Anda di halaman 1dari 15

14 Label Kepada Anak Yang Perlu Kita Ubah

Setiap anak ada personalitinya yang unik dan tersendiri. Kadangkala kita lihat mereka seperti melihat
diri kita sendiri, atau seperti orang dewasa lain yang kita kenali. Sebab tu kita mudah trigger dan naik
angin.

Kita Tidak Membantu Malah Menambahkan Lagi Keterukan Susasana

Bila kita bertindak atau berespon sama seperti tingkahlaku anak (anak keras kepala, mak pak pun
keras kepala), kita tidak membantu apa-apa pun, malah meneguhkan lagi ciri karektor yang tidak
disenangi ramai ini.

Jadi menurut pengalaman dan pengamatan saya,

(1) pertama sekali ibubapa perlu mengubah paradigma pemikiran terlebih dahulu terhadap setiap
ciri yang anak tonjolkan yang buat kita rasa tidak selesa ini (ubah mindset – mencari positiviti).

(2) Seterusnya barulah kita boleh melakukan beberapa siri latihan diri dan kepada anak agar
karektor ini boleh berkembang menjadi ciri yang teguh/kuat, positif, sederhana dan membantu diri,
serta orang di sekelilingnya pada masa akan datang.

(3) Bantu anak juga untuk fahami dirinya sendiri dan orang lain dengan sentiasa duduk berbincang,
bersembang mengenai karektor manusia yang pelbagai dan unik ini.

Saya telah senaraikan karektor sukar anak yang sering kita salah label dan perlunya kita ganti
dengan sudut pandang yang positif kepada si anak dengan menyebut-nyebut ayat ini selalu kepada
diri dan pasangan. Kemudian lakukanlah siri latihan yang perlu kita lakukan (solusi) (kesemuanya
Alhamdulillah memang telah kami lakukan).

Di sepanjang proses menulis ayat positif ini, saya bermuhasabah diri saya, dan ya 11 dari 14 ciri ini
ada pada anak-anak saya juga :D. Bersyukur dan bergembiralah kerana anda juga sebenarnya
berada di track yang betul kerana membaca artikel ini bersama-sama ibubapa lain.

Perkataan Kita Adalah DOA

Kita tidak mahu terikut-ikut dengan sikap anak dengan jadi sama macam dia sedangkan usia anak
dan kita jauh berpuluh tahun beza. Ini akan membuatkan ianya semakin menjadi-jadi. Kita
mahu lawan bisikan tidak elok ini dalam diri atau pendengaran kita (orang luar melabel) dengan
selalu ucapkan kepada diri kita, anak kita dan pasangan kita akan ayat-ayat positif ini.

Apa jua kita fikirkan, rasakan, malah ucapkan memang merupakan satu doa. Persoalannya, jika
bukan kita, siapa lagi nak mulakan positiviti ini?

14 Ciri Karektor Anak Yang Sering Buat Kita Hilang Sabar, Macam Mana Nak Respon Serta Apa Yang
Perlu Kita Lakukan dalam ‘Long Run’.
1.Anak Yang Dramatik
2.Anak Yang Penakut
3.Anak Yang Selalu ‘Demanding’
4.Anak Yang ‘Bossy’ (Macam Bos)
5.Anak Yang Impulsif
6.Anak Yang Cerewet (Fussy)
7.Anak Yang Banyak Cakap (Talkative)
8.Anak Yang Keras Kepala, Degil
9.Anak Yang Tidak Fokus
10. Anak Yang Selalu Nak Perhatian
11. Anak Yang ‘Hiper’
12.Anak Yang Selalu Bertentangan dengan Kita
13.Anak Yang Selalu Melawan
14.Anak Yang Tidak Fleksibel

Peringatan Tambahan

Walau bagaimanapun, ketahuilah usia 2-7 tahun anak adalah di peringkat egosentrik ; yang mana


kebanyakannya ada ciri seperti dalam senarai di atas. Mereka sedang membentuk personaliti dan
jati diri mereka.

Namun tidaklah terlalu ambil mudah atau abaikan sekiranya ia masih berterusan sehingga usia 7 ke
atas. Melentur buluh kan dari rebung? Bawalah pergi ke pemeriksaan doktor sekiranya anda perasan
kelainan yang ketara dan mahukan penilaian lanjut dan intervensi awal ya.

Anda mungkin juga menyukai