Anda di halaman 1dari 2

ULASAN CERITA KERA YANG BERCAKAP BESAR

Selamat pagi dan salam sejahtera. Nama saya ialah


…………………………………………. Saya merupakan seorang murid Tahun 3
Cemerlang di SK Sri Tanjung, Pulau Pinang. Pada hari ini saya akan
membuat ulasan buku yang berjudul “ Kera Yang Bercakap Besar”. Buku
ini dikarang Nor Azlin Japar. Beliau adalah seorang pengarang siri ayam
jantan. Karya-karya beliau sangat kaya dengan motivasi dan nilai murni
yang tinggi. Buku ini diterbitkan pada tahun 2015 oleh Makmur
Educational Supplies Sdn. Bhd. Buku ini juga boleh didapati di pasaran.
Buku ini didatangkan dalam bentuk buku cerita dan mengandungi 15
muka surat. Saya memilih buku ini kerana bahasanya mudah difahami
dan tidak berbelit-belit. Sebagai pembaca penulis telah menyenaraikan
beberapa kosa kata berserta maksudnya untuk dijadikan sebagai
rujukan. Teknik penceritaan yang disampaikan oleh pengarang amatlah
baik dan menarik.

Baiklah saya akan menceritakan serba sedikit tentang sinopsis


cerita ini. Buku ini menceritakan tentang anak kera yang bersikap
sombong dan suka bercakap besar. Anak kera ini juga seorang anak yang
tidak mahu mendengar nasihat ibu. Pada suatu hari, anak kera
memberitahu kepada ibunya bahawa dia tidak suka dengan tempat
tinggalnya kerana tiada banyak makanan dan kawan-kawannya di situ.
Dia mahu melihat dunia luar dengan belayar sendiri. Walaupun ibu kera
tidak bersetuju, tetapi anak kera masih hendak belayar. Akhirnya, anak
kera berjaya memujuk ibunya dan berlayar dengan perahu kecil yang
dibuat oleh kera-kera lain. Anak kera pun berasa gembira di tempat
baharu kerana tidak menghadapi apa-apa masalah di situ.

Pada suatu hari, angin bertiup kencang diikuti hujan lebat. Anak
kera dalam keadaan cemas kerana perahu anak kera terbalik dan
musnah apabila ombak memukulnya dengan kuat. Anak kera telah
dibantu oleh seekor ikan besar. Ikan besar itu ingin membawa anak kera
ke sebuah pulau. Tetapi anak kera yang berlagak sombong itu terlupa
akan nasihat ibunya dan berbohong kepada ikan bahawa Raja pulau itu
akan mendengar nasihat anak kera dan ia dihormati oleh penduduk pulau
itu. Namun, ikan itu tahu bahawa pulau itu tidak pernah didiami manusia.
Tiba-tiba ikan menyelam semula ke dalam air kerana ikan berasa marah
dengan sikap anak kera yang suka bercakap bohong dan sombong.
Akhirnya, dengan berasa malu dan takut, anak kera terapung-apung di
permukaan laut. Pengajaran yang saya dapati setelah membaca buku ini
adalah jangan tunjuk kebolehan kepada oran yang lebih arif. Jadi jangan
lupa dapatkan buku ini. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai