Anda di halaman 1dari 2

DAKWAH NABI ZAKARIA DAN YAHYA ALAIHUMA SALAM

Tulang empat keratku begitu lemah,


 Uban memutih nampak berubah,
 Doa diutus hati yang gundah,
 Agar sang putera diutus Allah

 Menjunjung kasih Tuan Pengerusi Majlis, saf-saf kehakiman yang bertunjangkan keadilan,
berpaksikan kebijaksanaan serta warga hadirin sekalian. Assalamualaikum w.b.t
              Anda semua nak dengar cerita?, Cerita dari al-Quran mulia, Cerita tentang Zakaria dan
Yahya, Berdakwah menentang Raja durjana. Muslimin dan muslimat yang dikasihi, Nabi
Zakaria merupakan utusan Allah untuk Bani Israel, diperintah Allah agar menyeru kaum itu
kembali mematuhi segala syariat Nabi Musa sebelum ini. Baginda sudah lanjut usia untuk
menyampaikan dakwah sedang ketika itu, baginda tidak mempunyai waris untuk meneruskan
usaha tersebut. Setidaknya, kehadiran seorang putera mampu untuk meneruskan tugasnya
dalam memastikan Bani Israel tidak terus terjerumus dalam kehidupan yang penuh mungkar
dan maksiat.
            Putus asa??Kalimah itu tidak pernah sesekali wujud dalam kamus hidupnya. Baginda
bersama-sama isterinya, Hannah, tidak putus-putus berdoa agar Allah memperkenan doa
mereka. Berbanding dengan situasi sekarang bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata,
bagaikan mencampak sampah yang sudah tidak berguna. Kejamnya manusia, mengalahkan
haiwan yang lebih menyayangi anaknya.

 90 tahun penuh harapan,


 Putera didamba dalam kurniaan,
Berkat tabah penuh kesabaran,
 Lahirlah Yahya penyambung warisan

             Yahya, nama dari Tuhan sang pencipta, seorang bayi yang begitu luar biasa
keadaannya, membesar dengan cepat dan sihat badannya, kuat akal, tajam pula pemikirannya.
Beliau sangat tekun beribadah sehingga badannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya
cengkung. Kehadiran baginda begitu didambakan oleh masyarakat di sekelilingnya juga.
Mereka selama ini sudah cukup merana dan terseksa. Ketidak adilan serta kezaliman sang
penguasa amat bermaharajalela. Justeru itu, kepada Nabi Yahyalah pembelaan terus dipinta.
Sungguh, terasa berat amanah yang dipikul ini, kata baginda. Adakah aku mampu untuk
melenyapkan kezaliman ini?
                Langkah pertama dakwahnya, Baginda menganggotai Dewan Synodus, bertujuan
untuk memperbetulkan tingkah laku para pendeta yang sudah tersasar jauh dari kebenaran.
Moga kebenaran mampu ditegakkan. Pendapat-pendapat Baginda sentiasa membuatkan
anggota dewan panas telinga sehingga mampu membahayakan kedudukan beliau. Justeru,
Baginda dianggap sebagai duri dalam daging yang mencucuk secara diam-diam. Hadirin dan
hadirat sekalian, Apakah pula yang terjadi selepas itu? Kemungkaran sang Raja bernama
Herodus semakin jelas terlihat.Herodus dikhabarkan akan mengahwini Herodia, gadis yang
sungguh cantik dan menarik, berpangkat anak tiri kepada Herodus. Sedang hukum di dalam
Taurat dengan jelas menentang perbuatan sebegitu. Justeru itu, Nabi Yahya dengan tegas
bersuara menentang tujuan Herodus itu.
               Puteri Herodia telah mendengar penentangan Nabi Yahya tentang perkahwinannya
bersama Raja Herodus. "Ah,berani sungguh engkau wahai Yahya ingin menghalang hajatku
mempersuamikan sang Raja agung itu". Lalu, Puteri Herodia menyuruh Raja Herodus
membunuh Nabi Yahya. Akhirnya Nabi Yahya dapat ditangkap oleh mereka dan dipenggal
kepalanya dengan kejam oleh Raja Herodus tanpa belas kasihan. Mendengar khabar anaknya
telah dibunuh, maka Nabi Zakaria yang juga dalam buruan Raja Herodus cuba untuk
menyelamatkan dirinya dengan bersembunyi di dalam sebatang pokok. Namun, kerana
kejahatan Iblis durjana, Baginda juga dapat dibunuh oleh orang-orang Herodus.
              Beginilah kisah perjuangan mulia Nabi Allah Zakaria dan anaknya Yahya dalam
memperjuangkan hukum Allah. Kesudahan yang dilihat adalah satu kekalahan, namun
sebenarnya, ia bukanlah satu kekalahan, tetapi merupakan satu kemenangan buat mereka
kerana berjaya mendapat syahid sebagai ganjaran untuk keberaniannya. Bagaimana pula
dengan pengakhiran sang Raja durjana bersama pengikutnya? Bergelak ketawalah mereka,
Disangka menang..tetapi dimurkai Allah s.w.t. Hingga Allah menurunkan bala. Akhirnya matilah
kesemua orang kafir Bani Israel disebabkan bencana dari Allah kerana membunuh
pesuruhNya. Muslimin dan muslimat sekalian, Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada
balasannya dari Allah,tidak kira sama ada ianya baik mahu pun tidak. Kita sebagai hambanya
berusahalah untuk mencapai kesudahan yang baik di akhirnya. Sekian sahaja cerita saya,
wabillahi taufiq wal hidayah«wassalamu alaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai