskannya secara panjang lebar di
dalam artikel kami :

Irsyad al-Fatwa Siri ke-348 : Bayi Lelaki Yang Diberi Makan Ubat, Adakah Air Kencingnya Masih
Mukhaffafah Dan Bagaimana Cara Membersihkannya?[1]

Manakala najis Mughallazah hendaklah dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan salah satunya adalah
dengan air yang bercampur tanah. Bagi mendapatkan perbahasan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah
merujuk kepada artikel kami di dalam :

Irsyad al-Fatwa Siri ke-176 : Jenis dan Kaedah Tanah Samak.[2]

Irsyad al-Fatwa Siri ke-221: Hukum Sertu Munggunakan Sabun Taharah.[3]

Mengenai najis Mutawassitah Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff ada menyatakan bahawa ia terbahagi
kepada dua kategori iaitu hukmiyyah (‫ )حكمية‬dan ‘ainiyyah (‫)عينية‬. Hukmiyyah ialah yang tidak kelihatan
najisnya secara jelas kerana tiada tanda-tanda seperti bau,rasa dan juga warna. Cara membersihkannya
adalah cukup sekadar mengalirkan air pada tempat yang terkena najis tersebut. Manakala ‘ainiyyah pula
ialah najis yang kelihatan dan ada sifat-sifatnya sama ada bau atau rasa atau warna. Cara
membersihkannya ialah dengan air sehingga hilang semua sifat-sifat tersebut (bau, rasa dan warna).
Sekiranya najis tersebut dapat dihilangkan bersama sifat-sifatnya dengan sekali basuhan sahaja, ia sudah
mencukupi. Akan tetapi sunat untuk dia membasuhnya pada kali kedua dan ketiga.
Begitu juga, sekiranya najis itu tidak dapat dihilangkan dengan sekali basuhan, maka wajib
membasuhnya kali kedua. Dan sekiranya masih belum lagi hilang, wajib membasuhnya buat kali ketiga.
Sekiranya najis itu masih belum lagi dapat dihilangkan sifat-sifatnya dengan tiga kali basuhan bersama
bahan bantuan seperti sabun dan lain-lain, maka keadaan ini dinamakan sebagai keadaan yang susah (
‫)حالة التعسر‬.

(Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 135)

Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari menyebutkan bahawa contoh najis hukmiyyah adalah seperti air
kencing yang telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau sifat-sifatnya. Maka, cara
membersihkannya, cukup dengan hanya mengalirkan air padanya sekali. Adapun ‘ainiyyah, maka wajib
dihilangkan sifat-sifatnya yang terdiri daripada bau, rasa dan warna, melainkan ada kesukaran bagi
menghilangkan salah satu antara dua sifat iaitu sama ada warna atau bau. Maka, dalam hal ini tidak
wajib menghilangkannya, bahkan ia telah pun dikira sebagai suci. Akan tetapi, sekiranya terhimpun
kedua-duanya sekali (bau dan warna) pada tempat tersebut, maka wajib untuk dihilangkan kedua-dua
sifat tersebut kerana ia adalah merupakan bukti yang kuat bahawa ‘ain najis itu masih ada sepertimana
ciri atau sifat yang ditunjukkan oleh rasa. (Lihat Fath al-Wahhab, 1/25 dan Kasyifah al-Saja, hlm. 182-
184)

Begitu juga, belum lagi dikira suci (masih najis), jika masih ada sifat najis daripada segi rasa kerana
kebiasaannya ia mudah untuk dihilangkan. Oleh itu, sekiranya masih berbaki sifat rasa, maka wajib
untuk dihilangkan sekalipun dengan mengikis atau menggosok sebanyak 3 kali. Cara mengikis adalah
dengan mengikis tempat terkena najis itu menggunakan batu atau lain-lain, manakala menggosok pula
adalah dengan menggunakan jari jemari dengan gosokan yang kuat dan kemudian menjiruskan air ke
atasnya sehingga hilang ‘ain dan kesan najis itu. Selain itu, tidak disyaratkan menggunakan bahan
bantuan seperti sabun dan usynan (sejenis pokok) bagi menghilangkan najis melainkan setelah
terhimpun baud an warna sekali atau hanya daripada segi rasa sahaja. Maka, dalam situasi ini wajib
menggunakan bahan bantuan tersebut. (Lihat Kasyifah al-Saja, 182-183)

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff telah meringkaskan berkenaan hukum bagi keadaan susah ( ‫)حالة التعسر‬
kepada dua, iaitu :

Sekiranya hanya tinggal bau sahaja atau warna sahaja, hukumnya adalah dikira sebagai suci.

