Anda di halaman 1dari 1

CARA MENCUCI NAJIS MUGHALLAZAH (ANJING DAN BABI)

Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Mughallazah sebanyak
tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air
suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain (nampak),
bau dan rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut;
Huraian ;

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda;


“Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing, hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama
dengan tanah”
(Riwayat Imam Muslim).
Caranya ialah;

Pertama ; Buang najis terlebih dahulu


Kedua ; Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja).
Ketiga ; Bilas dengan air biasa yang suci sebanyak enam kali.

Anda mungkin juga menyukai