Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK FELDA KAHANG TIMUR, KLUANG Kod Sekolah: JEA 2034

1. Nama Guru MOHD NAZRI BIN MOHD SAH


3. Bidang: AMALAN DAN NILAI
2. Judul GURU SEBAGAI MENTOR
PROFESIONALISME PERGURUAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini dapat membimbing guru menjadi mentor kepada pelajar, guru permulaan, guru pelatih dan
rakan guru. Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah aplikasi teori psikologi dalam
pementoran, kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus program.
Jelas semua orang perlukan mentor dan semua orang juga perlu menjadi mentee untuk menjadi
orang yang berjaya. Proses belajar dan mengajar adalah kesinambungan kepada hidup yang bermakna.
Mentor tidak semestinya daripada kalangan guru. Namun jika guru berperanan sebagai mentor yang
efektif, sudah tentu ia dapat mewarnakan kehidupan mentor sebagai pembimbing, pendorong,
kaunselor, penasihat dan jurulatih.
Garapan idea bagi memupuk nilai-nilai murni juga dikupas untuk rujukan mentor. Buku ini dapat
menghidupkan kembali budaya mendidik yang bukan hanya sekadar mengajar menulis, membaca dan
mengira (3M), malah ditambah dengan menerapkan nilai akhlak dan moral.
Unsur penerapan nilai merentasi kurikulum di sekolah lebih efektif dengan adanya proses pementoran.
Buku ini membawa pendekatan tradisional dan humanistik bagi menarik perhatian guru kepada
pementoran.. Buku ini juga menyediakan panduan merancang, mengurus pelaksanaan program mentor
mentee.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Guru dapat mengembangkan peranan selain mengajar malah mendidik dan menerapakan nilai
murni dan positif ke arah melahirkan insan yang berkualiti.
- Guru dapat meneruskan proses belajar dan mengajar bagi menjamin hidup yang lebih
bermakna.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Guru memainkan peranan penting mengajar, mendidik dan seterusnya membimbing dengan
menerapkan nilai dan ilmu yang diperolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya di dalam kelas.
- Guru juga boleh mengunapakai teori psikologi yang terdapat dalam buku untuk diaplikasikan
dalam PdP.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MOHD NAZRI BIN MOHD SAH ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK FELDA KAHANG TIMUR, KLUANG Kod Sekolah: JEA 2034

1. Nama Guru MOHD NAZRI BIN MOHD SAH


PANDUAN MENJADI IBU BAPA
2. Judul 3. Bidang: KAUNSELING
CEMERLANG
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menekankan tentang panduan bagaimana menjadi ibu bapa yang cemerlang.- Ia
mengupas lebih lanjut tentang tanggungjawab ibu bapa yang perlu dilaksanakan. Buku ini juga
menerangkan tentang beberapa kesalahan yang perlu dielakan oleh ibu bapa sebagai contoh
mendedahkan aib pasangan di hadapan anak-anak, memungkir janji, bercakap bohong, kurang
memuji dan sebagainya.
Selain itu buku ini juga menekankan tentang bagaimana menjadi ibu bapa yang islamik dalam
semua aspek.- Keistimewaan buku ini ialah pengarang memberi beberapa idea dan amalan
kepada ibu bapa berdasarkan Al- Quran bagi melahirkan anak yang cemerlang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Dapat memberi banyak panduan menjadi ibu bapa yang cemerlang.


- Menyenaraikan pelbagai kaedah dalam mendidik anak-anak yang cemerlang di dunia dan
di akhirat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.


- Sebagai satu motivasi kepada pembaca yang boleh diselitkan dalam PdP.
- Dapat dijadikan bahan ceramah dan input dalam membimbing individu dan kelompok.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MOHD NAZRI BIN MOHD SAH ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK FELDA KAHANG TIMUR, KLUANG Kod Sekolah: JEA 2034

1. Nama Guru MOHD NAZRI BIN MOHD SAH

2. Judul PSIKOLOGI KETENANGAN HATI 3. Bidang:KAUNSELING

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang kebahagian hidup yang memerlukan fikiran yang lapang, hati
yang tenang dan jiwa yang tenteram. Kegelisahan yang berterusan boleh menjadi penyakit jiwa
yang merbahaya. Neurosis adalah penyebab kepada pelbagai penyakit saraf dan psikosomotik
yang serius.
Keistimewaan buku ini juga menceritakan tentang neurosis yang menyebabkan ramai orang
menderita dan menjejaskan keharmonian hidup. Ia juga memngajar kita bagaimana menangani
kegelisahan yang dihadapi oleh setiap orang bagi mendapatkan kehidupan yang positif. Dan
fikiran yang lapang, hati yang tenang, dan jiwa yang tenteram.
Buku ini juga menyelitkan tentang pendapat pakar-pakar psikologi barat tentang punca-punca
hati dan jiwa yang diserang neurosis. Mereka juga mencipta pelbagai kaedah bagi merawat
kegelisahan jiwa, termasuklah penggunaan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan ketagihan.
Selain itu, beberapa kaedah yang menjurus kepada pendekatan islam turut dikarang dalam
buku ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Dapat memberi banyak kaedah yang dapat melahirkan insan yang tenang dan jiwa yang
tenteram.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


- Dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.
- Sebagai satu motivasi kepada pembaca yang boleh diselitkan dalam P&P.
- Dapat dijadikan bahan ceramah dan input dalam membimbing individu dan kelompok.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MOHD NAZRI BIN MOHD SAH ) ( )

Anda mungkin juga menyukai