Sekiranya yang tinggal adalah bau dan warna atau hanya rasa sahaja, maka wajib membasuhnya
bersama bahan bantuan seperti sabun sehingga hilang sifat-sifat tersebut.
Akan tetapi, sekiranya orang yang berkepakaran (Ahl al-Khibrah) menyatakan najis tersebut, tidak akan
dapat dihilangkan melainkan hanya dengan memotongnya (membuangnya), maka dinamakan bagi
keadaan atau situasi ini sebagai situasi yang ada keuzuran ( ‫)حالة التعذر‬. Hukumnya, ia termasuk dalam
perkara yang dimaafkan dan sah solat dengannya. Walau bagaimanapun, jika dia mampu untuk
menghilangkannya pada masa akan datang, wajib untuk dia menghilangkannya.

(Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 136)

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada persoalan di atas, setelah diteliti dalil-dalil serta pandangan para ulama, kami
menyimpulkan kepada beberapa perkara :

Sekiranya air kencing yang terdapat di atas tilam telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau
sifat-sifatnya, maka bagi mensucikannya cukup dengan hanya mengalirkan air padanya. Dan sekiranya
kuantiti air sedikit, hendaklah air yang dilalukan ke atas najis dan bukan sebaliknya sepertimana yang
telah dijelaskan oleh Syeikh Ibrahim al-Baijuri di dalam hasyiahnya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim
Baijuri, 1/199)

Akan tetapi, jika air kencing tersebut meninggalkan ‘ain atau sifat-sifatnya, maka terlebih dahulu
hendaklah dihilangkan ‘ain dan sifat-sifatnya.

Kami syorkan lap dan pindahkan air kencing yang bertakung di atas tilam semampu mungkin dengan
menggunakan kain atau span atau wet/dry vacuum sehingga tidak ada lagi yang berbaki melainkan
sedikit lembap yang tidak boleh dipisahkan (dielakkan) sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh
Nawawi al-Bantani. (Lihat Kasyifah al-Saja, hlm. 181) Kemudian, barulah dialirkan air di atasnya.
Sekiranya air basuhan tersebut tidak dapat mengalir, hendaklah ia juga dipindahkan atau dikeringkan
semampu mungkin, dengan menggunakan kain atau span atau seumpamanya. Sekiranya masih berbaki
warna atau bau sahaja, tidak mengapa dan ia dikira telah suci.

Akan tetapi, sekiranya masih berbaki warna dan bau sekali atau semata-mata rasa sahaja, hendaklah ia
dihilangkan semampu mungkin dengan menggunakan bahan bantuan seperti sabun atau seumpamanya
atau dengan menggosoknya sekuat mungkin sehinggalah sifat-sifat yang berbaki tersebut hilang.
Sekiranya masih lagi tidak dapat dihilangkan ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan serta sah solat
di atasnya.

Manakala apa-apa air yang mungkin terserap di dalam tilam semasa proses pembersihan adalah tidak
mengapa. Basuhan di bahagian luar sahaja telah cukup. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi telah menukilkan
pendapat Imam Syafie bahawa :

‫ْس َعلَى‬ َ ‫ت َعلَى َما َي ْظ َه ُر فِي ِه لَي‬


ْ َ‫ت ُكلَّ َها إ َّن َما ُج ِعل‬
ِ ‫ارا‬ َّ َّ‫ت أِل َن‬
َ ‫الط َه‬ ْ ‫ت ِب ْال َما ِء َطه َُر‬ َ ‫لو أحمى حديد ُث َّم صَبَّ َعلَ ْي َها ُس ًّما أَ ْو‬
ْ َ‫غَسلَ َها فِي ِه َف َش ِر َب ْت ُه ُث َّم ُغسِ ل‬
َ
ِ‫ا جْ َواف‬ ‫أْل‬
Maksudnya : “Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut disiram dengan racun
(najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, racun tersebut telah meresap masuk ke dalam besi
tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu
adalah berdasarkan apa yang zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak
nampak). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/600)

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Anda mungkin juga menyukai