Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Nama saya Noor Hasseri Erniza binti


Mohd Hasshim, Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber dari Sekolah
Kebangsaan Bandar Rengam, Kluang, Johor.

Jom dengarkan resensi buku yang bertajuk SWAN YANG SOMBONG, cerita haiwan
sinar suria siri swan.

Buku cerita ini diterbitkan pada tahun 2005 oleh Penerbit Arowana Sdn. Bhd.

Buku cerita ini telah ditulis semula oleh Hanafi Zakaria.

Buku cerita ini merupakan siri buku cerita kanak-kanak yang berunsur moral
daripada tingkah laku watak-watak haiwan yang dikemukakan dalam cerita ini.

Baiklah. Saya akan menceritakan serba sedikit tentang sinopsis buku cerita ini.

Buku yang mengandungi 16 halaman ini menceritakan tentang seekor swan dan
seekor memerang yang tinggal berjiran di sungai. Walaupun berjiran, swan selalu
bersikap sombong kerana ia memiliki kelebihan melihat benda yang sangat jauh.
Swan selalu menghina memerang kerana penglihatan memerang kurang baik.

Pada suatu hari, memerang sibuk mencari kayu di tepi sungai untuk membina
sarang manakala swan pula berenang ke sana ke mari di sungai lalu dengan
sombong memberitahu memerang yang ia akan ditangkap pemburu kerana tidak
dapat melihat jauh.

Swan tidak tahu yang memerang juga memiliki kelebihan iaitu dapat mendengar
sesuatu dari jauh. Memerang cuba memberitahu swan tentang apa yang
didengarnya tetapi swan tidak mahu percaya malah dituduhnya memerang menipu
dirinya.

Swan berasa sungguh sakit hati kerana memerang membandingkan telinganya


dengan mata dirinya. Ia pergi berenang di sungai tanpa menghiraukan apa yang
didengar oleh memerang. Akibatnya, swan ditembak oleh pemburu kerana sikap
sombongnya itu.

Pengajaran yang saya peroleh daripada cerita ini ialah kita perlu menghormati
kelebihan orang lain, jangan bangga dan membandingkan kelebihan yang kita miliki
dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.

Saya akhiri dengan satu kata-kata nasihat iaitu JANGAN SOMBONG DENGAN APA
YANG KAMU MILIKI KERANA TIDAK ADA JAMINAN ITU AKAN BERTAHAN
LAMA.

Sekian sahaja daripada saya.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai