Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM IHYA` RAMADAN

SMK SKUDAI TAHUN 1443H/2022

PROGRAM
RENUNGAN RAMADAN
KE ARAH RAMADAN YANG LEBIH BERMAKNA
MODUL : SET B

ANJURAN :
MAKDIS
SMK SKUDAI
TAHUN 1443H/2022M
1.RAMADAN BULAN SEDEKAH

Dari Anas RA, Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan.
Baginda menjawab: "puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan, " Baginda ditanya lagi,
lalu sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab: "Sedekah di bulan Ramadan." (HR
Tirmizi: No 599) Status Dhaif

Pengajaran:
1. Puasa yang digalakan selain puasa wajib di bulan Ramadan ialah puasa sunat di bulan
Syaaban sebagai persiapan berpuasa di bulan Ramadan.

2. Amalan bersedekah sebagai satu daripada cara untuk menjauhkan dari api neraka.
Rasulullah SAW bersabda

Dari 'Adi bin Hatim dia berkata; "Nabi SAW menyebutkan tentang neraka, lalu baginda meminta
berlindungan darinya sambil mengusap wajahnya, baginda bersabda …. "Takutlah kalian kepada
neraka walau dengan sebelah biji kurma, jika tiada, hendaknya dengan perkataan yang baik." (HR
Bukhari No: 5564) Status: Hadis Sahih

3. Amalan sedekah yang paling utama dilakukan ialah sedekah pada bulan Ramadan

4. Sifat suka bersedekah adalah pengikat dan penghubung kasih sayang kita dengan orang lain

5. Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan yang lebih baik serta keberkahan
harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat. Firman Allah:
“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki
yang sebaik-baiknya” (QS Sabaa’:39).

6. Sedekah akan menjadi penghindar dari api neraka walaupun sebelah biji buah kurma.
Renunglah kisah ini:
Dari ‘Aisyah bahwa keluarga Rasulullah SAW pernah menyembelih seekor kambing, kemudian
disedekahkan kepada orang-orang miskin, lalu Rasulullah bertanya: “Apa yang tertinggal dari
(daging) kambing tersebut?”. ‘Aisyah menjawab: “Tidak ada yang tertinggal darinya kecuali
(bahagian) bahu (dari) kambing tersebut”. Maka Rasulullah bersabda: “Itu berarti semua daging
kambing tersebut tertinggal tetap dan kekal pahalanya kecuali bahagian bahunya”

Tingkatkan sedekah, derma, wakaf kerana itulah yang kekal dan menetap pahala kebaikannya untuk
kita, meskipun secara mata kasarnya harta tersebut berkurang.

Tandatangan : Tarikh:……………………………………………..

Nama guru : Hari : …………………………………………


2. RASULULLAH SAW AMAT PEMURAH DI BULAN RAMADAN

Dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhu dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah
berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui
baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan
bacaan Qur'an kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih
banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus." (HR Muslim No: 4268) Status:
Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah adalah contoh terbaik antaranya dalam sifat pemurah yang perlu kita ikuti.

2. Setiap kita perlu berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa
memikirkan sebarang kerugian antaranya bersedekah kerana balasan amat besar di sisi Allah di
hari akhirat kelak.

3. Bersedekah termasuk di dalamnya menyediakan berbuka puasa kepada orang-orang yang


berpuasa juga kepada golongan fakir miskin.

4. Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja


sepanjang Ramadan bahkan di bulan lain kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik
pada peribadi - menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota
masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

5. Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk
menunjuk-nunjuk.

“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah
kekal” (QS an-Nahl: 96)

6. Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum
tentu mendatangkan manfaat dan pahala.

7. Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang
betul.

Tandatangan : Tarikh:……………………………………………..

Nama guru : Hari : ……………………………………………..


3. SEDEKAH TIDAK MENGURANGKAN HARTA

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta.
Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah
kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan
mengangkat darjatnya." (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sedekah adalah amalan yang dituntut dalam Islam khususnya di bulan Ramadan.

2. Orang yang bersedekah tidak akan mengurangkan hartanya. Allah akan menggantikan
dengan yang lebih baik malah akan didoakan oleh Malaikat.

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba
melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa;
"Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya", sedangkan yang satunya
lagi berdoa; "Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya
(bakhil) ".(HR Bukhari No: 1351) Status: Hadis Sahih

Dinyatakan dalam hadits Zaid bin Khalid dari Nabi (saw) beliau bersabda:
“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang
yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya. “
(hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi).

Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama merupakan sebab masuk Syurga.
Dinyatakan dalam hadis Ali radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi(saw) bersabda:
“Sungguh di Surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan
bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. “ Maka berdirilah kepada beliau seorang Arab Badui
seraya berkata: Untuk siapakah ruangan-ruangan itu wahai Rasulullah,?jawab beliau: “Untuk siapa
saja yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan shalat malam ketika orang-orang
dalam keadaan tidur. “
(Hadis Riwayat. At-Tirmidzi dan Abu Isa berkata, hadits ini gharib)

3. Orang yang memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan menambah kemuliaannya.

4. Orang yang merendahkan diri kerana Allah (rendah hati, tidak sombong), Allah akan
mengangkat darjat serta kedudukannya di sisi Allah.

Tandatangan : Tarikh:……………………………………………..

Nama guru : Hari : ……………………………………………..


4. PUASA, SEDEKAH DAN QIAMULLAIL

Dari Mu'adz bin Jabal bahwa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu
kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan
seorang hamba bangun di malam hari. (HR Ahmad No: 21116) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Ibadat puasa menjadi benteng atau perisai daripada melakukan perkara-perkara yang
dilarang oleh Allah

2. Puasa adalah perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan
hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar

3. Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.

4. Sedekah antara amalan yang boleh menjadi penghapus dosa

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (HR Bukhari no 5564) Status: Hadis Sahih

5. Menghidupkan malam dengan Qiamullail merupakan antara amal kebaikan orang Mukmin
untuk membina kekuatan rohani.

Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama lebih dapat menghapuskan dosa-dosa dan
menjauhkan dari api Neraka Jahannam, terutama jika ditambah lagi shalat malam.

Dari Mu’adz(ra) bahawa Rasulullah (SAW) bersabda:


“Sedekah dan shalat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana air
memadamkan api”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Ambillah kesempatan Ramadan ini untuk membina perisai diri, menghapuskan dosa dan
menguatkan rohani.

Tandatangan : Tarikh:……………………………………………..

Nama guru : Hari : ……………………………………………..


5. BAU MULUT ORANG BERPUASA

Dari Abu Hurairah RA, Bersabda Nabi SAW: Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau
mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi. (HR
Bukhari No: 1771) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kesusahan dan rasa kelaparan yang timbul kerana ketaatan akan memperolehi
ganjaran yang manis di akhirat kelak.

2. Pada hari kiamat, ketika manusia dibangkitkan dari kubur, ciri-ciri orang yang berpuasa
adalah bau harum yang akan keluar dari mulut mereka, yang keharumannya melebihi harumnya
minyak kasturi.

3. Allah akan mengganti bau mulut orang yang berpuasa (dari makan dan minum dan perkara
yang membatalkan puasa juga menahan seluruh pancaindera dan hati) dengan ganjaran yang besar
di hari akhirat. Kerana sesungguhnya, puasa itu hanyalah untuk Allah dan Allah pula yang akan
memberikan penghargaan dan balasan dengan nilaian yang hanya Allah yang tahu.

4. Allah lebih menghargai dan menghormati bau mulut orang berpuasa daripada bau mulut
orang tidak puasa. Jadi maksud kalimat tersebut lebih merupakan penghormatan kepada orang yang
berpuasa. Kerana orang yang berpuasa, baunya mulut adalah sesuatu yang sukar untuk dihindari.

5. Hal ini bukan bererti digalakkan kepada orang berpuasa agar mulut berbau tidak enak
dengan tidak menggosok gigi. Menggosok gigi adalah amalan Rasulullah SAW setiap kali sebelum
solat termasuk ketika berpuasa.

6. Orang yang benar-benar berpuasa semestinya hati orang tersebut bersih dan suci dari segala
kotoran dan niat jahat.

7. Segala ucapan yang keluar dari mulut orang yang berpuasa tiada lain adalah yang baik,
zikrullah dan perkataan menasihat serta mengajak orang lain kepada jalan Allah.

Orang yang berpuasa seperti itu, Allah memberi penghargaan kepada bau mulut orang tersebut
dengan darjat yang indah dan tinggi kerana di hari akhirat nanti bau mulutnya menjadi wangi lebih
dari kesturi.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "sebaik-baik kalimat, adalah kalimat yang mengajak orang kepada
jalan Allah SWT".

Tandatangan : Tarikh:……………………………………………..

Nama guru : Hari : ……………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai