Anda di halaman 1dari 20

MOTIVASI UPSR 2007

SK LONG PILLAH, BARAM


CUBA RENUNGKAN…
MASA MASA DEPAN ANDA
BERGANTUNG KEPADA SIAPA?
DIRI?
GURU?
ATAU
IBU BAPA?
ATAU…………
05 MAY 2008 THOMAS RIBUH
Ciri-ciri Murid Gagal
>> pastikan anda tidak mengamalkannya <<

• Mempunyai sifat malas ( musuh utama kepada kejayaan).


• Tiada semangat atau motivasi.
• Menjadikan seseorang yang gagal sebagai idola.
• Tidak bersedia menghadapi pembelajaran.
• Bersikap sambil lewa dalam pelajaran.
• Terpengaruh dengan perkara-perjara yang tidak baik.
• Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar .
• Sering datang lewat ke sekolah.
• Selalu ponteng sekolah.
• Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
• Berangan-angan semasa guru mengajar.
• Sering bermain-main dalam bilik darjah.
• Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan.
• Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan memberi
masalah pada orang lain.
• Melakukan aktiviti yang tidak sihat atau tidak bermoral.

05 MAY 2008 THOMAS RIBUH


Ciri-ciri Murid Gagal
>> pastikan anda tidak mengamalkannya <<

• Suka membuang masa dengan rakan-rakan.


• Menjadikan kemiskinan sebagai penghalang.
• Terlalu berserah pada nasib.
• Tidak boleh berdikari.
• Tidak ada perancangan masa untuk belajar (jadual waktu).
• Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak
penting.
• Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung
ilmu.
• Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang
ringgit untuk pelajaran.
• Menghabiskan wang untuk membeli benda-benda yang tidak
berguna kepada pelajaran.
• Tidak menghormati ibu-bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan
sekelas.
• Bergaduh dengan ibu-bapa dan guru menjelang peperiksaan.
• Mementingkan diri sendiri.
• Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
• Cepat putus asa dan kecewa.

05 MAY 2008 THOMAS RIBUH


ANDA INGIN
BERJAYA
SEPERTI INI ?

05 MAY 2008 THOMAS RIBUH


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
1. Taat kepada Tuhan.
2. Bermotivasi tinggi dan melaksanakan sebarang kegiatan
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan.
3. Menguasai strategi dan teknik pembelajaran yang
berkesan serta tekun belajar.
4. Mahir mengenai strategi dan teknik menghadapi
peperiksaan.
5. Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan
untuk mereka.
6. Menghormati dan menyayangi guru, tidak segan bertanya
dan berinteraksi dengannya
7. Suka kepada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
8. Berkawan dengan murid yang bersikap positif.
9. Bersedia membantu kawan yang memerlukan bantuan.
10. Ketrampilan diri yang positif
11. Memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada diri sendiri.
12. Menjalani kegiatan riadah untuk menjaga kesihatan
badan.
13. Mengamalkan kaedah permakanan yang seimbang dan
sihat.
14. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan.
15. Sentiasa bertawakal.
Apakah Yang Perlu Dibina Dahulu
Binakan kekuatan IMAN dan AKIDAH :
• Sebelum bercita-cita untuk menjadi
golongan intelek yang berilmu.
• Sebelum berusaha untuk menjadi
usahawan
• Sebelum melahirkan para profesional di

bidang perubatan, pendidikan,


kejuruteraan, politik, ahli undang-
undang, ekonomi dan bidang-bidang
lain.
05 MAY 2008 THOMAS RIBUH
RENUNGAN

Sekiranya asas dan tiangnya di kemudiankan


walaupun apa jua rekabentuk bangunan itu, ia
akan runtuh, kerana kekuatan bangunan itu
bukan terletak di atas rekabentuknya, tetapi
kekuatannya terletak di atas asas dan tiangnya.
Langkah-langkah
menjadikan diri bermotivasi
• Menetapkan Matlamat Belajar
• Membetulkan Niat Belajar
• Menyucikan Jiwa
• Membina Cita-cita Yang Tinggi
• Memantapkan Keyakinan Diri
• Menyakini Pertolongan Tuhan
• Mengatasi Kesukaran dan Kegagalan
• Sentiasa Berada Dalam Persekitaran
Bermotivasi
• Sentiasa Bergaul Dengan Orang Yang
Bermotivasi
Langkah-langkah
menjadikan diri bermotivasi
• Meneguhkan Hubungan Dengan Guru
• Jaga Persahabatan Yang Sedia Ada
• Wujudkan Persaingan yang Sihat
• Memberi Ganjaran Pada Diri Sendiri
• Beri Pengiktirafan Kepada Diri Sendiri
• Elakkan Dari Melakukan Kesalahan
• Hayati Sejarah Tokoh Bermotivasi
• Belajar Dengan Objektif / Matlamat
• Cipta Beberapa Kejayaan Kecil
• Berpegang Teguh Dan Hayati Ajaran Agama
20+ kesilapan
semasa menjawab soalan Bahasa Malaysia (UPSR)

> Tidak memahami kehendak soalan.


> Kurang teliti membaca dan memahami arahan/soalan.
> Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun.
> Jawapan yang diberikan bersifat umum dan tidak sesuai.
> Tidak menghayati jawapan yang ditulis dan mengabaikan urutan.
> Tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang
teratur dan betul.
> Tidak menulis jawapan dengan terang dan kemas.
> Idea yang dikemukakan tidak bernas.
> Tidak menyatakan huraian dan penjelasan bagi fakta yang
dikemukakan.
> Gagal menyertakan contoh-contoh yang sesuai.
> Penguasaan dan penggunaan bahasa yang lemah.
> Jawapan tidak mempunyai struktur seperti pengenalan, isi dan
rumusan.
> Tiada fokus dalam jawapan.

05 MAY 2008 THOMAS RIBUH


20+ kesilapan
semasa menjawab soalan Bahasa Malaysia
(UPSR)
> Ayat yang digunakan panjang-panjang dan berbelit-belit.
. > Susunan ayat yang janggal dan tidak lancar.
> Mengulangi fakta-fakta yang sama.
> Gagal menghubungkaitkan fakta-fakta yang
dikemukakan.
> Menggunakan bahasa daerah.
> Kelemahan penggunaan tanda baca.
> Kurang mahir dalam pemerengganan.
> Kesilapan ejaan sehingga bunyi berbeza dan nama
berubah.
> Kurang mahir memilih soalan.
> Gagal mengatur masa dengan bijak untuk menjawab
setiap soalan.
> Terkeluar tajuk.
> Kesilapan menulis nombor soalan (bagi soalan esei)
atau langsung tidak menulis nombor soalan.
> Meninggalkan soalan tanpa menjawabnya kerana tidak
tahu.

05 MAY 2008 THOMAS RIBUH


Langkah-langkah Bijak Menjelang UPSR
< Ulang-kaji topik-topik penting.
< Tidur mencukupi.
< Jaga kesihatan diri .
< Mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat.
< Bangun awal pada setiap pagi.
< Berdoa .
< Membaca nota-nota ringkas.
< Bersenam.
< Beriadah dan berekreasi.
< Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
< Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
< Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan .
< Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
< Datang lebih awal ke dewan peperiksaan.
< Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan .
< Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan .
< Elakkan mengadakan perbincangan 'tergempar' tentang topik-topik hangat soa
ramalan.
< Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
< Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
RAHSIA PELAJAR CEMERLANG
MENDAPAT ‘A’
• Mengutamakan pelajaran
• Belajar pada bila-bila masa – atau di
mana-mana tempat
• Sentiasa Terurus
• Menguasai kaedah membaca
• Jadualkan masa anda
• Mengambil nota dan menggunakannya
• Kerja hendaklah kemas dan bersih
• Bertanya
• Belajar bersama rakan
• Uji diri
• Buat lebih daripada yang disuruh

05 MAY 2008 THOMAS RIBUH


SEBENARNYA…
KEJAYAAN ANDA….
• 40 % BERGANTUNG KEPADA GURU DAN
SEKOLAH DAN SEKOLAH MERUPAKAN
ASASNYA.
• 60 % ADALAH BERGANTUNG KEPADA
DIRI ANDA DAN KELUARGA (IBU BAPA)

05 MAY 2008 THOMAS RIBUH


PETUA MENGINGAT
• IMBAS 5 MINIT APA YANG KITA
BELAJAR SELEPAS 24 JAM
• IMBAS 5 MINIT SELEPAS SATU
MINGGU
• IMBAS 5 MINIT SETIAP DUA
MINGGU
• IMBAS 5 HINGGA 10 MINIT DI
MUSIM PEPERIKSAAN
05 MAY 2008 THOMAS RIBUH
INGATAN AKAN LEBIH KEKAL BILA ANDA
• 20 % Apa yang anda DENGAR
• 30 % Apa yang anda LIHAT
• 50 % Apa yang anda DENGAR dan
LIHAT
• 70 % Apa yang anda BINCANG
DENGAN ORANG LAIN
• 80 % Apa yang anda ALAMI SENDIRI
• 95 % Apa yang anda AJARKAN
KEPADA ORANG LAIN

05 MAY 2008 THOMAS RIBUH


RENUNGAN

Aku akan menduduki peperiksaan dari


09 hingga 11 September 2008 dengan
tanpa bantuan sesiapa pun walau ibu,
ayah, guru-guru yang telah mengajarku
kecuali aku, ilmu dan iman yang aku
punyai.
Tetapi adakah aku mampu menghadapi
seorang diri?
05 MAY 2008 THOMAS RIBUH
SEMOGA DAPAT
MENJADI PANDUAN
KITA BERSAMA

05 MAY 2008 THOMAS RIBUH

Anda mungkin juga menyukai