Anda di halaman 1dari 2

‫بسم هللا الرمحن الرحمي‬

‫امحلد هلل رب العاملني والصلوة السالم عىل ارشف األنبياء واملرسلني‬


‫وعىل أهل وحصبه أمجعني‬.
‫رب ارشح يل صدري ويرس يل امري‬
‫وحلل عقدة من لسلين يفقح قويل‬.
Assalamualaikum...WBT

1.    Yang berusaha Al Fadhil Ustaz Zamri Bin Abd Wahab, Guru Besar SK Bandar Uda 2
2.    Yang di hormati Pn Hjh Marfuah Binti hj Tukiman, GPK Pentadbiran
3. Pn Siti Anita binti Misran GPK Hal Ehwal Murid
4. En Zulkpli Bin Yahya GPK Kokurikulum
5.    Yang Dikasihi rakan-rakan guru dan murid2 yang yang dirahmati Allah sekelian

Pertamanya marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan
izinnya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Bacaan Yaasin pada pagi ini dan kempen
menutup aurat peringkat skbu2.
Islam sememangnya menggalakkan umat Islam untuk kekal sihat menerusi garis
panduan syarak. Ia termasuk aktiviti bersukan atau beriadah asalkan mematuhi tetapan
yang sudah dibuat terutama tidak bercampur lelaki dan perempuan bukan mahram serta
penutupan aurat.
Setiap orang Islam sama ada lelaki atau wanita wajib menjaga batasan aurat yang
ditentukan oleh syarak. Hal ini termasuk untuk melakukan aktiviti berbasikal, beriadah
dan selainnya dengan memakai pakaian yang menutup seluruh auratnya dan longgar
daripada dilihat oleh bukan mahram. Berpakaian menampakkan sebahagian aurat atau
bentuk badan adalah haram dan berdosa.
Umum mengetahui batasan aurat lelaki dan perempuan adalah seperti yang dijelaskan
oleh BaFadhl al-Hadrami: "Aurat lelaki dan hamba sahaya ialah antara pusat dan lutut
dan aurat wanita yang merdeka ketika di dalam solat atau ketika terdapat di
sekelilingnya orang yang bukan mahram ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan
tapak tangan dan (aurat) ketika bersama mahramnya ialah antara pusat hingga ke
lutut." (Rujuk: al-Muqaddimah al-Hadramiyah 1/76)
Islam menitikberatkan juga soal etika berpakaian demi menjaga batasan aurat yang
sudah ditetapkan. Islam mewajibkan umatnya menutup aurat dengan sempurna baik
lelaki mahupun perempuan. Imam Nawawi berkata: "Menutup aurat adalah wajib."
Umat Islam perlu mematuhi panduan berpakaian terbabit dalam apa jua aktiviti yang
dilakukan termasuk ketika bersukan lebih-lebih lagi aktiviti sukan di luar rumah yang
terdedah kepada pandangan umum seperti aktiviti berbasikal. Syariat Islam meletakkan
garis panduan mengenai cara menutupi aurat yang sempurna seperti pakaian yang
berkain tebal yang disebut oleh Imam ash-Syairazi: "Wajib menutup aurat dengan
sesuatu yang tidak menampakkan warna kulit seperti baju tebal atau kulit atau daun."
Kesimpulannya, aurat perlu dijaga dan ditutup rapi dengan cara berpakaian yang
seiring dengan kehendak syarak ketika dalam apa jua aktiviti baik lelaki mahupun
wanita. Ia satu kesilapan apabila masyarakat menganggap dengan memakai pakaian
yang menutup sebahagian anggota badan atau berpakaian ketat sudah memadai dikira
menutup aurat.
Oleh yang demikian, pendapat bahawa pakaian yang patuh syariah ini menghalang
pergerakan ketika beriadah dan bersukan dengan alasan rimas, susah bergerak dan tiada
pilihan boleh dikatakan alasan yang tidak boleh dikira sebagai darurat dalam Islam
kerana menutup aurat adalah wajib bagi semua umat Islam.
Jika seseorang hendak keluar dari rumahnya sama ada untuk berbasikal atau beriadah
dia tetap wajib memelihara peraturan yang ditetapkan oleh agama iaitu memakai
pakaian yang menutup seluruh auratnya dari dilihat oleh bukan mahram dan
berpakaian longgar supaya tersembunyi bentuk pada badannya dari kelihatan umum.
Berpakaian menampakkan sebahagian aurat atau menampakkan bentuk aurat pada
badan adalah haram dan berdosa.

Anda mungkin juga menyukai