Anda di halaman 1dari 5

MINGGU KESEDARAN AUTISME

1.0 MAKLUMAT PROGRAM

KOORDINATOR : PENDIDIKAN KHAS (INTEGRASI)


PROGRAM : MINGGU KESEDARAN AUTISME
TARIKH : 18 APRIL 2021 - 22 APRIL 2021
HARI : ISNIN - JUMAAT
TEMPAT : SK SAHABAT II, LAHAD DATU

2.0 PENGENALAN

Tahap kesedaran yang rendah disebabkan kurangnya pendedahan maklumat


dalam media massa di kalangan masyarakat tentang hak kesamarataan, dikenal
pasti sebagai suatu halangan kepada golongan tersebut untuk terlibat secara penuh
di dalam masyarakat. Selain itu, terdapat kurangnya statistik dan kajian terperinci
tentang isu OKU di Malaysia serta masalah yang dihadapi oleh mereka (Hasnah
et.al, 2010). Maka ia perlulah bermula dengan satu komuniti yang kecil dahulu dalam
mewujudkan kesedaran tentang golongan orang kurang upaya ini.
Autisme dipilih sebagai tema dalam melaksanakan projek ini. Autisme ini
adalah merupakan sejenis gangguan neurologikal atau gangguan perkembangan
kanak-kanak yang kebiasaanya melibatkan masalah dalam komunikasi dan
kemahiran social seperti dalam perkembangan bahasa yang lambat atau tidak
berkembang. Ia juga dikatakan sebagai satu gangguan perkembangan yang
kompleks yang disebabkan oleh kecelaruan kefungsian otak sehingga memberikan
kesan kepada perkembangan komunikasi, perilaku, kemampuan sosialisasi,
kepekaan terhadap persekitaran yang biasanya terjadi ketika anak berumur 3 tahun
dan ke bawah.
Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap warga sekolah
dapat memberi sokongan dalam sambutan Hari Autisme Sedunia yang disambut
pada 2 April setiap tahun.
3.0 OBJEKTIF
3.1. Menghargai insan istimewa terutamanya kanak-kanak yang menghidap
Autisme.
3.2. Memupuk kesedaran tentang Murid Berkeperluan Khas khususnya Autisme,
dalam kalangan warga sekolah.
3.3. Mengurangkan diskriminasi terhadap golongan murid Autisme dan Murid
Berkeperluan Khas yang lain.
3.4. Memupuk rasa kasih sayang antara guru dan murid aliran perdana serta
Murid Berkeperluan Khas.

4.0 KUMPULAN SASAR


4.1 Semua Murid PPKI
4.2 Semua Murid Prasekolah, Tahun 1 - Tahun 6
4.3 Semua Guru
4.4 PPM Pendidikan Khas

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En. Jais bin Scotle


Guru Besar SK Sahabat II
Pengerusi : Pn. Tina binti Sanusi
Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Sahabat II
Setiausaha : Pn. Janarineseh binti Aripin
Penyelaras Pendidikan Khas SK Sahabat II
Bendahari : En. Randy Rusli
Guru Pendidikan Khas SK Sahabat II
AJK : Cik Norshafawani binti Jesni
(PPM Pendidikan Khas)
6.0 SUMBER KEWANGAN
6.1 KOKURIKULUM

PUNCA KEWANGAN JUMLAH PERUNTUKAN


KOKUM RM 756.00
JUMLAH RM 756.00

7.0 ANGGARAN KEWANGAN


7.1 Anggaran Kos Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


01 Pencil case 25 buah RM 3.30 RM 82.50
02 Set warna 25 set RM 5.70 RM 142.50
03 Drawing block 25 buah RM 2.50 RM 62.50
04 Pemadam Stabilo 25 biji RM 1.00 RM 25.00
05 Pensel 5 dozen RM 5.00 RM 25.00
06 Pembaris 25 batang RM 0.90 RM 22.50
07 Pengasah pensel 25 biji RM 0.90 RM 22.50
08 KERTAS SIJIL 2 REAM RM 40.00 RM 80.00
09 Banner 1 keping RM 130.00 RM 130.00
RM 592.50
8.0 TENTATIF PROGRAM

BIL AKTIVITI KAEDAH PELAKSANAAN PEMBIMBING

Terbuka kepada murid-murid tahap 2 Guru Kelas Tahap 2 :


sahaja. Setiap kelas akan diberikan 4 Bijak
risalah dan dibacakan oleh pengawas 4 Pintar
Membaca risalah atau ketua kelas pada waktu rehat atau 4 Cerdik
1.
dan menjawab kuiz waktu menunggu guru. 5 Pintar
pertukaran
Kemudian, murid akan menjawab soalan 5 Cerdik
/ kuiz pada hari Jumaat. 6 Pintar
6 Cerdik

Murid PPKI, murid Prasekolah dan Guru PPKI / PPM


murid tahap 1 (Tahun 1 - Tahun 3) Guru Prasekolah
sahaja.
Guru Kelas Tahap 1 :
Kertas untuk mewarna akan diedarkan
Pertandingan 1 Pintar, 1 Cerdik
3. melalui guru kelas sama ada dalam
mewarna
bentuk hard copy atau soft copy. 2 Pintar, 2 Cerdik
Pertandingan dikendalikan oleh guru 3 Pintar, 3 Cerdik
kelas dan pemenang setiap kelas juga
3 Bijak
dipilih oleh guru kelas tersebut.

9.0 PENUTUP

Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi kesedaran kepada semua

warga SK Sahabat II tentang Murid-murid Berkeperluan khas amnya, dan Insan

Istimewa yang menghidap Autisme secara Khususnya. Di akhir program ini,

diharapkan semua warga sekolah mempunyai kesedaran tentang kanak-kanak yang

menghidap Autisme dan menerima mereka dalam kelompok masyarakat serta

memberikan peluang kepada mereka untuk sama-sama menonjolkan diri dalam

kalangan masyarakat tanpa prejudis dan diskriminasi.


10.0 PENGESAHAN

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….……………………………………………
……………………………………………….
TINA BINTI SANUSI,
JANARINESEH BINTI ARIPIN,
PENOLONG KANAN KURIKULUM,
SETIAUSAHA PROGRAM, SK SAHABAT II.
SK SAHABAT II.

Disahkan oleh,

……………………………………………..
JAIS BIN SCOTLE,
GURU BESAR,
SK SAHABAT II.

Anda mungkin juga menyukai