Anda di halaman 1dari 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM (FAQ)


PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
GRED DG41 SECARA CONTRACT OF SERVICE TAHUN 2021

A. SYARAT KELAYAKAN

1. Siapa yang layak memohon?


Graduan Universiti Awam/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta
(IPTS)/ Graduan Universiti Luar Negara yang diiktiraf oleh
Kerajaan.

2. Adakah calon-calon yang memiliki ikhtisas pendidikan


layak memohon?
Pengambilan Khas PPP Gred DG41 secara Contract of Service
adalah dibuka kepada graduan yang memiliki ikhtisas
pendidikan dan tanpa ikhtisas pendidikan.

B. PENAWARAN OPSYEN

1. Adakah graduan dalam bidang yang tidak tersenarai dalam


opsyen yang ditawarkan boleh memohon?
Graduan daripada bidang yang tidak tersenarai dalam opsyen
yang ditawarkan boleh memohon berdasarkan Kluster Mata
Pelajaran sepertimana yang digunakan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Soalan Lazim (Faq) Pengambilan Khas PPP Gred DG41 Secara Contract Of Service (COS) Tahun 2021
C. JAWATAN YANG DITAWARKAN

1. Berapa lamakah tempoh perkhidmatan sebagai PPP secara


Contract of Service?
Tempoh kontrak yang ditawarkan adalah selama dua (2) tahun
mulai tarikh melaporkan diri.

D. PERMOHONAN

1. Di manakah iklan tersebut akan disiarkan?


Iklan akan disiarkan di Portal KPM. Permohonan hendaklah
dikemukakan melalui sistem MyPDPP di portal
https://mypdpp.moe.gov.my.

2. Adakah calon yang telah memohon melalui sistem MySPP


boleh membuat permohonan Contract of Service ini? Boleh.
Calon yang telah membuat permohonan dalam sistem MySPP
juga boleh mengemukakan permohonan lantikan Contract of
Service melalui MyPDPP.

3. Adakah terdapat syarat umur untuk memohon jawatan guru


ini? Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18
tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah layak memohon.

E. UKCG

1. Apakah e-UKCG?
e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas
talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-
calon yang memohon latihan perguruan di IPG. Hanya calon
yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki
saringan seterusnya.

2. Bilakah e-UKCG akan dijalankan?


e-UKCG akan dijalankan pada 11 hingga 16 Oktober 2021.
Pemohon yang telah melengkapkan permohonan dan membuat
pengesahan akan memperolehi tarikh menduduki e-UKCG.

Soalan Lazim (Faq) Pengambilan Khas PPP Gred DG41 Secara Contract Of Service (COS) Tahun 2021
Calon perlu menduduki e-UKCG seperti tarikh yang telah
ditetapkan diantara jam 8.30 pagi – 5.00 petang.

3. Adakah calon ditempatkan di pusat-pusat tertentu untuk


menduduki e-UKCG?
TIDAK. Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-
masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian
internet yang baik.

4. e-UKCG akan dijalankan?


e-UKCG akan dijalankan pada 11 hingga 16 Oktober 2021.
Pemohon yang telah melengkapkan permohonan dan membuat
pengesahan akan memperolehi tarikh menduduki e-UKCG.
Calon perlu menduduki e-UKCG seperti tarikh yang telah
ditetapkan diantara jam 8.30 pagi – 5.00 petang.

5. Bagaimana sekiranya calon sukar mendapatkan talian


internet untuk menduduki e-UKCG di rumah?
Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain
yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik
seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan
awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet
tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT. Calon
tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain
melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau
pihak lain.

6. Apakah alat yang boleh digunakan untuk menjawab e-


UKCG?
e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian. Oleh itu
calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan
komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk
lebih selesa. Walau bagaimanapun calon boleh menjawab
menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.

7. Di manakah calon boleh mendapatkan panduan untuk


menduduki e-UKCG?
Panduan kepada calon untuk menduduki e-UKCG boleh dimuat
turun setelah calon membuat pengesahan menghadiri e-UKCG.

Soalan Lazim (Faq) Pengambilan Khas PPP Gred DG41 Secara Contract Of Service (COS) Tahun 2021
Calon dinasihatkan membaca dengan teliti sebelum mula
menjawab.

8. Apakah persediaan yang perlu calon lakukan sebelum


menduduki e-UKCG?
i) Calon akan ditetapkan tarikh untuk menduduki e-UKCG.
Calon perlu peka dengan tarikh yang diberi dan membuat
persediaan awal seperti mengenal pasti lokasi yang sesuai
untuk menjawab sekiranya tiada talian internet di rumah.
ii) Pastikan calon membaca dan memahami arahan soalan
dengan teliti sebelum membuat pengesahan untuk
menjawab soalan.
iii) e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab
dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon
dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan
yang sesuai dengan diri sendiri.

9. Bolehkah calon berbincang dengan keluarga atau orang


lain semasa menjawab e-UKCG?
TIDAK. Calon tidak dibenarkan berbincang atau bertanya
kepada ahli keluarga atau orang lain semasa menjawab e-
UKCG.

10. Setelah calon selesai menjawab e-UKCG dan klik butang


hantar, adakah calon boleh menjawab semula ujian
tersebut?
TIDAK. Calon tidak lagi boleh menjawab e-UKCG setelah
hantar.

11. Bagaimana sekiranya berlaku gangguan semasa calon


menjawab e-UKCG seperti kerosakan talian internet,
terputus bekalan elektrik, kerosakan komputer dan
sebagainya?
Sekiranya berlaku gangguan seperti di atas yang menyebabkan
calon tidak boleh meneruskan ujian, calon dibenarkan untuk
mengulang semula ujian dengan klik butang “reset” (Butang
reset tidak wujud sekiranya calon telah menjawab semua
soalan). Perlu diingatkan, calon hanya dibenarkan untuk
menjawab semula (reset) sebanyak tiga (3) kali sahaja.

Soalan Lazim (Faq) Pengambilan Khas PPP Gred DG41 Secara Contract Of Service (COS) Tahun 2021
F. TEMU DUGA

1. Bagaimanakah temu duga dilaksanakan?


Temu duga dilaksanakan secara bersemuka dalam talian
menerusi pelantar dan pautan yang ditetapkan mengikut tarikh
dan masa yang ditentukan.

2. Apakah kaedah temu duga yang akan dijalankan?


Temu duga akan dijalankan secara individu dalam kumpulan
(lima hingga enam calon).

3. Adakah semua calon yang memohon layak untuk ditemu


duga?
Tidak. Calon yang melepasi tapisan awal sahaja yang layak
dipanggil temu duga.

4. Bolehkah seseorang calon menukar tarikh/ masa bagi


urusan temu duga yang telah ditetapkan oleh KPM?
Tidak.

5. Bagaimanakah calon akan mengetahui bahawa mereka


layak dipanggil temu duga?
Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat
melalui portal MyPDPP.

6. Bagaimanakah mekanisme sesi temuduga yang akan


diadakan dalam tempoh PKP?
Semua temuduga akan dijalankan secara video conferencing.

G. PENEMPATAN
1. Adakah graduan boleh memilih penempatan untuk
ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah?
Tidak. Penempatan adalah berdasarkan keperluan dan
kekosongan opsyen di sekolah.

- TAMAT -

Soalan Lazim (Faq) Pengambilan Khas PPP Gred DG41 Secara Contract Of Service (COS) Tahun 2021

Anda mungkin juga menyukai